PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > ALMOST RM250 MILLION INVESTED FOR REST AREA UPGRADING PROJECTS

ALMOST RM250 MILLION INVESTED FOR REST AREA UPGRADING PROJECTS

rsa-GelangPatah-SB


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) had invested almost RM250 million since 2005 to upgrade selected rest and service areas (RSA) and lay-bys to help the public enjoy more comfortable journey on its highways.

PLUS Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid said, “For this year alone, PLUS allocates approximately RM26 million for upgrading projects at selected RSAs and lay-bys. It is part of our commitment to provide only the best highway services and help the public enjoy comfortable travel on the highways.”

According to Noorizah, RSAs and lay-bys are important components of the highway system as they offer rest stops with many facilities and thereby, promote safety on the highways. 

“These rest areas also contribute to the socio-economic development of the surrounding communities by providing business and employment opportunities for the locals,” she added.

Studies show that RSAs and lay-bys along the PLUS highways created more than 5,500 employment opportunities and more than 700 local entrepreneurs. 

“The rest areas also help to promote local products and domestic tourism,” Noorizah said.

PLUS places great importance on the concept and design of each of its upgraded RSAs and lay-bys to enable highway users enjoy the best facilities.

“Our rest area concepts, designs and management system had received recognition from various agencies such as the Malaysian Architect Association (PAM), the Malaysian Highway Authority, Quality Restroom Association of Malaysia (QRAM), the Ministry of Housing and Local Government, the Ministry of Health and so on,” said Noorizah.

Since 2005, 52 percent of the total number of rest areas (inclusive of RSAs, lay-bys and overhead bridge restaurant) on the PLUS highways had been upgraded.

Noorizah was quoted at the PLUS RSAs Premier Awards Ceremony held at Persada PLUS Subang, on 9 January.

According to Noorizah, PLUS regularly organizes engagement programs with stall operators at its RSAs. The programs not only benefit the operators, but they also indirectly benefit the public.

As part of an effort to acknowledge the operators’ continuous support, commitment and co-operation, the award ceremony was held on 9 January at Persada PLUS. Among the awards presented were the PLUS Clean Toilets, Best Stall Operator and Best Merdeka Decorated RSA awards for 2014.

There are currently 24 RSAs, 4 overhead bridge restaurants and 43 lay-bys along the PLUS-operated highways which include the North-South Expressway (NSE), the New Klang Valley Expressway (NKVE), the Federal Highway Route 2, the Seremban-Port Dickson Highway, the ELITE highway, the Secondlink Highway, the Butterworth-Kulim Expressway and Penang Bridge. 

 

 

PLUS LABUR HAMPIR RM250 JUTA NAIKTARAF KAWASAN REHAT UNTUK KESELESAAN ORANG RAMAI

 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memperuntukkan hampir RM250 juta sejak tahun 2005 untuk menaiktaraf  kawasan-kawasan rehat dan rawat (R&R) dan  hentian sebelah di rangkaian lebuh rayanya bagi membolehkan orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa.

 

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Daripada jumlah tersebut, kira-kira RM26 juta telah diperuntukkan untuk menaiktaraf beberapa R&R dan hentian sebelah terpilih tahun ini. Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik dan memastikan perjalanan orang ramai lebih selesa.”

 

Menurut Noorizah, PLUS amat memberi penekanan terhadap pembangunan kawasan R&R dan hentian sebelah kerana ia boleh menarik lebih ramai pemandu berhenti rehat. Secara tidak langsung, ia meningkatkan lagi tahap keselamatan di rangkaian lebuh raya PLUS.

 

“Selain itu, kawasan-kawasan rehat turut membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat dengan membuka peluang perniagaan dan peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar,” tambah beliau.

 

Berdasarkan rekod dan kajian, kewujudan kawasan-kawasan rehat di sepanjang lebuh raya PLUS berjaya menyediakan lebih daripada 5,500 peluang pekerjaan dan lebih 700 peniaga dan usahawan kecil tempatan.

 

“R&R juga memainkan peranan membantu mempromosikan produk dan industri pelancongan tempatan,” kata Noorizah.

 

PLUS memberi penekanan terhadap aspek konsep dan rekabentuk setiap R&R dan hentian sebelah yang dinaiktaraf supaya pengguna dapat menikmati kemudahan yang terbaik apabila singgah di kawasan-kawasan ini.

 

“Konsep, rekabentuk dan kaedah pengurusan kawasan rehat dan hentian sebelah ini juga telah diberi pelbagai pengiktirafan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Lembaga Lebuhraya Malaysia, Quality Restroom Association Malaysia (QRAM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelbagai pihak lain,” jelas Noorizah.

 

Sejak tahun 2005, sebanyak 52 peratus daripada ke semua kawasan rehat (merangkumi R&R, hentian sebelah dan restoran jejantas) yang terdapat di rangkaian lebuh raya PLUS telah dinaiktaraf.

 

Noorizah berkata demikian pada majlis Anugerah Perdana R&R PLUS 2014 di Persada PLUS, Subang pada 9 Januari.

 

Menurutnya, PLUS secara berterusan mengadakan pelbagai program bersama pengusaha-pengusaha gerai di R&R. Selain daripada memberi manfaat kepada kumpulan sasar ini, program-program tersebut turut meningkatkan keselesaan orang ramai yang singgah di R&R.

 

Bagi menghargai sokongan, komitmen dan kerjasama pengendali-pengendali gerai, PLUS telah mengadakan Majlis Anugerah Perdana R&R PLUS 2014, pada 9 Januari. Di antara anugerah yang disampaikan pada majlis tersebut adalah Anugerah Tandas Bersih PLUS, Anugerah Pengendali Gerai Terbaik dan Anugerah Hiasan Merdeka Terbaik bagi tahun 2014.

 

Pada ketika ini, terdapat 24 R&R, 4 restoran jejantas dan 43 hentian sebelah di rangkaian lebuh raya PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Kulim-Butterworth dan Jambatan Pulau Pinang.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter