PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > Berita dan Pengumuman > Highway Users To Enjoy Added Value Through PLUS Travel Incentive Program

Highway Users To Enjoy Added Value Through PLUS Travel Incentive Program

Kuala Lumpur, Tuesday:-  Effective 1st January next year, Class1 highway users traveling on the North-South Expressway (NSE) and ELITE highway between 12:00 midnight and 7:00 am will be able to enjoy 10 percent  toll discount. This is part of the PLUS' initiatives to offer added value to its customers on both highways.

Speaking at the official launching of the PLUS INCENTIVE TRAVEL program at the Ministry of  Works today the Minister of Works,  YB Dato' Ir Mohd Zin Mohamed said, "The PLUS' initiative is in line with the Government's call to give added value to highway users especially during the current economic situation. It also gives the users several options to enjoy lower toll fares at selected times."

During the launch, PLUS Expressways Berhad Managing Director, Noorizah Hj Abd Hamid unveiled three toll incentive packages of the PLUS TRAVEL INCENTIVE program which will be enjoyed by the customers on the PLUS and ELITE highways which are:-

Insentive Concept
One - Users of Class 1 vehicles using the highway between 12:00 midnight and 7:00 am will enjoy 10 percent toll discount.
- Duration : 1 January 2009 until 31 December 2010.
Two - Additional 10 percent toll discount will be given to highway users (Class 1 vehicles only) traveling between 12.00 midnight to 7.00 am on selected six days during Hari Raya Aidilfitri, Chinese New Year, Deepavali and Christmas festive seasons.
- Duration : 1 January 2009 until 31 December 2010.
Three - Electronic Toll Payment users spending monthly cummulative minimum amount of RM200 will enjoy 5 percent rebate (for usage on PLUS and ELITE highways only)
- This offer is given to users who are registered with the PLUS Loyalty Program which will be launched later.
- Duration : Beginning 1 January 2009

"For example, through the 1st Incentive, users traveling from the Jalan Duta Toll Plaza to the Ipoh Selatan Toll Plaza will only pay RM23.80   compared to the current toll fare of RM26.50," said Noorizah.

Through the 2nd Incentive, highway users traveling at off-peak hours during festive seasons will be able to enjoy a cummulative toll discount of almost 20 percent if they use the PLUS and ELITE highways between 12:00 midnight until 7:00 am.

The cummulative toll discount will be offered on selected 6 days between 7 days before and after a festive holiday.

"For example, a one-way journey from the Jalan Duta Toll Plaza to the Ipoh Selatan Toll Plaza will only cost the users approximately RM21.40 compared to RM26.50 now," Noorizah said.

The 1st and 2nd toll incentive will only apply to Class 1 vehicles beginning 1st January 2009 until 31st December 2010.

In addition, PLUS will also launch its Loyalty Program to promote and encourage the public to migrate to the electronic toll payment system.

According to Noorizah, "Users who participate in this program will enjoy a  rebate of 5 percent when they spend  a monthly collective minimum amount of  RM200 on the PLUS and ELITE highways. The Loyalty Programme will start from 1st of January next year and registration will be opened to public this December."

"The PLUS TRAVEL INCENTIVE program is part of the Company's Corporate Social Responsibility program to offer incentives to the users who utilize the highways during off-peak hours.  Incentive One and Two will be offered upon official agreement by the Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad and Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE) bondholders. Meanwhile, PLUS stands committed to continue to provide safer, smoother and more convenient travel at all times," Noorizah concluded.

Pengguna lebuh raya nikmati nilai tambah menerusi Program Insentif Perjalanan PLUS

Kuala Lumpur, Selasa:- Bermula 1 Januari tahun hadapan, pemandu kenderaan Kelas 1 yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan lebuh raya ELITE di antara jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi berpeluang menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus. Langkah ini merupakan salah satu daripada inisiatif PLUS untuk memberi nilai tambah kepada pengguna di kedua-dua lebuh raya tersebut.

Bercakap pada Majlis Pelancaran Program INSENTIF PERJALANAN PLUS di Kementerian Kerja Raya hari ini, Menteri Kerja Raya, YB Dato' Ir Mohd Zin Mohamed berkata, "Langkah PLUS ini sejajar dengan seruan Kerajaan untuk membantu memberi nilai tambah kepada pengguna lebuh raya terutamanya pada ketika keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Ini juga secara langsung dapat memberi lebih pilihan kepada orang ramai untuk menikmati kadar tol yang lebih menarik pada waktu-waktu tertentu."

Pada pelancaran tersebut Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Noorizah Hj Abd Hamid turut mengumumkan tiga insentif dalam program INSENTIF PERJALANAN PLUS yang boleh dinikmati oleh pengguna lebuh raya PLUS dan lebuh raya ELITE iaitu:-

Insentif Konsep
Pertama - Pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam dan 7:00 pagi boleh menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus.
- Tempoh : 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.
Kedua - Diskaun tambahan sebanyak 10 peratus kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi pada Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal.
- Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan dalam mana-mana 6 hari di antara 7 hari sebelum dan 7 hari selepas satu-satu musim perayaan.
- Tempoh : 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.
Ketiga - Pengguna yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minima sebanyak RM200 setiap bulan bakal menikmati rebet sebanyak 5 peratus (Bagi penggunaan di lebuh raya PLUS & lebuh raya ELITE sahaja).
- Terbuka kepada pengguna yang berdaftar dengan Program Loyalti PLUS yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.
- Tempoh : Bermula 1 Januari 2009

"Sebagai contoh, melalui Insentif Pertama, pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Ipoh Selatan hanya perlu membayar tol sebanyak RM23.80 berbanding RM26.50 yang dikenakan sekarang," jelas Noorizah.

Selain daripada itu, melalui Insentif Kedua, pengguna yang memandu pada luar waktu puncak pada musim-musim cuti perayaan pula boleh menikmati diskaun tol terkumpul hampir 20 peratus sekiranya mereka menggunakan lebuh raya PLUS dan ELITE untuk pulang bercuti di antara jam 12:00 tengah malam sehingga 7:00 pagi

Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan pada mana-mana 6 hari di antara 7 hari sebelum atau selepas satu-satu  cuti perayaan

"Sebagai contoh, perjalanan sehala dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Ipoh Selatan hanya akan dikenakan bayaran kira-kira RM21.40 berbanding RM26.50 yang dikenakan pada ketika ini," jelas beliau.

Pengurangan kadar tol menerusi Insentif Pertama dan Kedua hanya meliputi kenderaan Kelas 1 bermula 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2010.

Selain itu, PLUS juga akan melancarkan satu program loyalti untuk menggalakkan orang ramai berpindah ke sistem pembayaran tol secara elektronik.

Menurut Noorizah, "Pengguna yang menyertai program ini berpeluang untuk menikmati ganjaran rebet sebanyak 5 peratus dengan penggunaan bulanan minima RM200 di lebuh raya PLUS dan lebuh raya ELITE. Program ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun hadapan. Pendaftaran untuk menyertai program loyalty ini akan dibuka kepada orang ramai mulai Disember ini."

"Program INSENTIF PERJALANAN PLUS merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PLUS untuk memberi insentif kepada orang ramai yang menggunakan lebuh raya di luar waktu-waktu puncak. Insentif Pertama dan Kedua tersebut akan ditawarkan setelah mendapat persetujuan rasmi pemegang-pemegang bon Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad dan Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE). Dalam pada itu, PLUS akan terus komited untuk memastikan perjalanan orang ramai di lebuh raya selamat, lebih lancar dan selesa pada setiap masa," kata Noorizah.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

  

kembara-icon

 

 

 

 

 

 

 

banner-plus-miles