PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS INCREASES ELECTRONIC TOLL PAYMENT PROMOTIONS

PLUS INCREASES ELECTRONIC TOLL PAYMENT PROMOTIONS

 

toll2 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) increases its PLUSMiles Touch ‘n Go card and SmartTAG promotions following the recent announcement on the implementation of full electronic toll collection at Mambau and Lukut Toll Plazas on the Seremban-Port Dickson Highway (SPDH) beginning this 1 June 2015.

PLUS Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid said, “To facilitate easier purchase and reload of PLUSMiles and Touch ‘n Go cards, highway users will also be able to purchase preloaded RM5 PLUSMiles Touch ‘n Go cards at a promotional rate of RM5 (card is free) at the toll lanes at Mambau and Lukut Toll Plazas (Both Bounds), as well as at Customer Service Centres at Seremban and Senawang Toll Plazas”.

In addition, the public can also purchase SmartTAGs by cash at a promotional rate of RM96.00 (inclusive of 6% GST) at Customer Service Centres at Seremban and Senawang Toll Plazas (while stock lasts). The Centres operating hours from 7:00 am until 10:00 pm daily.

Furthermore, PLUS is also offering toll rebate up to 20 percent to highway users paying toll electronically at the Mambau and Lukut Toll Plazas.

“The 20 percent toll rebate is given to Class 1 users paying toll electronically via PLUSMiles card, Touch ‘n Go card and SmartTAG at both toll plazas beginning 1 June until 30 September 2015”, Noorizah explained.

In general, SmartTAGs and Touch ‘n Go lanes can accommodate 1,000 and 550 transactions respectively in an hour. Cash lane, on the other hand, can only accommodate 400 transactions per hour.

For more information, please contact PLUSLine at 1800 88 0000.

 

PLUS PERHEBAT PROMOSI PEMBAYARAN TOL SECARA ELEKTRONIK

Lanjutan daripada pengumuman pelaksanaan transaksi elektronik sepenuhnya di Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) mulai 1 Jun 2015 akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperhebatkan promosi kad PLUSMiles Touch ‘n Go dan SmartTAG.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) mulai sekarang di lorong di Plaza Tol Mambau dan Lukut (Kedua-dua Arah) dan Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Seremban dan Senawang.

Selain daripada itu, orang ramai berpeluang mendapatkan SmartTAG dengan harga istimewa RM96.00 (termasuk 6% GST) mulai sekarang di Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Seremban dan Senawang (selagi stok masih ada). Pusat ini beroperasi bermula jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari”.

Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan sistem elektronik di Plaza Tol Mambau dan Lukut, PLUS turut menawarkan rebat tol sehingga 20 peratus.

“Rebat tol 20 peratus diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG di kedua-dua plaza tol tersebut bermula 1 Jun hingga 30 September 2015 akan datang,” jelas Noorizah.

Secara umumnya, lorong elektronik SmartTAG dan Touch ‘n Go berupaya mengendalikan 1,000 dan 550 transaksi tol dalam masa satu jam. Lorong Tunai pula hanya berupaya mengendalikan 400 transaksi tol dalam tempoh yang sama.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter