PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS : FOLLOW THE TTA DURING THAIPUSAM HOLIDAYS

PLUS : FOLLOW THE TTA DURING THAIPUSAM HOLIDAYS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) urges the public to plan their journey during the upcoming Thaipusam holiday and weekend based on its Travel Time Advisory (TTA) schedule for a smoother journey


“The TTA plays a crucial role in helping the public to plan their journey whereby PLUS expects the traffic on the North-South Expressway will increase by 15 percent to 1.5 million vehicles daily on peak days during Thaipusam as compared to 1.3 million vehicles on normal days,” said PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi.


The TTA, which was issued during the previous festive seasons and peak days has helped to facilitate smoother traffic flow on the highways. As such, those planning to travel on the NSE starting 22 January until 25 January are advised to follow the TTA.


TTA is a staggered travelling schedule for various destinations along the North-South Expressway. It is part of PLUS’ strategies to distribute the traffic and reduce traffic congestion on the mainline, rest areas and toll plazas.

Whatsapp TTA_Thaipusam_2016_BI_from_KV



Whatsapp TTA_Thaipusam_2016_BI_to_KV




















PLUS also advises the public to contact the toll free PLUSLine 1800 88 0000, follow the PLUSTrafik Twitter service or downloaded PLUS Mobile Application through their smartphones or tablets for the latest traffic updates on the highways.


For more information, please contact the PLUSLine at 1800 88 0000.



PLUS : PATUHI TTA PADA CUTI HARI THAIPUSAM


PLUS Malaysia Malaysia (PLUS) menasihatkan orang ramai yang ingin pulang bercuti pada hujung minggu ini sempena cuti perayaan Thaipusam yang akan datang supaya merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS.


“TTA memainkan peranan yang amat penting dalam membantu orang ramai merancang perjalanan mereka. PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 15 peratus iaitu sebanyak 1.5 juta kenderaan sehari pada waktu puncak menjelang cuti perayaan Thaipusam berbanding dengan hari biasa iaitu sebanyak 1.3 juta kenderaan,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.


TTA yang dikeluarkan oleh PLUS pada cuti musim-musim perayaan dan hari-hari puncak telah berjaya membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya. Oleh itu, PLUS menasihatkan supaya orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bermula 22 Januari ini sehingga 25 Januari akan datang supaya mematuhi TTA yang dikeluarkan.


TTA merupakan jadual perjalanan berperingkat bagi destinasi-destinasi tertentu di lebuh raya kendalian PLUS. Ia dikeluarkan sebagai salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan orang ramai daripada terperangkap di dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol.

Whatsapp TTA_Thaipusam_2016_BM_from_KV





Whatsapp TTA_Thaipusam_2016_BM_to_KV



Dalam pada itu, PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, mengikuti laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi ‘PLUS Mobile’ menerusi telefon pintar atau tablet masing-masing.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter