PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > ANTI-SKID PAVEMENT AT PLUS INTERCHANGES REDUCES ACCIDENTS BY 50 PERCENT

ANTI-SKID PAVEMENT AT PLUS INTERCHANGES REDUCES ACCIDENTS BY 50 PERCENT

FullSizeRender


The application of Anti-Skid Pavement at several interchanges on the PLUS highways has reduced the number of accidents at the affected areas by 50 percent.

According to PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi, “The technology, which is being used at critical areas such as slip roads at the Rawang, Bangi, Kajang, Bertam, Ayer Hitam, Yong Peng and several other interchanges, has helped to reduce accidents by 50 percent.”

According to Fuad, the Anti-Skid Pavement material increases friction between the pavement and tyre surface. Higher friction increases tyre grip and prevents vehicles from sliding at bends and corners during the rain.

Fuad was quoted at a media briefing at the Kajang Interchange, today.

“To date, PLUS has spent approximately RM5.5 million to apply the Anti-Skid Pavement initiative at various locations on the highway. Based on our study and record, we are confident that the German-based technology will continue to reduce the number of accidents at these selected locations,” Fuad added.

The Anti-Skid Pavement also consists of a layer of sealant coating which is used to ‘lock’ the anti-skid aggregate.

“Although the coating appears as if it is slippery and oily, it actually increases grip and prevents vehicles from skidding,” Fuad explained.

The Anti-Skid Pavement is also widely used in Germany, Japan, Korea, Australia, Switzerland and other countries. Apart from highways, it is also used for bridge surfaces and airport runways.

“Nevertheless, although the Anti-Skid Pavement brings positive impacts on highway safety, PLUS urges highway users to adhere to the speed limit at slip roads at all interchanges. PLUS also reminds drivers to ensure that their tyres are in good condition at all times,” ended Fuad.

20160122 105726-1-2



PENGGUNAAN TURAPAN ANTI GELINCIR DI PERSIMPANGAN BERTINGKAT PLUS BERJAYA KURANGKAN KEMALANGAN SEBANYAK 50 PERATUS

Penggunaan teknologi Turapan Anti-Gelincir (Anti-Skid Pavement) di beberapa laluan susur di persimpangan bertingkat serta lokasi-lokasi lain di lebuh raya PLUS berjaya mengurangkan kemalangan di kawasan tersebut sebanyak 50 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi, “Teknologi tersebut diperkenalkan di laluan-laluan yang kritikal seperti susur di Persimpangan Bertingkat Rawang, Bangi, Kajang, Bertam, Ayer Hitam, Yong Peng dan beberapa lokasi lain. Sejak ia digunakan, kami berjaya mengurangkan jumlah kemalangan di kawasan-kawasan terbabit sebanyak 50 peratus.”

Menurut Fuad, penggunaan bahan Turapan Anti-Gelincir tersebut meningkatkan lagi kadar geseran di antara permukaan jalan dan tayar kenderaan. Kadar geseran yang tinggi memberi lebih cengkaman dan seterusnya mengelakkan kenderaan tergelincir apabila mengambil selekoh di laluan susur di persimpangan bertingkat terutamanya ketika hujan.

Beliau berkata demikian pada satu taklimat kepada wakil-wakil media di Persimpangan Bertingkat Kajang hari ini.

“Sehingga kini, PLUS telah membelanjakan kira-kira RM5.5 juta untuk mengaplikasikan teknologi Turapan Anti-Gelincir di lebuh raya. Berdasarkan kajian dan rekod kami, kami yakin teknologi dari Jerman ini akan terus membantu mengurangkan jumlah kemalangan di lokasi-lokasi tertentu,” tambah Fuad.

Turapan Anti-Gelincir ini disertai dengan sejenis lapisan khas ‘sealant coating’ untuk memperkuatkan lagi cengkaman antara agregat (batu baur) di atas permukaan jalan.

“Walaupun lapisan khas ini kelihatan berkilat seolah-olah terdapat tumpahan minyak dan licin, ia sebenarnya membantu menguatkan kadar cengkaman dan mengelakkan kenderaan tergelincir ketika mengambil selekoh,” jelas Fuad.

Teknologi Turapan Anti-Gelincir turut digunakan dengan meluas di Jerman, Jepun, Korea, Australia, Switzerland dan beberapa negara lain. Selain di lebuh raya, ia turut digunakan pada permukaan jambatan dan landasan kapal terbang.

“Namun begitu, walaupun penggunaan Turapan Anti-Gelincir ini memberi impak yang positif terhadap keselamatan di lebuh raya, PLUS menasihatkan semua pemandu supaya terus mematuhi had kelajuan ketika melalui jalan susur di persimpangan bertingkat. Selain itu, pemilik kenderaan juga dinasihatkan supaya memastikan tayar kenderaan mereka berada di dalam keadaan terbaik pada setiap masa,” kata Fuad.


 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter