|
Kuala
Lumpur, Isnin:- Seramai 40 anak yatim dari Rumah Amal
Limpahan Kasih, Puchong dan kira-kira 150 kakitangan media
diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa PLUS Expressways Berhad
(PLUS) di Hotel Sheraton Subang, hari ini.
Pada majlis tersebut, PLUS turut menyampaikan sumbangan
berjumlah RM3,000 kepada Rumah Amal Limpahan Kasih menerusi
Pengarah Urusannya, Noorizah Hj Abd Hamid.
“PLUS prihatin terhadap keperluan rumah-rumah anak yatim di
negara ini. Justeru itu, sumbangan ini merupakan salah satu
daripada langkah PLUS untuk membantu anak-anak yatim ini
menyambut Ramadan dengan lebih selesa dan ceria,” kata Noorizah.
Selain Noorizah, turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua
Pegawai Operasi Nik Airina Nik Jaffar, Ketua Pegawai Kewangan
Annuar Marzuki Abdul Aziz dan kakitangan pengurusan PLUS yang
lain.
|