PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > Clarification on design of ablution taps at Rest Areas

Clarification on design of ablution taps at Rest Areas

 

Abulation























PLUS would like to thank our discerning highway users for their feedback on social media channels and wish to clarify a recent feedback we received regarding the design of wuduk or ablution facilities at prayer rooms or surau provided at RSAs and laybys located along the PLUS expressways.  While there are no standards as such specifying what the “correct” height of the ablution tap should be, our current practice is to install the taps at a height of approximately 650 mm (equivalent to 2 feet 2 inch) from the floor.  
 
Allowing a further 150 mm for the drain, the total height of the taps is approximately 800 mm. These heights do not vary much from those used in the design of ablution facilities at mosques and other public surau in Malaysia where typically, the ablution taps are installed at a height ranging from 500 mm to 800 mm from the floor with an additional 100 mm to 180 mm height allowance for the drain. In our experience however, floor heights above 650 mm tend to cause a higher degree of splashing. It was this feedback from customers in response to our earlier designs of ablution facilities that prompted us to adopt 650 mm as our current design standard at PLUS.
 
In the case of the lay-by in Kulaijaya, some minor renovation works were carried out recently in which a portion of the floor was tiled and this may have reduced the height of some of the ablution taps from 650 mm to about 590 mm. Even so, the final floor height of these taps is still above the accepted minimum height of 500 mm used elsewhere.
 
Looking ahead, we are continually exploring new ideas that will enhance our customers’ experience and towards this end, we value your latest feedback and comments regarding the wuduk facilities at our surau. Already, we are considering the introduction of a new type of design for the ablution unit that will provide a foot rest for easier washing of the feet. If adopted, the new design will complement the present standing and seated design options.



PENJELASAN MENGENAI REKAAN PAIP WUDUK DI KAWASAN REHAT 
 
PLUS mengucapkan terima kasih atas maklumbalas yang telah diberikan oleh pengguna lebuh raya menerusi media sosial baru-baru ini mengenai rekaan tempat berwuduk atau kemudahan berwuduk di ruang solat yang disediakan di kawasan rehat dan rawat serta hentian sebelah di sepanjang lebuh raya PLUS. 
 
Kami ingin menjelaskan bahawa walaupun tiada spesifikasi yang standard mengenai ketinggian paip tempat berwuduk, namun PLUS telah memasang paip tempat berwuduk dengan ketinggian kira-kira 650 mm (bersamaan dengan 2 kaki 2 inci) daripada lantai. 
 
Dengan memberi ruang kira-kira 150 mm untuk aliran air, jumlah ketinggian paip adalah kira-kira 800 mm. Ketinggian tersebut tidak mempunyai banyak perbezaan daripada kemudahan berwuduk di mana-mana masjid atau surau awam di dalam Negara, iaitu lazimnya di antara ketinggian 500 mm ke 800 mm daripada lantai, dengan tambahan ketinggian 100 mm ke 180 mm untuk aliran air. Berdasarkan pengalaman kami, ketinggian lantai lebih daripada 650 mm boleh menyebabkan percikan air yang kuat ketika berwuduk. Oleh itu, berdasarkan maklumbalas yang kami terima mengenai rekaan ketinggian paip sebelum ini, kami telah menggunakan paip untuk berwuduk dengan ketinggian 650 mm sebagai rekaan standard terkini di PLUS. 
 
Merujuk kepada Hentian Sebelah Kulaijaya, kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf lantai jubin telah dijalankan baru-baru ini. Ini telah mengurangkan ketinggian bagi beberapa paip tempat berwuduk daripada 650 mm kepada 590 mm. Namun begitu, ketinggian paip untuk berwuduk di PLUS masih boleh digunapakai kerana ia melebihi daripada ketinggian minimum yang digunakan iaitu 500 mm.
 
Bagi memperbaiki tahap perkhidmatan PLUS pada masa akan datang, kami akan berusaha meneroka idea-idea baru yang boleh meningkatkan keselesaan dan pengalaman ketika menggunakan lebuh raya kami. Kami juga menghargai dan mengalu-alukan sebarang maklumbalas yang diberikan oleh pengguna lebuh raya mengenai kemudahan yang kami sediakan. Kami juga bersedia mengkaji cadangan memperkenalkan rekaan baru paip tempat berwuduk yang menyediakan tempat berehat untuk kaki yang dapat memberikan lebih keselesaan ketika berwuduk. Sekiranya rekaan baru ini digunapakai, ia akan memperbaiki tahap keselesaan cara berwuduk sama ada memilih untuk duduk atau berdiri. 

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter