PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS GEARS UP FOR AIDILFITRI TRAFFIC INCREASE

PLUS GEARS UP FOR AIDILFITRI TRAFFIC INCREASE

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) anticipates 1.6 million vehicles will use the North-South Expressway (NSE) everyday on Peak Days throughout the Hari Raya Aidilfitri holidays, a 20 percent increase from normal days.

“As such, PLUS will implement various strategies to cope with the traffic increase and at the same time, help the public enjoy smoother journey during the holidays,” said PLUS Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid

Up to 50 Percent Toll Rebate on Off-Peak Days

Among the main strategies introduced this year is to encourage the public in the Klang Valley to head back to their hometowns on Off-Peak Days which are between 13 and 15 July.

“As part of an effort to encourage more from the Klang Valley to head back to their hometowns on Off-Peak Days and at the same time, distribute the traffic, PLUS will be offering toll rebates between 30 and 50 percent,” Noorizah elaborated.

A 50 percent toll rebate will be given to the public travelling more than 100 kilometres on the NSE and ELITE highway and pay toll electronically (via PLUSMiles, Touch ‘n Go cards or SmartTAGs) on 13 and 23 July. A 40 percent toll rebate, on the other hand, will be offered on 14 and 22 July. Meanwhile, a 30 percent toll rebate will be given on 15 and 21 July. The toll rebates will be offered all day long on these selected days and not restricted to any particular time.

For example, a journey from the Jalan Duta Toll Plaza to the Alor Setar Selatan Toll Plaza on 13 July will enable the user to enjoy a 50 percent toll rebate and save RM27.35 from the normal toll fare of RM54.70.

The toll rebate can be redeemed at all Customer Service Centres on the PLUS highways between 15 August and 14 November this years

TTA for Peak Days

As implemented during previous festive seasons, PLUS is also issuing a Travel Time Advisory schedule (TTA) for Peak Days travel on the NSE between 16 and 20 July.

The TTA focuses on traffic distribution and is aimed at reducing traffic congestion on the mainline, most notably at major stretches, toll plazas and rest areas. The schedule is based on studies on the public travel pattern during previous festive seasons.

“As such, we advise the public planning to travel on the NSE on these Peak Days to follow the TTA. Based on our studies, higher adoption rate of the TTA by the public for outbound and inbound journey had resulted in smoother traffic flow on the mainline,” Noorizah said.

Improving Highway Level of Service

PLUS will also implement various strategies to improve its overall highway operations and level of service during the upcoming festive season.

“Among the initiatives are deploying more staff on the highways and the traffic monitoring centre, increasing the number of PLUSRonda teams and patrolling loops, stationing emergency rescue teams at strategic locations, providing additional parking areas and portable toilets at major rest areas, providing additional tow trucks at selected locations, deploying more than 3,200 staff at toll plazas, conducting aerial traffic surveillance and many more,” Noorizah explained.

(Please refer attachment for more details)

At the same time, PLUS had completed its Fourth Lane Widening Project between Shah Alam-Rawang-Jalan Duta and Nilai Utara Interchange-Seremban highway stretches for smoother travel on the mainline during the holidays.

Additionally, PLUS will also open up the Bandar Ainsdale Interchange, which is located 5 kilometres from the existing Seremban Interchange on 10 July to help distribute the traffic at the stretch.

Highway Traffic Updates

PLUS also advises the public to get the latest traffic updates on the NSE through the PLUSTrafik Twitter service, the PLUS Mobile Apps, the toll free PLUSLine 1800 88 0000, major radio stations and electronic message boards at strategic locations along the highways.

Noorizah was quoted at a media briefing on the PLUS preparations in coping with the traffic increase on festive season at the Persada PLUS, today. Also present was PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi.


TTA20Raya20201520Lembah20Klang English
















PLUS ATUR STRATEGI HADAPI PERTAMBAHAN TRAFIK PADA CUTI AIDILFITRI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak bersempena dengan cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding hari-hari biasa.

“Justeru itu, kami telah mengatur pelbagai strategi untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selesa dan lancar di lebuh raya,” kata Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid.

Rebat Tol Sehingga 50 Peratus Pada Hari-Hari Bukan Puncak

Di antara strategi utama yang diperkenalkan pada tahun ini adalah dengan menggalakkan lebih ramai penduduk di Lembah Klang pulang ke kampung lebih awal, iaitu pada hari-hari bukan puncak iaitu pada 13 hingga 15 Julai.

“Bagi menggalakkan orang ramai di Lembah Klang pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal tahun ini dan mengagihkan trafik, PLUS akan menawarkan rebat tol di antara 30 hingga 50 peratus pada Hari-Hari Bukan Puncak,” jelas Noorizah.

Rebat tol 50 peratus ditawarkan sepanjang hari untuk perjalanan jarak jauh (melebihi 100 kilometer) di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE serta membayar tol menggunakan sistem elektronik (kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG) pada 13 dan 23 Julai. Manakala, rebat tol 40 peratus diberikan pada 14 dan 22 Julai. Rebat tol 30 peratus pula diberikan bagi perjalanan jarak jauh pada 15 dan 21 Julai.

Sebagai contoh, perjalanan dari Plaza Tol Jalan Duta ke Alor Setar Selatan pada 13 Julai membolehkan orang ramai menikmati rebat tol sebanyak 50 peratus dan membuat penjimatan bayaran tol sebanyak RM27.35 berbanding bayaran penuh RM54.70 pada hari-hari biasa.

Rebat tol tersebut boleh dituntut di semua Pusat Khidmat Pelanggan di lebuh raya PLUS bermula 15 Ogos hingga 14 November ini.

TTA Untuk Hari-Hari Puncak

Sepertimana pada tahun-tahun lalu, PLUS juga turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak iaitu di antara 16 Julai hingga 20 Julai ini.

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.

“Kami menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA. Berdasarkan kajian kami, apabila ramai yang mematuhi TTA untuk pulang ke kampung dan pulang semula ke kota selepas bercuti, semakin lancar perjalanan di lebuh raya,” kata Noorizah.

Tingkat Tahap Perkhidmatan Lebuhraya

Selain daripada strategi penyuraian trafik pada Hari Bukan Puncak dan Hari Puncak, PLUS turut menyusun pelbagai pendekatan dalam memantapkan operasi dan tahap perkhidmatan pada musim perayaan yang akan datang.

“Di antara langkah-langkah yang akan diambil adalah menugaskan lebih ramai kakitangan di lebuh raya dan pusat kawalan trafik TMC, menambah jumlah pasukan dan rondaan PLUSRonda, menempatkan pasukan-pasukan bantuan kecemasan di lokasi-lokasi strategik, membuka kawasan meletak kenderaan dan tandas awam tambahan di kawasan-kawasan rehat utama, menyediakan trak-trak tunda tambahan di lokasi terpilih, menempatkan lebih daripada 3,200 kakitangan di plaza-plaza tol, pemantauan trafik dari udara dan lain-lain lagi,” tambah Noorizah.

(Sila rujuk lampiran yang disediakan untuk maklumat lanjut)

Selain daripada itu, PLUS juga telah menyiapkan Projek Pelebaran Lorong Keempat di antara Shah Alam-Rawang-Jalan Duta serta Persimpangan Nilai Utara-Seremban untuk memberi lebih keselesaan kepada orang ramai pada musim perayaan ini.

Sementara itu, PLUS juga akan membuka Persimpangan Bertingkat Bandar Ainsdale yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Persimpangan Bertingkat Seremban pada 10 Julai yang akan datang bagi membantu menyuraikan trafik di laluan berkenaan.

Maklumat Trafik Terkini

Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

Noorizah ditemui pada taklimat kepada pihak media berhubung persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik musim perayaan di Persada PLUS, hari ini. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.


TTA20Raya20201520Lembah20Klang Malay

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter