PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > STAGGERED LANE CLOSURES ON PLUS HIGHWAYS

STAGGERED LANE CLOSURES ON PLUS HIGHWAYS


LANE-closeProjek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) wishes to inform that the Fourth Lane Widening project at selected stretches along its highways is nearing its final stage. 
 

The widening project covers the Rawang-Sungai Buloh (13 kilometres), Shah Alam-Sungai Buloh (16 kilometres), Bukit Lanjan-Jalan Duta (7 kilometres) and Nilai (U) Interchange-Port Dickson (27 kilometres) highway stretches.

As such, PLUS will be carrying out final layer of pavement works at the various Fourth Lane Widening Works stretches beginning 18 August to December 2014 and staggered lane closures will be implemented at these stretches from time to time.  

Stage 1 lane closure will be activated in stages at KM14 to KM9 between Subang to Shah Alam, on the New Klang Valley Expressway (NKVE) beginning this Monday,18 August 2014.  

As such, drivers are advised to plan their journey, follow all traffic signages and instructions given by PLUS personnel at the area, as we anticipate disruption to the traffic flow at the designated stretches.  

PLUS thanks all drivers for their attention and co-operation.

PENUTUPAN LORONG SECARA BERPERINGKAT DI LEBUH RAYA PLUS

 Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja bagi Projek Pelebaran Lorong Keempat di beberapa laluan utama di lebuh raya kendaliannya sedang memasuki fasa akhir.

Projek Pelebaran Lorong Keempat tersebut melibatkan laluan Rawang-Sungai Buloh (13 kilometer), Shah Alam-Sungai Buloh (16 kilometer), Bukit Lanjan-Jalan Duta (7 kilometer) dan Persimpangan Nilai Utara-Port Dickson (27 kilometer).

Sehubungan itu, PLUS akan menjalankan kerja-kerja penurapan lapisan terakhir jalan secara berperingkat di laluan-laluan terlibat mulai 18 Ogos (Isnin) sehingga Disember 2014 akan datang.

Oleh itu, PLUS akan menutup beberapa lorong secara berperingkat dari masa ke masa bagi membolehkan kerja-kerja dijalankan.

Peringkat 1 penutupan lorong secara berperingkat akan dijalankan di KM14 hingga KM9 di antara Subang ke Shah Alam, di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) bermula 18 Ogos.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS kerana dijangka akan berlaku gangguan trafik di lokasi tersebut.

PLUS mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama semua pelanggan lebuh raya.

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter