PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS’ FOURTH LANE WIDENING PROJECT IN PROGRESS

PLUS’ FOURTH LANE WIDENING PROJECT IN PROGRESS

 To ensure highway users enjoy smoother and more convenient travel in the future, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is actively carrying out a Fourth Lane Widening Project at selected stretches along its highways.

PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi said, “The Highway Fourth Lane Widening Project covers the Shah Alam-Sungai Buloh (16 kilometres), Bukit Lanjan-Jalan Duta (7 kilometres) Sungai Buloh-Rawang (13 kilometres) and Nilai (U) Interchange-Port Dickson (27 kilometres) highway stretches.”

The estimated RM1.4 billion highway widening project had started since July 2012 and is expected to be completed by the end of 2014.

“The project is aimed at giving long-term benefits to public and highway users. Once the project is completed, it will improve our services and provide a whole new travel experience on the designated highways,” Fuad added.

Besides increasing traffic capacity, other additional features of this project are the addition of a fifth lane at the Damansara-Subang (southbound stretch) and a dedicated climbing lane on the Kota Damansara-Bukit Lanjan stretch for heavy vehicles.Currently, the Second Phase works which includes the re-alignment and re-marking of the current lanes, the closure of the emergency lane, and construction works of pavement sub bases at the respective stretches are actively being carried out.

“As such, we will take all the necessary measures to ensure effective traffic management such as activating the contra flow, installing warning and informatory signages, plastic barriers and so on.

We have taken various approaches to ensure that the project will not cause major disruptions to the traffic flow. As such, pavement works will only be conducted at night where there is less traffic on the mainline. Nevertheless, we require a minimum of 4 hours to ensure proper curing of the new pavement surfaces before they can be used by all vehicles. As such, we regret any inconvenience caused by the widening works and at the same time, seek the understanding and co-operation of the public during this period.

To ensure the safety of highway users while plying the construction stretches, PLUS opens up emergency lanes and emergency lay-bys at every 2 kilometres along the construction sites, increases the patrolling number of PLUSRonda teams, provides tow truck services and so on.

“We would also like to advise the public to plan their journey and check the latest updates of our lane closures. At the same time, we also encourage the public to use alternative roads. Please contact us to receive the latest traffic updates via the PLUSLine number at 1800 88 0000, The PLUSTrafik Twitter service, PLUS Mobile application for smartphones and tablets or surf the website at www.plus.com.my”, Fuad said.

 

PROJEK PELEBARAN LORONG KEEMPAT PLUS SEDANG GIAT DIJALANKAN

Bagi memastikan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lancar pada masa akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang giat menjalankan kerja-kerja bagi projek pelebaran lorong ke-4 di beberapa laluan utama di lebuh raya kendaliannya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi, “Projek Pelebaran Lorong Keempat di lebuh raya kendalian PLUS melibatkan laluan Shah Alam-Sungai Buloh (16 kilometer), Bukit Lanjan-Jalan Duta (7 kilometer), Sungai Buloh-Rawang (13 kilometer), dan Persimpangan Nilai Utara-Port Dickson (27 kilometer).”

Projek yang dianggarkan bernilai RM1.4 bilion ini telah bermula sejak Julai 2012 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2014.

“Projek ini dilaksanakan untuk memberikan manfaat jangka panjang kepada orang ramai dan pengguna lebuh raya. Apabila ia siap kelak, ia dijangka dapat meningkatkan keselesaan dan tahap perkhidmatan seterusnya menyediakan pengalaman perjalanan yang baru di laluan-laluan yang terbabit,” tambah Fuad. 

Selain meningkatkan kapasiti trafik, di antara ciri-ciri tambahan dalam projek ini adalah lorong tambahan kelima melibatkan laluan Damansara-Subang (Arah Selatan) bagi memberi lebih kelancaran aliran trafik keluar-masuk serta penambahan lorong mendaki di laluan Kota Damansara-Bukit Lanjan bagi melancarkan pendakian terutamanya bagi kenderaan berat di kawasan terbabit.  

Pada ketika ini, kerja-kerja fasa kedua melibatkan penjajaran dan penandaan semula lorong sedia ada, penutupan lorong kecemasan, seterusnya melaksanakan kerja-kerja pembinaan asas jalan di laluan terbabit sedang giat dijalankan.

“Justeru itu, pihak kami telah mengambil pelbagai pendekatan bagi memastikan pengurusan trafik yang lebih efektif di lokasi terbabit seperti membuka laluan kontra, memasang papan tanda pemberitahuan dan amaran, pemasangan penghadang plastik di kawasan pembinaan dan sebagainya.

“Kami telah mengambil pelbagai pendekatan untuk mengurangkan gangguan terhadap perjalanan orang ramai ketika projek ini berlangsung, dengan menjalankan kerja-kerja penurapan jalan pada waktu malam. Namun begitu, kami memerlukan masa sekurang-kurangnya selama 4 jam bagi memastikan permukaan jalan yang baru diturap boleh digunakan oleh semua kenderaan.

Kami berharap agar orang ramai dapat memahami keadaan ini demi keselesaan masa akan datang dan dapat bersabar sepanjang kerja-kerja berlangsung,” jelas Fuad.

Untuk memastikan keselamatan pengguna ketika melalui lokasi pembinaan, PLUS telah membuka laluan dan hentian kecemasan di setiap 2 kilometer di sepanjang kawasan pembinaan, meningkatkan rondaan pasukan PLUSRonda, menyediakan perkhidmatan trak tunda dan sebagainya.

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter