PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS PROMOTES ROAD SAFETY THROUGH MURAL COMPETITION

PLUS PROMOTES ROAD SAFETY THROUGH MURAL COMPETITION

 

Mural2015 web

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) continues its initiative in spreading road safety messages to the public through a mural contest for secondary schools.


The ‘Malaysians Unite For Road Safety’ (MUFORS) Inter-School Mural Competition offers shortlisted 50 secondary schools throughout the country to win cash prizes amounting to RM120,000 while at the same time, deliver road safety messages to students, parents and public.


This is the fourth time the mural contest being organized since 2009.

According to PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi, “This mural competition is part of PLUS continuous initiative to educate and instill road safety awareness among students, parents and the public. Ultimately, it can contribute to safer travel on the highways.”


This year, PLUS introduced a new approach for the contest where it requires students to incorporate their safety messages into their mural project. This will in turn, act as the theme for these murals.


The contest gives the student a platform to voice out their views on road safety and at the same time, educate their friends, families and the public. Students are the ambassadors for road safety today and tomorrow. 

“This year, 50 schools were shortlisted based on their essays on road safety. Each participating school will be given mural painting equipment worth RM2,000 from PLUS as well as paint worth RM600 from Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd to start off their mural project,” he explained.

The first place winner will receive RM20,000 in cash and a trophy while the runner-up will win RM15,000. The third place winner will receive RM10,000. Fourth to 12th place winners will receive RM5,000 while 13th to 20th place winners will walk away with RM3,000 each.

In addition the winner of the Best Mural Colour Category will also win voucher worth RM5,000 courtesy of Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd.

The mural contest is part of the ‘Malaysians Unite For Road Safety’ (MUFORS) initiative headed by PLUS and is supported by the Ministry of Education.

The launch ceremony of the mural competition was officiated by Education Ministry’s Deputy Director of School Management Division, Dr Zaharian Zainuddin at Persada PLUS. Also present were students and teachers of the shortlisted schools. 

Mural2015 web2

 

PLUS SEBAR MESEJ KESELAMATAN JALAN RAYA MENERUSI PERTANDINGAN MURAL

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meneruskan pendekatannya yang berbeza dalam menyampaikan mesej keselamatan jalan raya kepada orang ramai menerusi satu pertandingan mural untuk pelajar sekolah menengah.

Pertandingan Mural ‘Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya’ (MUFORS) Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh PLUS buat kali keempat sejak tahun 2009 ini memberi peluang kepada 50 buah sekolah menengah yang telah disenarai pendek bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM120,000 di samping menyampaikan mesej-mesej keselamatan jalan raya kepada pelajar sekolah, ibubapa dan orang ramai.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi, “Pertandingan mural MUFORS ini merupakan salah satu inisiatif berterusan PLUS dalam mendidik dan menanamkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya di kalangan generasi muda terutama pelajar-pelajar sekolah, ibubapa pelajar serta orang ramai. Secara tidak langsung, ia berperanan dalam membantu meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya.”

Bagi pertandingan kali ini, PLUS menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza berbanding tahun-tahun lalu. Kali ini pelajar perlulah menghasilkan mural-mural yang dihasilkan mengandungi mesej atau pesanan keselamatan daripada pelajar itu sendiri yang ditujukan kepada orang lain sama ada rakan-rakan mereka, ibubapa atau orang ramai. Mesej ini bertindak sebagai tema bagi projek mural mereka.

Justeru itu, pendekatan ini digunakan kerana PLUS ingin mendapatkan pandangan keselamatan jalan raya daripada kacamata pelajar-pelajar itu sendiri. Bagi kami, golongan pelajar adalah duta kepada keselamatan jalan raya masa kini dan masa hadapan.

“Pada tahun ini, sebanyak 50 buah sekolah telah terpilih berdasarkan esei mengenai keselamatan yang dihantar sebelum ini. Setiap sekolah akan menerima kelengkapan peralatan menghasilkan mural berjumlah RM2,000 daripada PLUS serta baucar cat bernilai RM600 daripada penaja, Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd,” tambah beliau.

Johan pada kali ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 beserta trofi, manakala naib johan menerima RM15,000. Tempat ketiga pula menerima RM10,000. Hadiah saguhati bagi tempat ke-4 hingga ke-12 pula bakal menerima RM5,000. PLUS juga turut menawarkan hadiah saguhati bagi tempat ke-13 hingga ke-20 pula sebanyak RM3,000 setiap satu.

Selain itu, pihak sekolah juga berpeluang memenangi hadiah baucar cat bernilai RM5,000.00 menerusi kategori warna mural terbaik yang diperkenalkan oleh penaja cat, Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd.

Pertandingan mural ini adalah salah satu inisiatif daripada cabang program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Malaysians Unite For Road Safety (MUFORS) atau ‘Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya’ yang telah diperkenalkan oleh PLUS. Pertandingan mural ini turut mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Majlis pelancaran pertandingan mural tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Zaharian Zainuddin di Persada PLUS. Turut hadir adalah pelajar dan tenaga pengajar.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter