PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS TARGETS MOTORCYCLISTS AS AGENTS OF CHANGE FOR ROAD SAFETY

PLUS TARGETS MOTORCYCLISTS AS AGENTS OF CHANGE FOR ROAD SAFETY

Gempak _Uitm

Leveraging on the impact of its’ Malaysians Unite For Road Safety (MUFORS) initiative, PLUS continues its’ road safety awareness strategy through ‘Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan’ MUFORS (GEMPAK MUFORS) programme.


The programme is aimed at engaging young motorcyclists as agents of change for road safety.

According to PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi said, “Young motorcyclists play important roles in promoting road safety to their friends, families and other road users.”

He was quoted at the second series of GEMPAK MUFORS 2015 road safety programme at Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, today.


Last year, 2,419 motorcycle accidents were recorded on the North-South Expressway (NSE) as compared to 2,163 accidents in 2013 which translates to a 12 percent increase.

“Accidents involving motorcycles constitute 20 percent against total accidents on PLUS highway. The programme is also one of the many efforts to reduce road accidents involving motorcyclists and a part of PLUS’ Corporate Social Responsibility (CSR) initiatives,” Fuad added.


Under the MUFORS banner, PLUS has also organized various other road safety-related programmes such as the Respect Your Limits safety seminar for heavy vehicle drivers and operators, inter-school road safety-themed mural competitions for school children, the setting up of the MUFORS Gallery and other programmes to promote road safety, reduce accidents and safe lives.

“GEMPAK MUFORS seminars combine theory and practical aspects of motorcycle riding. We aim to make safe motorcycle riding a culture among young motorcyclists,” Fuad said.

PLUS is targeting 1,500 participants to participate in the GEMPAK MUFORS programme until the end of the year.


Also present is Prof. Madya Sr. Mohammed Yaziz Ahmad, Director of Co-Curiculum Centre, Students Affairs of UiTM, Shah Alam.

Today’s GEMPAK MUFORS programmed was attended by 500 UiTM students and staff.

The programme is also supported by Malaysia Institute of Transport (MITRANS) as the organizing partner.



PLUS SASAR GOLONGAN BELIA BERMOTOSIKAL SEBAGAI EJEN PERUBAHAN UNTUK KESELAMATAN JALAN RAYA

Bagi memperhebatkan inisiatif keselamatan ‘Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (MUFORS), PLUS meneruskan strategi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya melalui program ‘Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan’ (GEMPAK MUFORS).


Program ini mensasarkan penunggang motosikal golongan muda dan belia sebagai ejen perubahan untuk keselamatan jalan raya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohammad Fuad Khusairi, “Golongan muda memainkan peranan yang penting dalam usaha mempromosi kesedaran keselamatan di jalan raya kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.”


Fuad berkata demikian pada siri kedua program keselamatan GEMPAK MUFORS 2015 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, hari ini.

Pada tahun 2014, sebanyak 2,419 kemalangan motosikal telah direkodkan di Lebuhraya Utara-Selatan berbanding 2,163 pada tahun 2013, iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus.

“Kemalangan melibatkan motosikal menyumbang sebanyak 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan yang berlaku di lebuh raya PLUS.


Oleh itu, program ini dianjurkan oleh PLUS sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya dan lebuh raya yang melibatkan motosikal dan sebagai salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat PLUS (CSR),” tambah Fuad.


Di bawah payung gerakan MUFORS, PLUS telah menjalankan pelbagai program yang berteraskan keselamatan jalan raya seperti seminar keselamatan jalan raya ‘Hormati Had Anda’ khusus untuk operator dan pemandu kenderaan berat, pertandingan mural antara sekolah menengah bertemakan keselamatan jalan raya, menubuhkan Galeri MUFORS dan lain-lain program bagi mempromosi keselamatan jalan raya, mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa.


Menurut Fuad lagi, “Program GEMPAK MUFORS merupakan seminar keselamatan yang menggabungkan aspek teori dan praktikal menunggang motosikal. Kami mensasarkan untuk menyemai budaya pemanduan selamat di kalangan penunggang motosikal pada usia yang muda.”


PLUS mensasarkan seramai 1,500 orang peserta menyertai program GEMPAK MUFORS yang dijadualkan sehingga akhir tahun ini.


Turut hadir ke program tersebut adalah Prof. Madya Sr Mohammed Yaziz Ahmad, Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam.


Seminar keselamatan pada hari ini dihadiri oleh 500 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM Shah Alam serta kakitangannya.


Program ini turut mendapat kerjasama daripada rakan penganjur iaitu Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS).

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter