FESTIVE SEASON: RELOAD LANES AT PLUS TOLL PLAZAS WILL BE CLOSED TO FACILITATE SMOOTHER TRAFFIC FLOW

To facilitate smoother traffic flow during the upcoming Hari Raya Aidilfitri festive season, all toll plaza Reload Lanes on PLUS-operated highways will be closed. The move is aimed at reducing and preventing traffic congestion due to long queue at reload lanes at the toll plazas.

All 118 Reload Lanes at PLUS Highways toll plazas will be closed to the public beginning 12 June to 24 June.

As such, PLUS reminds the public to ensure that their PLUSMiles or Touch 'n Go cards have sufficient balance at all times during this festive season.

Poster Lorong_Tambah_Nilai_Ditutup_12-24_JUN_2018PLUS also urges the public to reload their electronic cards at 10,000 other reload lane locations across the country. This includes at ATM machines, 24-hour convenient stores and petrol stations, to name a few.

PLUSMiles and Touch 'n Go cardholders can also top-up their cards at any of 70 Self-Service Kiosks (SSK) locations at selected rest areas and toll plazas along the highway. The locations of the SSK can be checked via PLUS Mobile Application and Touch 'n Go portal. The public can also reload their cards at petrol stations operating at the rest and service areas (RSA) along the highway.

Additionally, reload service is also available at PLUS customer service centres at selected toll plazas operating between 7:00 am and 10:00 pm daily (including Saturday, Sunday and Public Holiday).

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol. Langkah ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Kesemua 118 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 12 Jun hingga 24 Jun yang akan datang.

Justeru itu, PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 10,000 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara. Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

Selain itu, orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di 70 lokasi Kiosk Layan Diri (Self-Service Kiosk) yang disediakan di plaza tol dan R&R terpilih. Pengguna boleh menyemak lokasi Kiosk Layan Diri menerusi Aplikasi PLUS Mobile atau portal Touch 'n Go. Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.