PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > 10,000 STUDENTS RECEIVE SCHOOL UNIFORMS AND SUPPLIES FROM PLUS

10,000 STUDENTS RECEIVE SCHOOL UNIFORMS AND SUPPLIES FROM PLUS

IMG 8705e

Ten thousand primary and secondary school students at selected locations across the country will receive school uniforms and supplies from PLUS Malaysia Berhad (PLUS) in conjunction with the company’s ‘Back To School’ community program. Each student will receive two (2) sets of uniforms, head scarfs, one pair of shoes, two pairs of socks, a pair of track bottom, a stationery set and a school bag from PLUS.

According to PLUS Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “The initiative is part of the company’s community-based programs organised throughout the year. The program is aimed at alleviating the parents’ burden and helping them to prepare their kids for the 2016 school year. The program is part of the company’s ongoing initiatives to give back to the people as well as contribute to the wellbeing of the surrounding communities.”

This is the second year PLUS organizing its ‘Back to School’ program. PLUS also provides and allocates more than RM2 million to carry out the programme this year.

The presentation ceremony of the school uniforms and supplies to 1,000 students from children of Titiwangsa Parliament was officiated at the Taman Maluri Community Hall, Cheras. Also present was Titiwangsa Member of Parliament, YB Datuk Johari Abdul Ghani.

PLUS also pro-actively organizes other road safety-related programmes such as the ‘Malaysians Unite For Road Safety’ (MUFORS) initiative, the ‘Respect Your Limits’ safety seminars for heavy vehicle drivers and operators, road safety mural competition for secondary schools, ‘Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan’ (GEMPAK MUFORS) programs for young motorcyclists and so on.

Earlier, PLUS also adopted six primary and secondary schools under the PLUS PINTAR Programme. PLUS PINTAR is an educational based programme to help and improve academic performance and self-development of more than 4,500 students in rural areas.



10,000 PELAJAR SEKOLAH TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN PLUS


Kira-kira 10,000 pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di lokasi terpilih seluruh Negara bakal menerima pakaian seragam serta kelengkapan persekolahan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersempena program ‘Kembali ke Sekolah’ syarikat ini.

Pelajar-pelajar tersebut masing-masing akan menerima dua pasang pakaian seragam (kemeja atau baju kurung dan seluar atau kain), satu pasang tudung (pelajar perempuan sahaja), sepasang kasut, dua pasang stokin, sepasang seluar sukan, set alat tulis serta beg sekolah PLUS.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Program ini merupakan sebahagian daripada program berteraskan komuniti yang dianjurkan oleh PLUS sepanjang tahun ini.

“Program kali ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam mempersiapkan anak-anak mereka bagi musim persekolahan tahun 2016. Selain itu, ia juga merupakan salah satu daripada langkah PLUS untuk memberikan bantuan dan menyalurkan sumbangan kepada masyarakat.”

Ini merupakan tahun kedua PLUS melaksanakan program komuniti ‘Kembali ke Sekolah’. Untuk program tahun ini, PLUS juga telah memperuntukkan lebih RM2 juta bagi menyediakan kelengkapan persekolahan tersebut.

Majlis penyerahan bantuan pakaian seragam serta bantuan kelengkapan persekolahan kepada 1,000 pelajar-pelajar daripada anak-anak penduduk di Parlimen Titiwangsa telah disempurnakan di Dewan Komuniti Taman Maluri, Cheras di sini hari ini. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Johari Abdul Ghani.

PLUS juga turut aktif menganjurkan pelbagai program khidmat masyarakat yang lain terutamanya yang berteraskan keselamatan jalan raya seperti Gerakan ‘Malaysians Unite For Road Safety’ (MUFORS), seminar keselamatan ‘Hormati Had Anda’ untuk pemandu dan operator kenderaan berat, pertandingan mural keselamatan jalan raya untuk sekolah-sekolah menengah, program ‘Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan’ (GEMPAK MUFORS) untuk belia bermotosikal dan lain-lain lagi yang dipelopori oleh Syarikat ini.

Baru-baru ini, PLUS telah mengambil enam buah sekolah menengah dan sekolah rendah sebagai sekolah angkat dalam Program PINTAR PLUS. Program PINTAR PLUS adalah program yang berteraskan pendidikan untuk meningkatkan prestasi akademik dan pembangunan diri secara holistik bagi membantu lebih 4,500 pelajar-pelajar luar bandar.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter