|
Kuala Lumpur,
Selasa:-
Bermula 1 Januari tahun hadapan, pemandu kenderaan Kelas 1 yang
menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan lebuh raya ELITE di
antara jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi berpeluang
menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus. Langkah ini
merupakan salah satu daripada inisiatif PLUS untuk memberi nilai
tambah kepada pengguna di kedua-dua lebuh raya tersebut.
Bercakap pada
Majlis Pelancaran Program INSENTIF PERJALANAN PLUS di
Kementerian Kerja Raya hari ini, Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Ir
Mohd Zin Mohamed berkata, “Langkah PLUS ini sejajar dengan
seruan Kerajaan untuk membantu memberi nilai tambah kepada
pengguna lebuh raya terutamanya pada ketika keadaan ekonomi yang
semakin mencabar. Ini juga secara langsung dapat memberi lebih
pilihan kepada orang ramai untuk menikmati kadar tol yang lebih
menarik pada waktu-waktu tertentu.”
Pada
pelancaran tersebut Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad,
Noorizah Hj Abd Hamid turut mengumumkan tiga insentif dalam
program INSENTIF PERJALANAN PLUS yang boleh dinikmati oleh
pengguna lebuh raya PLUS dan lebuh raya ELITE iaitu:-
|
Insentif |
Konsep |
|
Pertama |
-
Pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan
lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam dan 7:00
pagi boleh menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10
peratus.
-
Tempoh :
1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.
|
|
Kedua |
-
Diskaun tambahan sebanyak 10 peratus kepada pengguna
kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh
raya di antara jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00
pagi pada Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina, Deepavali dan Hari Natal.
-
Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan dalam
mana-mana 6 hari di antara 7 hari sebelum dan 7 hari
selepas satu-satu musim perayaan.
-
Tempoh :
1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.
|
|
Ketiga |
-
Pengguna yang menggunakan sistem bayaran tol
elektronik dengan bayaran terkumpul minima sebanyak
RM200 setiap bulan bakal menikmati rebet sebanyak 5
peratus (Bagi penggunaan di lebuh raya PLUS &
lebuh raya ELITE sahaja)
-
Terbuka kepada pengguna yang berdaftar dengan
Program Loyalti PLUS yang akan dilancarkan sedikit
masa lagi.
-
Tempoh :
Bermula 1 Januari 2009
|
“Sebagai
contoh, melalui Insentif Pertama, pemandu yang menggunakan
Lebuhraya Utara-Selatan dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol
Ipoh Selatan hanya perlu membayar tol sebanyak RM23.80
berbanding RM26.50 yang dikenakan sekarang,” jelas Noorizah.
Selain
daripada itu, melalui Insentif Kedua, pengguna yang memandu pada
luar waktu puncak pada musim-musim cuti perayaan pula boleh
menikmati diskaun tol terkumpul hampir 20 peratus sekiranya
mereka menggunakan lebuh raya PLUS dan ELITE untuk pulang
bercuti di antara jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi
Diskaun tol
terkumpul ini akan diberikan pada mana-mana 6 hari di antara 7
hari sebelum atau selepas satu-satu cuti perayaan
“Sebagai
contoh, perjalanan sehala dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol
Ipoh Selatan hanya akan dikenakan bayaran kira-kira RM21.40
berbanding RM26.50 yang dikenakan pada ketika ini,” jelas beliau.
Pengurangan
kadar tol menerusi Insentif Pertama dan Kedua hanya meliputi
kenderaan Kelas 1 bermula 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember
2010.
Selain itu,
PLUS juga akan melancarkan satu program loyalti untuk
menggalakkan orang ramai berpindah ke sistem pembayaran tol
secara elektronik.
Menurut
Noorizah, “Pengguna yang menyertai program ini berpeluang untuk
menikmati ganjaran rebet sebanyak 5 peratus dengan penggunaan
bulanan minima RM200 di lebuh raya PLUS dan lebuh raya ELITE.
Program ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun hadapan.
Pendaftaran untuk menyertai program loyalty ini akan dibuka
kepada orang ramai mulai Disember ini.”
“Program
INSENTIF PERJALANAN PLUS merupakan sebahagian daripada program
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PLUS untuk memberi insentif
kepada orang ramai yang menggunakan lebuh raya di luar
waktu-waktu puncak. Insentif Pertama dan Kedua tersebut akan
ditawarkan setelah mendapat persetujuan rasmi pemegang-pemegang
bon Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad dan Expressway
Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE). Dalam pada itu, PLUS akan
terus komited untuk memastikan perjalanan orang ramai di lebuh
raya selamat, lebih lancar dan selesa pada setiap masa,” kata
Noorizah. |