PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > DEEPAVALI: PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE FOR ELECTRONIC TOLL TRANSACTIONS

DEEPAVALI: PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE FOR ELECTRONIC TOLL TRANSACTIONS

PLUS highway users on the North-South Expressway (NSE), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), North-South Expressway Central Link (ELITE) and the Malaysia-Singapore Second Crossing (Linkedua) paying toll electronically will be able to enjoy a 20 percent toll rebate in conjunction with Deepavali.


PLUS Malaysia Berhad Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi said, “Highway Class 1 users (light vehicles with 2 axles and 3 or 4 wheels except taxi) paying toll electronically via PLUSMiles cards, Touch ‘n Go cards or SmartTAGs will be able receive a 20 percent toll rebate for electronic toll transactions on 10 November (Tuesday) in conjunction with Deepavali.”


According to Fuad, the public paying toll electronically will still be required to pay the full amount on 10 November. However, the 20 percent toll rebate (in a form of toll reload) can be redeemed when they reload their electronic cards at all PLUS customer service centres between 15 December 2015 and 14 March 2016.


The toll rebate is aimed celebrating Deepavali and is part of an effort to encourage the public to switch to electronic toll payment system which is easier and faster.


“The toll rebate can be enjoyed the whole day and is not restricted to a particular time frame,” Fuad explained.


However, the toll rebate will not be given to those paying toll at the Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar and Penang Bridge toll plazas.


Based on its studies on travelling patterns during previous festive seasons, PLUS expects the traffic on the NSE to increase by eight (8) percent to 1.4 million vehicles every day between 6 November and 15 November as compared to 1.3 million on normal days.


For more information, please contact PLUSLine at 1800 88 0000.


PLUS Web_Banner_on_Rebate_Deepavali













PLUS TAWAR REBAT TOL 20 PERATUS UNTUK PEMBAYARAN TOL ELEKTRONIK SEMPENA CUTI DEEPAVALI

Pengguna rangkaian lebuh raya PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) yang membayar tol secara elektronik berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Hari Deepavali yang akan datang.


Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi, “Pengguna Kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) yang membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go dan SmartTAG berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 10 November (Selasa) bersempena dengan Hari Deepavali.”


Menurut Fuad, pada 10 November, pengguna sistem elektronik masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat tol 20 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad Touch ‘n Go atau kad PLUSMiles masing-masing (dalam bentuk tambah nilai) di antara 15 Disember 2015 sehingga 14 Mac 2016 akan datang di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.


Pemberian rebat tol oleh PLUS ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Deepavali yang akan datang. Selain itu, ia adalah di antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas.


“Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari dan tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja,” jelas Fuad.


Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.


PLUS turut menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak lapan (8) peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari di antara 6 November hingga 15 November bersempena perayaan Deepavali berbanding 1.3 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter