PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > 1,000 STAFF PARTICIPATE IN PLUS COMMUNITY DAY

1,000 STAFF PARTICIPATE IN PLUS COMMUNITY DAY

One thousand PLUS Malaysia Berhad (PLUS) staff participated in the PLUS Community Day program at 26 locations across the country, today.

According to the PLUS Managing Director and Chief Executive Officer, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “The PLUS Community Day is an annual program organised by the company as part of an initiative to give back to the people as well as contribute to the wellbeing of the surrounding communities. The program is also aimed at encouraging teamwork and the spirit volunteerism among the staff.”

“Each year, we dedicate a special day for PLUS and its staff to organise and participate in community service to help the needy and various communities across the country,” she added.

Among the community projects organised simultaneously across the country today are repairing a madrasah in Alor Gajah (Malacca), repairing an old folks home in Rawang (Selangor), repairing a jetty in Kuala Kuar (Kedah), repairing and widening a bridge at Guar Cempedak (Kedah), cleaning up an Orang Asli school in Cameron Highlands, upgrading public toilet and surau in Hulu Langat and planting mangroves at Manjung, Perak.

The PLUS Management team and staff also cleaned up a school in Labu (Negeri Sembilan) and a community centre in Kluang (Johor), repaired a house in Sungai Buaya (Selangor) and organised various activities at a children shelter at Puncak Alam (Selangor).

“PLUS allocates more than RM500,000 to carry out today’s community programs. The amount is part of a yearly RM25 million budget which is being set aside for CSR programs consisting of road safety, education, toll rebates and so on,” Noorizah explained.

PLUS also pro-actively organizes other road safety-related programs such as the ‘Malaysians Unite For Road Safety’ (MUFORS) initiative, the ‘Respect Your Limits’ safety seminars for heavy vehicle drivers and operators, road safety mural competition for secondary schools, ‘Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan’ (GEMPAK MUFORS) programs for young motorcyclists and so on.

PLUS also actively carries out other education-related programmes through the PLUS Pintar programme and school opening uniform programme.


1,000 KAKITANGAN PLUS JAYAKAN PROGRAM HARI KOMUNITI PLUS


Seramai 1,000 warga kerja PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyertai program kemasyarakatan di 26 lokasi secara serentak di seluruh negara bersempena dengan Hari Komuniti PLUS hari ini.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Program Hari Komuniti PLUS merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh syarikat ini sebagai salah satu daripada langkah untuk membantu, menyalurkan sumbangan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Program ini turut bertujuan menggalakkan budaya sukarelawan dan menanamkan semangat berpasukan di kalangan warga kerja syarikat ini.”

“Setiap tahun, kami memperuntukkan satu hari khusus untuk PLUS dan kakitangannya turun padang dan menjalankan pelbagai program kemasyarakatan di seluruh negara secara serentak,” tambah beliau.

Di antara projek-projek kemasyarakatan yang diadakan serentak di seluruh negara pada hari ini adalah menjalankan kerja-kerja membaik-pulih Madrasah Tahfiz di Alor Gajah, membaiki dan membersihkan pusat jagaan OKU dan Warga Emas di Rawang (Selangor), membaiki titi dan membersihkan jeti nelayan di Kuala Kuar (Kedah), membaik pulih dan melebarkan jambatan di Guar Cempedak (Kedah), membersihkan sekolah orang asli di Cameron Highlands, membaikpulih kemudahan tandas dan surau di Hulu Langat, serta menanam pokok bakau di Manjung, Perak.

Selain itu, pihak pengurusan PLUS dan kakitangan yang terlibat turut bergotong-royong membersihkan sekolah di Labu (Negeri Sembilan) dan pusat komuniti di Kluang (Johor), membaik pulih rumah fakir miskin di Sungai Buaya (Selangor), memberi sumbangan kepada rumah perlindungan kanak-kanak di Puncak Alam (Selangor) dan lain-lain lagi.

“PLUS memperuntukkan lebih daripada RM500,000 untuk menjayakan program-program kebajikan pada hari ini. Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada lebih RM25 juta yang diperuntukkan oleh syarikat ini untuk menjayakan pelbagai program CSR setiap tahun yang meliputi keselamatan jalan raya, pendidikan, pemberian rebat tol dan sebagainya,” jelas Noorizah.

PLUS juga turut aktif menganjurkan pelbagai program khidmat masyarakat yang lain terutamanya yang berteraskan keselamatan jalan raya seperti Gerakan ‘Malaysians Unite For Road Safety’ (MUFORS), seminar keselamatan ‘Hormati Had Anda’ untuk pemandu dan operator kenderaan berat, pertandingan mural keselamatan jalan raya untuk sekolah-sekolah menengah, program ‘Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan’ (GEMPAK MUFORS) untuk belia bermotosikal dan lain-lain lagi yang dipelopori oleh Syarikat ini.

PLUS juga turut aktif mengadakan program pendidikan menerusi program Pintar PLUS dan sumbangan bantuan persekolahan.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter