PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > CHRISTMAS HOLIDAYS: PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE FOR ELECTRONIC TOLL TRANSACTIONS

CHRISTMAS HOLIDAYS: PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE FOR ELECTRONIC TOLL TRANSACTIONS

Christmas rebate_web_banner-01PLUS highway users on the North-South Expressway (NSE), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), North-South Expressway Central Link (ELITE) and the Malaysia-Singapore Second Crossing (Linkedua) paying toll electronically will be able to enjoy a 20 percent toll rebate in conjunction with Christmas holidays.

PLUS Malaysia Berhad Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi said, “Highway Class 1 users (light vehicles with 2 axles and 3 or 4 wheels except taxi) paying toll electronically via PLUSMiles cards, Touch ‘n Go cards or SmartTAGs will be able receive a 20 percent toll rebate for electronic toll transactions on 25 December (Friday) in conjunction with Christmas holidays.”

According to Fuad, the public paying toll electronically will still be required to pay the full amount on 25 December. However, the 20 percent toll rebate (in a form of toll reload) can be redeemed when they reload their electronic cards at all PLUS customer service centres between 15 January 2016 and 14 April 2016.

The toll rebate is aimed celebrating Christmas and is part of an effort to encourage the public to switch to electronic toll payment system which is easier and faster.

“The toll rebate can be enjoyed the whole day and is not restricted to a particular time frame,” Fuad explained.

However, the toll rebate will not be given to those paying toll at the Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar and Penang Bridge toll plazas.

Based on its studies on travelling patterns during previous festive seasons, PLUS expects the traffic on the NSE to increase by 15 percent to 1.5 million vehicles every day between 18 December 2015 and 3 January 2016 as compared to 1.3 million on normal days.

For more information, please contact PLUSLine at 1800 88 0000.

PLUS TAWAR REBAT TOL 20 PERATUS UNTUK PEMBAYARAN TOL ELEKTRONIK SEMPENA CUTI KRISMAS

Pengguna rangkaian lebuh raya PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) yang membayar tol secara elektronik berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas yang akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi, “Pengguna Kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) yang membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go dan SmartTAG berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 25 Disember (Jumaat) bersempena dengan Hari Krismas.”

Menurut Fuad, untuk perjalanan pada 25 Disember ini, pengguna sistem elektronik masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat tol 20 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad Touch ‘n Go atau kad PLUSMiles masing-masing (dalam bentuk tambah nilai) di antara 15 Januari 2016 sehingga 14 April 2016 akan datang di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

Pemberian rebat tol oleh PLUS ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Krismas yang akan datang. Selain itu, ia adalah di antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas.

“Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari dan tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja,” jelas Fuad.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS turut menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 15 peratus kepada 1.5 juta kenderaan setiap hari di antara 18 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016 bersempena perayaan Hari Krismas berbanding 1.3 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter