PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > MAMBAU AND LUKUT TOLL PLAZAS ON SEREMBAN-PORT DICKSON HIGHWAY TO GO FULLY ELECTRONIC FROM 1 JUNE

MAMBAU AND LUKUT TOLL PLAZAS ON SEREMBAN-PORT DICKSON HIGHWAY TO GO FULLY ELECTRONIC FROM 1 JUNE

sg.besi toll1 As part of an initiative to facilitate faster transaction at the Mambau and Lukut Toll Plazas, all toll transactions at both toll plazas on the Seremban-Port Dickson Highway (SPDH) will be conducted electronically via PLUSMiles cards, Touch ‘n Go cards or SmartTAGs starting 1 June 2015.

According to PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi, “This is part of our efforts to promote electronic toll collection system which is easier and faster.”

As such, PLUS urges cash paying commuters passing through both toll plazas to migrate to the electronic toll collection system as soon as possible.

“To facilitate easier purchase and reload of PLUSMiles and Touch ‘n Go cards, highway users will also be able to purchase preloaded RM5 PLUSMiles Touch ‘n Go cards at a promotional rate of RM5 (card is free) at both toll plazas beginning 1 May until 31 August 2015”, Fuad added.

In addition, the public can also purchase SmartTAGs at a promotional rate of RM96.00 (inclusive of 6% GST) at Mambau and Lukut Toll Plazas beginning 1 May until 30 June 2015 (while stock lasts).

Additionally, the public paying toll electronically at the Mambau and Lukut Toll Plazas is able to save more than RM48 per month on toll beginning 1 June until 30 September 2015.

“The savings are made through 20 per cent toll rebate which is being offered to Class 1 users paying toll via PLUSMiles card, Touch ‘n Go card and SmartTAG at both toll plazas.”

The calculation is based on 30 days per month and 20 percent toll rebate as follows:-

Toll savings for Mambau Toll Plaza

Toll Payment Method

Toll Payment for a month (30 days)

Saving

Cash

(No Toll Rebate)

RM192.00

No

Electronic

20 Percent Toll Rebate

(Applicable for Class 1 vehicle only)

 

Including 5 Percent PLUSMiles Rebate for minimum toll payment RM100 a month

RM144.00

RM48.00

Toll savings for Lukut Toll Plaza

Toll Payment Method

Toll Payment for a month (30 days)

Saving

Cash

(No Toll Rebate)

RM48.00

No

Electronic

20 Percent Toll Rebate

(Applicable for Class 1 vehicle only)

RM38.40

RM9.60

PLUS had earlier successfully implemented the full electronic toll collection system at the Perling Toll Plaza on the Linkedua Highway and Kempas Toll Plaza on the North-South Expressway in Johor in January 2014. The system was also implemented at the Batu Tiga and Sungai Rasau Toll Plazas on the Federal Highway Route 2 (FHR2) in November 2014.

PLUS LAKSANA SISTEM KUTIPAN TOL ELEKTRONIK SEPENUHNYA DI PLAZA TOL MAMBAU DAN LUKUT MULAI 1 JUN 2015

Sebagai salah satu inisiatif untuk membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang lebih lancar di Plaza Tol Mambau dan Lukut, PLUS akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik 100 peratus di kedua-dua plaza tol tersebut mulai 1 Jun 2015 yang akan datang.

Bermula pada tarikh tersebut, semua transaksi tol di Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Persekutuan Seremban-Port Dickson (SPDH) akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohammad Fuad Khusairi berkata, “Langkah ini merupakan salah satu daripada langkah syarikat ini menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang lebih mudah, pantas dan lebih selesa.”

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menggunakan kedua-dua plaza tol digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin.

“Bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) di kedua-dua plaza tol terbabit bermula 1 Mei hingga 31 Ogos 2015”, tambah Fuad.

Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan SmartTAG dengan harga istimewa RM96.00 (termasuk 6% GST) mulai 1 Mei hingga 30 Jun 2015 di Plaza Tol Mambau dan Lukut (selagi stok masih ada).

Sementara itu, orang ramai yang membayar tol secara elektronik di Plaza Tol Mambau dan Lukut boleh menikmati penjimatan bayaran tol melebihi RM48.00 setiap bulan bermula 1 Jun hingga 30 September akan datang.

“Penjimatan tersebut diperolehi melalui tawaran rebat tol sebanyak 20 peratus yang diberikan oleh PLUS untuk pengguna Kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG di kedua-dua plaza tol tersebut.”Pengiraan tersebut adalah berdasarkan purata 30 hari setiap bulan dan tawaran rebat tol sebanyak 20 peratus untuk pembayaran secara elektronik yang ditawarkan oleh PLUS seperti berikut:-

 

Penjimatan Tol di Plaza Tol Mambau

Kaedah Pembayaran Tol

Kos Bayaran Tol Untuk

Sebulan (30 hari)

Penjimatan

Tunai

(Tiada Rebat Tol)

RM192.00

Tiada

Elektronik

Rebat Tol 20 Peratus

(Hanya untuk kenderaan Kelas 1 sahaja)

 

Termasuk Rebat PLUSMiles 5 Peratus bagi bayaran tol minimum RM100 sebulan

RM144.00

RM48.00

 

Penjimatan Tol di Plaza Tol Lukut

Kaedah Pembayaran Tol

Kos Bayaran Tol Untuk

Sebulan (30 hari)

Penjimatan

Tunai

(Tiada Rebat Tol)

RM48.00

Tiada

Elektronik

Rebat Tol 20 Peratus

(Hanya untuk kenderaan Kelas 1 sahaja)

RM38.40

RM9.60

Terdahulu, PLUS telah berjaya melaksanakan sistem tol elektronik sepenuhnya di Plaza Tol Perling di Lebuh raya Linkedua dan Plaza Tol Kempas di Lebuhraya Utara-Selatan di Johor pada Januari 2014 lalu dan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) pada November tahun yang sama.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter