PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > JITRA AND BUKIT KAYU HITAM TOLL PLAZAS TO GO FULLY ELECTRONIC 9 SEPTEMBER

JITRA AND BUKIT KAYU HITAM TOLL PLAZAS TO GO FULLY ELECTRONIC 9 SEPTEMBER

BKH


All toll transactions at the Jitra and Bukit Kayu Hitam Toll Plazas on the North-South Expressway will be conducted electronically via PLUSMiles cards, Touch ‘n Go cards or SmartTAGs beginning 9 September 2015.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi was quoted at a full electronic toll collection implementation briefing to the Kubang Pasu District council members, heads of related agencies, consumer association and the media at the TH Hotel, today.


As such, PLUS is aggressively conducting various promotions to attract more users at both plazas to pay toll electronically.


“Among the initiatives are sales of RM5 PLUSMiles cards (with pre-loaded RM5 value) since July until 31 December and sales of SmartTAG units at RM96 per unit (inclusive of GST) at both toll plazas (as compared to the normal price of RM127.30 (inclusive of GST) elsewhere) until 30 September,” Fuad added.


The public paying toll electronically at the Jitra and Bukit Kayu Hitam toll plazas will also be able to enjoy 20 percent toll rebate for electronic toll transactions between 1 September and 31 December.


According to Fuad, currently 50 percent of the total number of users at the Jitra and Bukit Kayu Hitam toll plazas is paying toll electronically.


The full electronic toll collection initiative is aimed at facilitating smoother transactions at toll plazas.


Apart from Jitra and Bukit Kayu Hitam, the initiative will be implemented simultaneously on 9 September at 10 other toll plazas across the country which include the Penang Bridge Toll Plaza, the Lunas and Kubang Semang toll plazas on the Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Dato’ Keramat toll plaza (AKLEH), Ayer Panas, Batu and Sentul Pasar toll plazas (DUKE highway) as well as Gombak and Bentong toll plazas on LPT1.


For the record, the 100 percent electronic toll collection initiative was successfully implemented at the Sultan Iskandar Building (2008), Linkedua highway (in stages since 2009), Kempas toll plaza (2014), Batu Tiga and Sungai Rasau (November 2014) and Mambau and Lukut toll plazas on the Seremban-Port Dickson Highway (SPDH) in June.


IMG 0771

Stakeholder engagement_Kedah





PLAZA TOL JITRA DAN BUKIT KAYU HITAM BEROPERASI SECARA 100 PERATUS ELEKTRONIK MULAI 9 SEPTEMBER


Plaza Tol Jitra dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Lebuhraya Utara-Selatan akan mula beroperasi secara 100 peratus elektronik mulai 9 September yang akan datang.


“Sehubungan dengan itu, semua transaksi tol di kedua-dua plaza tol terbabit akan dikendalikan secara elektronik menggunakan kad Touch ‘n Go, kad PLUSMiles atau SmartTAG sahaja,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohammad Fuad Khusairi pada satu majlis taklimat pelaksanaan inisiatif tersebut kepada ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, ketua-ketua jabatan berkaitan, wakil-wakil persatuan pengguna dan persatuan teksi termasuk wakil-wakil media di Hotel TH, hari ini.


Sehubungan dengan itu, PLUS sedang giat mengadakan pelbagai promosi untuk menggalakkan orang ramai yang menggunakan kedua-dua plaza tol tersebut untuk beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik.


“Di antaranya adalah penjualan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai prabayar RM5) dengan harga istimewa RM5 sejak Julai lalu sehingga 31 Disember yang akan datang. Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan SmartTAG dengan harga RM96 (termasuk GST) di Plaza Tol Jitra dan Bukit Kayu HItam berbanding RM127.20 (termasuk GST) di tempat-tempat lain sehingga 30 September,” tambah Fuad.


Selain daripada itu, orang ramai yang membayar tol secara elektronik di kedua-dua plaza tol terbabit akan layak menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus di antara 1 September sehingga 31 Disember ini.


Menurut Fuad, pada ketika ini kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya yang melalui Plaza Tol Jitra dan Bukit Kayu Hitam telah pun menggunakan sistem elektronik.


Pelaksanaan inisiatif kutipan tol secara 100 peratus elektronik ini adalah bagi membantu melancarkan lagi transaksi tol di plaza-plaza tol.


Selain Jitra dan Bukit Kayu Hitam, inisiatif pelaksanaan pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya akan dilaksanakan serentak pada 9 September di 10 buah lagi plaza tol yang lain di seluruh negara iaitu Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Lunas dan Kubang Semang di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Plaza Tol Dato’ Keramat (di AKLEH), Plaza Tol Ayer Panas, Batu dan Sentul Pasar (di Lebuhraya DUKE) serta Plaza Tol Gombak dan Bentong (di LPT1).


Terdahulu, inisiatif pelaksanaan transaksi tol 100 peratus elektronik telah berjaya dilaksanakan di semua plaza tol di Bangunan Sultan Iskandar (2008), lebuh raya Linkedua (secara berperingkat sejak 2009), Plaza Tol Kempas (2014), Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau (November 2014) serta Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) pada Jun lalu.



Jitra TP

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter