PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS PROVIDES SCHOOL SUPPLIES FOR 10,000 STUDENTS

PLUS PROVIDES SCHOOL SUPPLIES FOR 10,000 STUDENTS

Ten thousand primary and secondary school students at selected locations across the country received school uniforms and supplies from PLUS Malaysia Berhad (PLUS) through the company’s ‘Back To School’ charity program.

The students received 2 sets of uniforms, head scarfs, 2 pairs of shoes and socks, a pair of track bottom, a stationery set and a school bag from PLUS.

According to PLUS Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “This initiative is part of the company’s community-based programs organised throughout the year. The program is aimed at alleviating the parents’ burden and helping them to prepare their kids for the 2015 school year. The program is part of the company’s ongoing initiatives to give back to the people as well as contribute to the wellbeing of the surrounding communities.”

PLUS also pro-actively organizes other road safety-related programmes such as the ‘Malaysians Unite For Road Safety’ (MUFORS) initiative, the ‘Respect Your Limits’ safety seminars for heavy vehicle drivers and operators, road safety mural competition for secondary schools, ‘Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan’ (GEMPAK MUFORS) programs for young motorcyclists and so on.

Earlier, 1,500 PLUS staff had successfully organised 35 community projects simultaneously at various locations across the country in conjunction with the PLUS Community Day.

 

PLUS SEDIA KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN UNTUK 10,000 PELAJAR SEKOLAH

 

Kira-kira 10,000 pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di lokasi terpilih seluruh Negara menerima pakaian seragam serta kelengkapan persekolahan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersempena program ‘Kembali ke Sekolah’ syarikat ini.

Pelajar-pelajar tersebut masing-masing menerima dua pasang pakaian seragam (kemeja atau baju kurung dan seluar atau kain), satu pasang tudung (pelajar perempuan sahaja), sepasang kasut, dua pasang stokin, sepasang seluar sukan, set alat tulis serta beg sekolah PLUS.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Program ini merupakan sebahagian daripada program yang berteraskan komuniti yang diadakan oleh PLUS sepanjang tahun ini. Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam mempersiapkan anak-anak mereka bagi musim persekolahan tahun 2015. Selian itu, ia juga merupakan salah satu daripada langkah PLUS untuk memberikan bantuan dan menyalurkan sumbangan kepada masyarakat.”

PLUS juga turut aktif menganjurkan pelbagai program khidmat masyarakat yang lain terutamanya yang berteraskan keselamatan jalan raya seperti Gerakan ‘Malaysians Unite For Road Safety’ (MUFORS), seminar keselamatan ‘Hormati Had Anda’ untuk pemandu dan operator kenderaan berat, pertandingan mural keselamatan jalan raya untuk sekolah-sekolah menengah, program ‘Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan’ (GEMPAK MUFORS) untuk belia bermotosikal dan lain-lain lagi yang dipelopori oleh Syarikat ini.

Baru-baru ini, PLUS turut menganjurkan Hari Komuniti PLUS yang disertai oleh 1,500 warga kerja PLUS di 35 lokasi secara serentak di seluruh negara.

 

 

 

 IMG 7927

 

 

 

 

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter