PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS GEARS UP FOR LUNAR NEW YEAR TRAFFIC INCREASE

PLUS GEARS UP FOR LUNAR NEW YEAR TRAFFIC INCREASE

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) anticipates 1.6 million vehicles will use the North-South Expressway (NSE) everyday on Peak Days throughout the Chinese New Year holidays, a 20 percent increase from 1.3 million traffic on normal days.


“As such, PLUS will implement various strategies to cope with the traffic increase and at the same time, help the public enjoy smoother journey during the holidays,” said PLUS Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid.


TTA for Peak Days


As implemented during previous festive seasons, PLUS is issuing a Travel Time Advisory schedule (TTA) for Peak Days travel on the NSE between 5 February and 14 February.


The TTA focuses on traffic distribution and is aimed at reducing traffic congestion on the mainline, most notably at major stretches, toll plazas and rest areas. The schedule is based on studies on the public travel pattern during previous festive seasons.


Whatsapp TTA_CNY_2016_BI_from_KV


Whatsapp TTA_CNY_2016_BI_to_KV“As such, we advise the public planning to travel on the NSE on these Peak Days to follow the TTA. Based on our studies, higher adoption rate of the TTA by the public for outbound and inbound journey had resulted in smoother traffic flow on the mainline,” Noorizah said.


Improving Highway Level of Service


PLUS will also implement various strategies to improve its overall highway operations and level of service during the upcoming festive season.


“Among the initiatives are deploying more staff on the highways and the traffic monitoring centre (TMC), increasing the number of PLUSRonda teams and patrolling loops, stationing emergency rescue teams at strategic locations, providing additional parking areas and portable toilets at major rest areas, providing additional tow trucks at selected locations, deploying more than 3,200 staff at toll plazas, conducting aerial traffic surveillance and many more,” Noorizah explained.


In addition, “PLUS will open up contra flow at selected stretches on the mainline. However, the contra flow can only be activated based on the current traffic situation and approval from the Police”, Noorizah added.


Up to 30 Percent Toll Rebate


“As part of an effort to distribute the traffic, PLUS will be offering 30 percent toll rebates on 4, 11 and 15 February,” Noorizah elaborated.


A 30 percent toll rebate will be given to Class 1 highway users paying toll electronically (via PLUSMiles, Touch ‘n Go cards or SmartTAGs) on 4, 11 and 15 February. The rebate is given to those travelling more than 100 kilometres on the NSE, ELITE and NKVE highway.


For example, a highway user travelling between Jalan Duta Toll Plaza and Ipoh Selatan Toll Plaza will be able to save RM7.95 in a form toll reload as follows:-


Entry Toll Plaza

Exit Toll Plaza

Toll Charges

Savings Through 30%

Eligible Toll Rebate

Jalan Duta

Ipoh Selatan

RM26.50

RM7.95

Sungai Besi

Skudai

RM41.30

RM12.39

Jalan Duta

Bidor

RM17.60

RM5.28

Juru

Ipoh Utara

RM16.80

RM5.04

Seremban

Pagoh

RM16.70

RM5.01

Putrajaya

Ayer Keroh

RM17.40

RM5.22

Damansara

Juru

RM43.00

RM12.90


The toll rebate can be redeemed at all Customer Service Centres on the PLUS highways between 15 March and 14 June this year.


Highway Traffic Updates


PLUS also advises the public to get the latest traffic updates on the NSE through the PLUSTrafik Twitter service, the PLUS Mobile Apps, the toll free PLUSLine 1800 88 0000, major radio stations and electronic message boards at strategic locations along the highways.


Noorizah was quoted at a media briefing on the PLUS preparations in coping with the traffic increase on festive season at the Persada PLUS on 28 January. Also present was PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi.


PLUS ATUR STRATEGI HADAPI PERTAMBAHAN TRAFIK PADA CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak bersempena dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding 1.3 juta kenderaan pada hari-hari biasa.


“Justeru itu, kami telah mengatur pelbagai strategi untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selesa dan lancar di lebuh raya,” kata Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid.


TTA Untuk Hari-Hari Puncak


Sepertimana pada tahun-tahun lalu, PLUS telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak iaitu di antara 5 Februari hingga 14 Februari ini.


TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.


Whatsapp TTA_CNY_2016_BM_from_KV


Whatsapp TTA_CNY_2016_BM_to_KV

“Kami menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA. Berdasarkan kajian kami, apabila ramai yang mematuhi TTA untuk pulang ke kampung dan pulang semula ke kota selepas bercuti, semakin lancar perjalanan di lebuh raya,” kata Noorizah.


Tingkat Tahap Perkhidmatan Lebuh raya


Selain daripada strategi penyuraian trafik, PLUS turut menyusun pelbagai pendekatan dalam memantapkan operasi dan tahap perkhidmatan pada musim perayaan yang akan datang.


“Di antara langkah-langkah yang akan diambil adalah menugaskan lebih ramai kakitangan di lebuh raya dan pusat kawalan trafik (TMC), menambah jumlah pasukan dan rondaan PLUSRonda, menempatkan pasukan-pasukan bantuan kecemasan di lokasi-lokasi strategik, pertambahan kawasan meletak kenderaan dan pembukaan tandas bergerak sementara di kawasan-kawasan rehat utama, menyediakan trak-trak tunda tambahan di lokasi terpilih, menempatkan lebih daripada 3,200 kakitangan di plaza-plaza tol, pemantauan trafik dari udara dan lain-lain lagi,” tambah Noorizah.


Selain itu, “PLUS akan membuka laluan kontra di beberapa laluan yang kritikal untuk menguruskan trafik di laluan-laluan tersebut. Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan kontra tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak Polis”, jelas Noorizah.


Rebat Tol Sehingga 30 Peratus


Di antara strategi lain dalam mengagihkan trafik ialah PLUS menawarkan rebat tol sebanyak 30 peratus pada 4, 11 dan 15 Februari,” jelas Noorizah.


Rebat tol 30 peratus ditawarkan sepanjang hari bagi pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol menggunakan sistem elektronik (menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG) pada 4, 11 dan 15 Februari. Rebat ini diberikan untuk perjalanan jarak jauh (melebihi 100 kilometer) di Lebuhraya Utara-Selatan, lebuh raya ELITE dan lebuh raya NKVE.


Sebagai contoh, perjalanan dari Plaza Tol Jalan Duta hingga ke Plaza Tol Ipoh Selatan membolehkan orang ramai menikmati penjimatan sebanyak RM7.95 dalam bentuk Tambah Nilai seperti berikut:-


Plaza Tol

Masuk

Plaza Tol

Keluar

Bayaran

Tol

Penjimatan Menerusi

Rebat Tol 30%

Yang Layak Dituntut

Jalan Duta

Ipoh Selatan

RM26.50

RM7.95

Sungai Besi

Skudai

RM41.30

RM12.39

Jalan Duta

Bidor

RM17.60

RM5.28

Juru

Ipoh Utara

RM16.80

RM5.04

Seremban

Pagoh

RM16.70

RM5.01

Putrajaya

Ayer Keroh

RM17.40

RM5.22

Damansara

Juru

RM43.00

RM12.90


Rebat tol tersebut boleh dituntut di semua Pusat Khidmat Pelanggan di lebuh raya PLUS bermula 15 Mac hingga 14 Jun tahun ini.


Maklumat Trafik Terkini


Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.


Noorizah ditemui pada taklimat kepada pihak media berhubung persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik musim perayaan di Persada PLUS pada 28 Januari. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter