PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > BATU TIGA AND SUNGAI RASAU TOLL PLAZAS GO FULLY ELECTRONIC BEGINS SATURDAY, 22 NOVEMBER

BATU TIGA AND SUNGAI RASAU TOLL PLAZAS GO FULLY ELECTRONIC BEGINS SATURDAY, 22 NOVEMBER

 

PLUSMILES-SmallAll toll transactions at Batu Tiga and Sungai Rasau Toll Plaza on the Federal Highway Route 2 (FHR2) will be conducted electronically from 12:00 noon on 22 November (Saturday).

Starting this Saturday, all toll payments at both toll plazas will be made via PLUSMiles cards, Touch ‘n Go cards or SmartTAGs.

According to PLUS Malaysia Berhad Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Currently, more than 90 percent of the users at both toll plazas are paying toll electronically.

In addition, highway users are able to purchase PLUSMiles Touch ‘n Go cards (with preloaded RM5 value) at promotional rate of RM5 at the Batu Tiga, Sungai Rasau, Subang and Setia Alam Toll Plazas until end of the year. The public can also purchase SmartTAGs at a promotional rate of RM99 (from the normal price of RM120 per unit) at the same locations until the end of the year.

In general, SmartTAGs and Touch ‘n Go lanes can accommodate 1,000 and 550 transactions respectively in an hour. Cash lane, on the other hand, can only accommodate 220 transactions per hour.

 

 

SISTEM KUTIPAN TOL ELEKTRONIK SEPENUHNYA DI PLAZA TOL BATU TIGA DAN SUNGAI RASAU BERMULA SABTU, 22 NOVEMBER

 

Semua transaksi tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) akan dikendalikan secara elektronik sepenuhnya bermula jam 12:00 tengah hari pada 22 November (Sabtu) ini.

Bermula pada tarikh tersebut, semua transaksi tol di kedua-dua plaza tol terbabit akan dikendalikan secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG. 

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, “Pada ketika ini, lebih daripada 90 peratus pemandu yang melalui kedua-dua plaza tol terbabit menggunakan sistem elektronik untuk membayar tol.”

Pada masa yang sama, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go dengan harga promosi RM5 (yang mengandungi nilai prabayar RM5) di Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau, Subang dan Setia Alam sehingga penghujung tahun ini. Penjualan SmartTAG dengan harga istimewa RM99 berbanding harga asal RM120 tanpa perlu menambah nilai kad mereka juga boleh didapati di lokasi-lokasi yang sama sehingga penghujung tahun ini.

Secara umumnya, lorong elektronik SmartTAG dan Touch ‘n Go berupaya mengendalikan 1,000 dan 550 transaksi tol dalam masa satu jam. Lorong Tunai pula hanya berupaya mengendalikan 220 transaksi tol dalam tempoh yang sama.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter