PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > MORE THAN 4,000 STUDENTS IN RURAL AREAS TO BENEFIT FROM PLUS PINTAR PROGRAMME

MORE THAN 4,000 STUDENTS IN RURAL AREAS TO BENEFIT FROM PLUS PINTAR PROGRAMME

Pintar2

More than 4,000 students at selected schools in rural areas will benefit from the PLUS PINTAR Programme which was launched today.

The PLUS PINTAR Programme, organized by PLUS Malaysia Berhad (PLUS) offers platform, opportunity and help for students in rural areas access to the same education approaches offered at urban and high performing schools in the country.

According to PLUS Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “The PLUS PINTAR Programme, in collaboration with the selected schools through PINTAR Foundation, is one of PLUS’ Corporate Social Responsibility initiatives to help and improve students’ academic and self-development.

Through this programme, six schools were selected as the PLUS Adopted Schools for three years until 2017 namely:

1) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Paloh, Johor

2) Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda, Kedah

3) Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Selangor

4) Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Permai, Johor

5) Sekolah Kebangsaan Kuang, Selangor

6) Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Perak

PLUS PINTAR Programmes comprises of various modules such as Motivational Programme and Team Building, Educational Support Programme, Capability and Capacity Building and Reducing Vulnerabilities and Social Issues Programme.

Initially, PLUS will adopt the Second Module, Educational Support Programme for the selected schools. The module includes Guru Muda programme, Perkampungan Akademik SPM, Lonjakan PT3, Program Gemilang bersama Pendidik Cemerlang, Program Restu Kasih and so on.

"About 4,549 students will benefit from this programme. PLUS also provides financial support and allocates almost RM1 million for a period of three years for these schools to carry out the PLUS PINTAR programme based on PINTAR’s Educational Support Program Module,” added Noorizah.

The PLUS PINTAR Programme is in support of PLUS’ parent company, the UEM Group Berhad’s corporate social responsibility initiative, in partnership with the PINTAR Foundation.

Currently, there are 406 adopted PINTAR schools in Malaysia with more than 750,000 students who had benefited through various PINTAR’s activities conducted nationwide.

The launch ceremony of the PLUS PINTAR Programme was officiated at Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Paloh, in Kluang today.

Also present were Kluang’s Education Head, Tuan Hj A. Manaf Muslimin, Norzalina Masom, General Manager Program Development and Management of Pintar Foundation and Tuan Hj Shaharuddin Basri Ibrahim, Headmaster of Sek Men Keb Seri Kota Paloh, teachers and students.


Pintar1












LEBIH 4,000 PELAJAR LUAR BANDAR DAPAT MANFAAT PROGRAM PINTAR PLUS

Lebih daripada 4,000 pelajar-pelajar luar bandar di sekolah terpilih seluruh Negara bakal memperolehi manfaat melalui Program PINTAR PLUS apabila program akademik tersebut dilancarkan hari ini.

Program PINTAR PLUS yang dianjurkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) buat kali pertama ini bertujuan membantu dan memberi peluang kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar sekolah di luar bandar mendapatkan kemudahan pendidikan seperti di sekolah-sekolah bandar dan sekolah yang berprestasi tinggi.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid “Program PINTAR PLUS dengan kolaborasi bersama pihak sekolah melalui PINTAR Foundation merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat PLUS untuk membantu meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar-pelajar dari segi akademik dan sahsiah diri.”

Melalui program PINTAR PLUS, sebanyak enam buah sekolah di seluruh negara akan dijadikan sekolah angkat oleh PLUS bagi tempoh jangkamasa tiga tahun sehingga 2017.


Sekolah-sekolah yang terpilih adalah seperti berikut:-

1)Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Paloh, Johor

2)Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda, Kedah

3)Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Selangor

4)Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Permai, Johor

5)Sekolah Kebangsaan Kuang, Selangor

6)Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Perak

Program Pintar PLUS terdiri daripada beberapa modul antaranya adalah Program Motivasi dan Bina Semangat, Program Sokongan Akademik, Program Membina Keupayaan dan Kapasiti serta Program Sahsiah dan Jati Diri.

“Bagi tahun pertama ini, PLUS memilih modul kedua iaitu Program Sokongan Akademik bagi sekolah-sekolah yang terlibat. Modul tersebut merangkumi program-program seperti Program Guru Muda, Perkampungan Akademik SPM, Program Lonjakan PT3, Program Gemilang bersama Pendidik Cemerlang, Program Restu Kasih dan lain-lain lagi,” tambah Noorizah.

“Program ini akan memberi manfaat kepada 4,549 pelajar. Selain itu, melalui program ini, PLUS menyediakan sokongan kewangan dan telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk tempoh tiga tahun bagi kesemua sekolah terpilih menjalankan program PINTAR PLUS berpandukan Modul Program Sokongan Akademik PINTAR,” jelas Noorizah.

Program PINTAR PLUS lahir daripada inisiatif Syarikat Induk, UEM Group Berhad di bawah payung tanggungjwab sosial korporat Kumpulan UEM dengan kerjasama PINTAR Foundation.

Kini, terdapat 406 buah sekolah angkat PINTAR di Malaysia dengan lebih daripada 750,000 pelajar telah mendapat manfaat melalui pelbagai aktiviti PINTAR yang telah dijalankan di seluruh negara.

Majlis pelancaran Program PINTAR PLUS telah disempurnakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Paloh, di Kluang hari ini.

Turut hadir adalah Tuan Hj A. Manaf Muslimin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, Norzalina Masom, Pengurus Besar Program Pembangunan dan Pengurusan Pintar Foundation serta Tuan Hj Shaharuddin Basri Ibrahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Paloh, guru-guru serta pelajar-pelajar.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter