PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > Berita dan Pengumuman > PLUS's Three Strategies To Ensure Safe, Smooth and Comfortable Travel During Chinese New Year Holidays

PLUS's Three Strategies To Ensure Safe, Smooth and Comfortable Travel During Chinese New Year Holidays

Petaling Jaya, Wednesday:- PLUS Expressways is ready to provide safe, smooth and comfortable travel for the public during the Chinese New Year holidays.

Speaking at a media conference in Petaling Jaya today, PLUS Managing Director, Noorizah Hj Abd Hamid said, "We anticipate that traffic on our expressways, especially on the North-South Expressway will increase tremendously during the Chinese New Year holidays. Based on our studies, we expect approximately 1.1 to 1.3 million vehicles will be plying the expressways every day during the holidays."

"We have identified three main strategies comprising traffic distribution, efficient traffic management and customer convenience as part of our commitment to ensure the public enjoy safe, smooth and comfortable travel this holiday season," she said.

Traffic Distribution
To assist in distributing the traffic off peak hours, PLUS is offering an additional 10 percent discount to all Class 1 vehicles using the PLUS and ELITE highways when they pay toll after 12:00 midnight until 7:00 am on 21, 22, 23, 26, 29 and 30 January.

The additional discount is given on top of the existing 10 percent discount which is enjoyed by Class 1 vehicles on both expressways during off peak hours.

According to Noorizah, "This is part of the PLUS’s Travel Incentive (PTI) program is aimed at distributing traffic off peak hours, which offers the users added value and lower toll rates at selected times and days."

In addition, PLUS has also produced a Travel Time Advisory (TTA) to assist the public in planning their journey as well as to distribute and facilitate traffic flow on the expressways during peak periods.
(Please refer to attached TTA schedule)

According to the PLUS Chief Operating Officer, Nik Airina Nik Jaffar, "The travel schedule is based on studies conducted by PLUS on traveling trends during festive seasons for the past years. The TTA consists of recommended staggered traveling schedule based on designated time and destinations to reduce congestion during peak periods."

"The public’s co-operation in adhering to the schedule during the last Hari Raya Aidilfitri holidays contributed to smoother traffic flow on the expressways. As such, we advise the public to continue to follow the TTA this Chinese New Year holidays," she said.


Efficient Traffic Management
To ensure smoother traffic flow at toll plazas, almost 1,000 toll counters will be opened this holiday season and PLUS will deploy additional staff, including staff from the headquarters to the toll plazas.

In addition, more than 2,500 PLUS personnel including approximately 400 rescue team and RELA personnel will be stationed on the expressways, toll plazas and rest areas to ensure the public enjoy a safe, smooth and comfortable journey.

"Tow trucks will be provided at 14 strategic locations along the expressways to ensure efficient traffic management. All expressway maintenance and construction works will also be temporarily suspended (except for emergency works) from 23 January until 2 February for the public to enjoy uninterrupted journey," Nik Airina said.

PLUS will also deploy 126 PLUSronda teams and emergency rescue teams such as Bomba, Police, St. John Ambulance, the Red Crescent and JPA3 at 12 strategic locations starting from 19 January to 1 February to enhance safety.

In its efforts to disseminate the latest traffic information, PLUS will also conduct aerial and ground traffic surveillance to monitor traffic movements from 24 to 27 January.

In addition, in line with the restrictions announced by the Government, designated heavy vehicles will be barred from entering the expressways on 24-25 January and 1 February to prevent traffic congestion and enhance safety on the highway.


Customer Convenience
Various steps will also be taken to ensure smoother travel this holidays.

Approximately 400 RELA and and PLUS personnel will be stationed at 52 rest and service areas (RSA), lay-bys and toll plazas to assist in traffic management at these areas.

"In addition, PLUS will provide additional parking at the Bukit Gantang lay-by (both bounds), Gunung Semanggol RSA (both bounds), Ulu Bernam RSA, Behrang lay-by (both bounds), Ladang Bikam lay-by (Northbound), Pagoh RSA (Southbound), Simpang Renggam lay-by (both bounds) and Yong Peng lay-by (both bounds) for user convenience," Nik Airina added.

To facilitate Touch ‘n Go and SmartTAG transactions, the operating hours at the PLUS customer service centres and the reload lanes will be extended until 8:30 pm and 11:00 pm respectively from 23 January to 1 February.

Latest Traffic Information
The public is advised to call the toll free 24-hour PLUSLine at 1800 88 0000 for the latest traffic updates on the expressways.

"We will also provide traffic information through short messaging system (SMS) during high traffic periods on 23-28 and 31 January as well as 1 February to enable the public to obtain the latest expressway traffic updates," Nik Airina said.

To receive SMS on the latest traffic updates on the NSE, the public can:-

Type ON<space>KLIP/IPKL/IPNO/NOIP/KLAK/AKKL/AKSO/SOAK and send to 33626.

Perjalanan Kod
KL-Ipoh KLIP
Ipoh-KL IPKL
Ipoh-North IPNO
North-Ipoh NOIP
KL-Ayer Keroh KLAK
Ayer Keroh-KL AKKL
Ayer Keroh-South AKSO
South-Ayer Keroh SOAK

These measures are taken to ensure that the public enjoys a safer, smoother and more comfortable travel on the expressways during the Chinese New Year Holidays.

Tiga strategi PLUS untuk pastikan perjalanan selamat, lancar dan selesa pada cuti perayaan Tahun Baru Cina

Petaling Jaya, Rabu:- PLUS Expressways telah bersedia untuk memastikan perjalanan orang ramai di lebuh raya pada perayaan cuti Tahun Baru Cina yang akan datang selamat, lancar dan selesa.

Pada sidang media yang diadakan di Petaling Jaya hari ini, Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad (PLUS), Noorizah Hj Abd Hamid berkata, "Menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, kami menjangkakan jumlah trafik di lebuh raya – lebuh raya kendalian kami, terutamanya Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat secara mendadak. Berdasarkan kajian kami, PLUS menjangkakan kira-kira 1.1 hingga 1.3 juta kenderaan sehari akan memasuki lebuh raya pada cuti perayaan tersebut."

"Tiga strategi utama yang merangkumi aspek-aspek pengagihan trafik, pengurusan trafik yang efisien dan keselesaan pengguna telah dikenal pasti sebagai langkah dan komitmen kami dalam memastikan perjalanan orang ramai pada cuti Tahun Baru Cina yang akan datang selamat, lancar dan selesa." ujar beliau.

Pengagihan Trafik
Bagi membantu mengagihkan trafik ke waktu-waktu di luar waktu puncak, PLUS akan memberikan diskaun tambahan 10 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol di lebuh raya PLUS dan ELITE selepas jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi pada hari-hari yang ditetapkan iaitu 21, 22, 23, 26, 29 dan 30 Januari ini.

Diskaun tersebut adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus yang telah dinikmati oleh pengguna kenderaan Kelas 1 apabila menggunakan kedua-dua lebuh raya tersebut di luar waktu puncak.

Menurut Noorizah, "Langkah ini merupakan sebahagian daripada Program Insentif Perjalanan PLUS yang bertujuan untuk mengagihkan trafik ke waktu-waktu di luar waktu puncak, sekaligus membolehkan pelanggan menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lebih lancar. Ia juga memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada hari dan waktu yang ditetapkan."

Selain daripada itu, PLUS juga telah menyediakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang bertujuan untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dan sekaligus membantu mengagih dan melancarkan pergerakan trafik di lebuh raya pada hari-hari puncak.
(Sila rujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang disediakan)

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways, Nik Airina Nik Jaffar, "Jadual perjalanan ini adalah berdasarkan kajian PLUS tentang pola perjalanan orang ramai di lebuh raya pada musim-musim perayaan sejak beberapa tahun lalu. Jadual ini terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu bagi mengurangkan kesesakan pada waktu-waktu puncak."

"Kerjasama orang ramai dalam mematuhi jadual yang dikeluarkan oleh PLUS pada perayaan Hari Raya Aidilfitri lalu membantu melancarkan perjalanan trafik di lebuh raya. Oleh itu, kami berharap orang ramai akan terus memberikan kerjasama dengan mematuhi jadual perjalanan yang dikeluarkan untuk perayaan Tahun Baru Cina ini," kata beliau.

Pengurusan Trafik yang Efisien
Bagi memastikan kelancaran trafik di plaza-plaza tol, hampir 1,000 kaunter tol akan dibuka pada musim cuti ini dan PLUS juga akan menempatkan kakitangan tambahan termasuk kakitangan dari ibu pejabat di plaza-plaza tol.

Selain itu, lebih daripada 2,500 kakitangan PLUS termasuk hampir 400 anggota pasukan keselamatan dan RELA akan ditempatkan di lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat sebagai langkah memastikan perjalanan orang ramai selamat, lancar dan selesa.


Kenderaan-kenderaan tunda akan disediakan di 14 lokasi strategik sepanjang lebuh raya untuk memastikan pengurusan trafik yang lebih efisien. Selain itu, semua kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan di lebuh raya akan dihentikan sementara (kecuali kerja-kerja kecemasan) bermula pada 23 Januari hingga 2 Februari bagi memastikan perjalanan orang ramai lebih lancar pada musim perayaan ini," kata Nik Airina.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan pada musim cuti ini, PLUS akan turut menyediakan 126 pasukan PLUSRonda serta pasukan-pasukan bantuan kecemasan seperti pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis, St John Ambulans, Persatuan Bulan Sabit Merah dan JPA3 di 12 lokasi strategik bermula 19 Januari hingga 1 Februari.

Selain itu, bagi membantu menyalurkan maklumat trafik terkini, PLUS juga akan memantau pergerakan dan keadaan trafik dari udara dan di lebuh raya pada 24 hingga 27 Januari.

Selaras dengan larangan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan, kenderaan-kenderaan berat tertentu tidak dibenarkan memasuki kawasan lebuh raya pada 24, 25 dan 31 Januari dan 1 Februari bagi mengelakkan kesesakan dan meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya.

Keselesaan Pengguna
Pelbagai langkah juga akan turut diambil bagi memastikan perjalanan orang ramai pada musim cuti ini bertambah selesa.

Hampir 400 kakitangan RELA dan PLUS akan ditempatkan di 52 kawasan rehat dan rawat dan hentian sebelah serta plaza tol untuk membantu pengurusan trafik di kawasan-kawasan tersebut.

"Selain itu, PLUS turut menyediakan kawasan meletak kenderaan tambahan di Hentian Sebelah Bukit Gantang (kedua-dua arah), R&R Gunung Semanggol (kedua-dua arah), R&R Ulu Bernam, Hentian Sebelah Behrang (kedua-dua arah), Hentian Sebelah Ladang Bikam (Arah Utara), R&R Pagoh (Arah Selatan), Hentian Sebelah Simpang Renggam (kedua-dua arah) dan Hentian Sebelah Yong Peng (kedua-dua arah) untuk kemudahan orang ramai," jelas Nik Airina.

Bagi membantu orang ramai untuk urusan kad Touch ’n Go atau SmartTAG, waktu operasi pusat khidmat pelanggan akan dilanjutkan sehingga jam 8:30 malam manakala, waktu operasi lorong tambah nilai PLUS pula akan dilanjutkan sehingga jam 11:00 malam setiap hari pada 23 Januari hingga 1 Februari.

Maklumat Trafik Terkini
Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1800 88 0000 yang beroperasi 24-jam setiap hari.

"Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) pada hari-hari yang dijangka mempunyai kadar trafik yang tinggi iaitu pada 23, 24, 25, 27, 28, 31 Januari dan 1 Februari ini," jelas Nik Airina.

Untuk mendapatkan SMS berkenaan keadaan trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan, orang ramai boleh:-

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

  

kembara-icon

 

 

 

 

 

 

 

banner-plus-miles