PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > NO RECORD ON HIGHWAY SYNDICATE TAMPERING VEHICLES AT REST AREAS

NO RECORD ON HIGHWAY SYNDICATE TAMPERING VEHICLES AT REST AREAS

 

MalaysiaSHImg24PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to clarify that no report has been made to the Company with regards to certain individuals or groups tampering with vehicle mechanical system or engines at rest areas on the PLUS highways as stated in a message currently circulating in the social media and WhatsApp application.

Upon receipt of the message, an investigation was immediately carried out by PLUS. Based on its record, no highway user has contacted or informed PLUS on unscrupulous mechanics or tow truck workers tampering with vehicle mechanical system or engines at rest areas.

For the past three years, PLUS has provide Workshop On Wheels (WOW) mobile workshops as part of an initiative to prevent highway users from being cheated by unscrupulous tow trucks operators and workshops along the highways.

Upon its implementation, the number of complaints on users being cheated by unscrupulous parties on the highways had tremendously dropped.

As the same time, PLUSRonda teams are also assigned to monitor activities by illegal tow trucks on the highways.

PLUS views this issue seriously and is taking various actions to help highway users enjoy more convenient travel on its highways.

PLUS also advise the public suspecting that they are being cheated by tow truckers on the highway to call the Police or contact the toll free PLUSLine at 1800 88 0000 for immediate action.

TIADA LAPORAN DITERIMA OLEH PLUS BERHUBUNG SINDIKET PENIPUAN DI LEBUH RAYA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin menjelaskan bahawa tiada laporan rasmi telah dibuat oleh pengguna lebuh raya yang terperangkap dengan sindiket penipuan kerosakan kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan sepertimana yang disebarkan menerusi media sosial dan pesanan WhatsApp pada ketika ini.

Sejurus mendapat maklumat, PLUS telah mengadakan siasatan serta-merta berhubung rungutan tersebut. Berdasarkan rekod, tiada pengguna lebuh raya telah membuat aduan kepada syarikat ini berhubung kegiatan sindiket syarikat trak tunda atau mekanik yang melakukan kerosakan terhadap kenderaan orang ramai apabila mereka berhenti rehat di kawasan rehat di rangkaian lebuh raya PLUS.

Selain itu, PLUS telah menubuhkan pasukan bengkel bergerak Workshop On Wheels (WOW) sejak tiga tahun lalu untuk membendung kegiatan penipuan oleh trak-trak tunda dan bengkel yang tidak bertanggungjawab di lebuh raya.

Hasil daripada penubuhan pasukan WOW tersebut, jumlah aduan penipuan oleh mekanik dan bengkel yang tidak bertanggungjawab telah turun secara mendadak.

Pada masa yang sama, pasukan PLUSRonda juga turut ditugaskan untuk memantau kegiatan trak-trak tunda haram di lebuh raya.

PLUS memandang serius rungutan seumpama ini dan mengambil segala langkah yang munasabah untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selesa di semua lebuh raya kendaliannya.

Justeru itu, orang ramai yang mengesyaki terpedaya dengan kegiatan trak tunda haram atau ‘longkai’ di lebuh raya dinasihatkan supaya menghubungi talian bebas tol PLUSLine di talian 1800 88 0000 untuk tindakan serta-merta.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter