PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > UEM GROUP CELEBRATES 50TH ANNIVERSARY, ORGANISES CHARITY RUN AT NKVE PLUS Announces Temporarily Closure of Bukit Lanjan-Shah Alam NKVE Stretch on Sunday, 13 March

UEM GROUP CELEBRATES 50TH ANNIVERSARY, ORGANISES CHARITY RUN AT NKVE PLUS Announces Temporarily Closure of Bukit Lanjan-Shah Alam NKVE Stretch on Sunday, 13 March

Banner NKVE_Run

UEM Group Berhad (UEM Group), Malaysia’s engineering-based infrastructure and services group, is celebrating its 50th anniversary on 10 March 2016 and in conjunction with this celebration, the Company will be organising a Charity Run & Carnival on Sunday, 13 March 2016.

The event, which is opened to the public, will take place for the first time on the New Klang Valley Expressway (NKVE) and thus will lead to the temporary closure of Bukit Lanjan-Shah Alam stretch of the NKVE between 12:30 am to 10:00 am on 13 March.

“The Charity Run & Carnival on the NKVE is the first of three venues, the other two will be held in Kangar, Perlis on 29 May and in Iskandar Puteri (formerly known as Nusajaya) on 6 August. We decided to organise a run and carnival as it allows all of our stakeholders including their family members and the public at large to celebrate this special occasion with us while at the same time donate to charitable organisations,” said Dato’ Izzaddin Idris, Group Managing Director/Chief Executive Officer of UEM Group.

The charitable organisations are – Yayasan Kanser Tunku Laksmana Johor, Yayasan Tuanku Syed Putra, IJN Foundation, The Malaysia Association for the Blind and The National Autism Society of Malaysia.

The Charity Run, which offers cash prizes totalling RM178,800.00 for all three locations, features four categories – 21 kilometre (km), 12km, 6km and a 3km Fun Run. The start and finish line of the run will be at the Subang Toll of the NKVE and the first flag off will be at 5:00 a.m. with the last at 7:00 a.m. To date, over 5,500 participants have registered whilst the target participation is 6,000. Registration is still open at www.myraceonline.com.

The Charity Carnival which will take place at Persada PLUS (located next to the Subang Toll) will open to the public soon after the race ends at approximately 9:00 a.m. and will feature activities for both adults and children, lucky draw as well as food trucks from all over Kuala Lumpur.


Temporary Closure of Bukit Lanjan-Shah Alam NKVE Stretch on 13 March

The Bukit Lanjan-Shah Alam stretch on the New Klang Valley Expressway (NKVE) will be temporarily closed between 12:30 am and 10 am on Sunday, 13 March to make way for the Charity Run & Carnival.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Managing Director, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid said, “The temporary closure of the Bukit Lanjan-Shah Alam NKVE stretch includes the Subang Interchange, Damansara Interchange, Kota Damansara Interchange and part of Bukit Lanjan and Shah Alam Interchanges.”

As such, the public is advised to use alternative routes(please refer to the attached alternative routes map) and plan their journey during the NKVE closure.

“Announcements of the temporary closure of the NKVE are continuously made through various channels such as print and electronic media, social media, flyers, posters, banners, highway electronic message boards, PLUS website, the PLUSTrafik Twitter, the PLUS Mobile App and other channels,” Noorizah explained.

However, the temporary closure of the NKVE will not affect highway users from the North heading towards Kuala Lumpur as Jalan Duta Toll Plaza will be operating as usual.

“Nevertheless, highway users from the North heading towards the ELITE Highway, KLIA, Seremban and other destinations in the south are required to exit the North-South Expressway via Rawang Selatan Toll Plaza and use the Guthrie Highway and enter the ELITE Highway through the Shah Alam Toll Plaza,” Noorizah said.

Northbound highway users from the ELITE highway are required to exit the highway via Shah Alam Toll Plaza and continue their journey on the Guthrie Highway before re-entering the North-South Expressway through the Rawang Selatan Interchange.

PLUS will be working closely with the Police and other relevant agencies to facilitate smoother traffic flow and assist highway users throughout the temporary closure of the NKVE.

The Bukit Lanjan-Shah Alam stretch on the NKVE will be immediately re-opened to public at 10 am upon completion of the Charity Run.



UEM GROUP RAI ULANGTAHUN KE-50, ANJUR LARIAN AMAL DAN KARNIVAL DI NKVE

PLUS Umum Penutupan Sementara Laluan Bukit Lanjan-Shah Alam di NKVE pada 13 Mac


UEM Group Berhad (UEM Group), syarikat yang berasaskan kejuruteraan infrastruktur dan perkhidmatan, akan menyambut ulangtahunnya yang ke-50 pada 10 Mac 2016. Serentak dengan sambutan tersebut, Syarikat ini akan menganjurkan Larian Amal dan Karnival pada hari Ahad, 13 Mac 2016.

Larian yang dibuka kepada orang ramai tersebut akan diadakan buat pertama kalinya di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan melibatkan penutupan sementara laluan Bukit Lanjan-Shah Alam di lebuh raya terbabit di antara jam 12:30 pagi hingga 10:00 pagi pada 13 Mac yang akan datang.

“Larian Amal dan Karnival di NKVE adalah lokasi pertama daripada tiga lokasi larian amal tahun ini. Lokasi yang seterusnya adalah di Kangar, Perlis pada 29 Mei dan Iskandar Puteri (sebelum ini dikenali sebagai Nusajaya) pada 6 Ogos. Penganjuran acara larian dan karnival ini adalah untuk membolehkan orang ramai dan keluarga mereka untuk bersama-sama kami meraikan sambutan ini dan pada masa yang sama, menderma kepada badan-badan kebajikan,” kata Dato’ Izzaddin Idris, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group.

Badan-badan kebajikan yang terbabit terdiri daripada Yayasan Kanser Tunku Laksmana Johor, Yayasan Tuanku Syed Putra, Yayasan Institut Jantung Negara, Persatuan Orang-orang Buta Malaysia dan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia.

Larian Amal di ketiga-tiga lokasi menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM178,800.00. Ia terbahagi kepada empat kategori iaitu 21 kilometer (km), 12km, 6km dan 3km (Fun Run). Larian amal ini akan bermula dan berakhir di Plaza Tol Subang. Upacara pelepasan peserta akan bermula seawal jam 5:00 pagi dan pelepasan terakhir pada jam 7:00 pagi. Sehingga kini, lebih daripada 5,500 peserta (daripada 6,000 peserta yang disasarkan) telah mendaftarkan diri. Pendaftaran masih dibuka di www.myraceonline.com

Karnival Amal yang diadakan di Persada PLUS (bersebelahan Plaza Tol Subang) akan dibuka kepada orang ramai sejurus selepas Larian Amal berakhir pada 9:00 pagi. Karnival ini terdiri daripada pelbagai program dan aktiviti untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak termasuk cabutan bertuah, gerai jualan serta trak makanan (food truck) dari sekitar Kuala Lumpur.


Penutupan Sementara Laluan Bukit Lanjan-Shah Alam di NKVE pada 13 Mac


Laluan di antara Persimpangan Bertingkat Bukit Lanjan dan Persimpangan Bertingkat Shah Alam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup sementara pada 13 Mac ini bermula jam 12:30 pagi hingga 10 pagi bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Larian Amal dan Karnival terbabit.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, “Penutupan laluan tersebut membabitkan Persimpangan Bertingkat Subang, Persimpangan Bertingkat Damansara, Persimpangan Bertingkat Kota Damansara serta sebahagian daripada Persimpangan Bertingkat Bukit Lanjan dan Shah Alam.”

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan-laluan alternatif (sila rujuk peta yang dilampirkan) serta merancang perjalanan mereka sepanjang penutupan tersebut.

“PLUS menggunakan pelbagai saluran untuk menghebahkan penutupan sementara tersebut kepada orang ramai termasuk media elektronik dan media cetak, media sosial, risalah, poster, kain rentang, papan tanda elektronik, laman web, Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile dan lain-lain lagi,” jelas Noorizah.

Walau bagaimanapun, orang ramai dari arah Utara masih boleh terus ke Kuala Lumpur menerusi Plaza Tol Jalan Duta yang beroperasi seperti biasa.

“Namun begitu, pengguna dari arah Utara yang ingin ke Lebuhraya ELITE, KLIA, Seremban dan destinasi lain di Selatan perlu keluar dari Leburaya Utara-Selatan menerusi Persimpangan Rawang Selatan dan menggunakan Lebuhraya Guthrie sebelum memasuki Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam,” kata Noorizah.

Bagi kenderaan dari arah Lebuhraya ELITE yang menghala ke Utara, mereka perlu keluar di Plaza Tol Shah Alam sebelum menggunakan Lebuhraya Guthrie dan masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Persimpangan Rawang Selatan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi di Utara.

PLUS juga bekerjasama dengan pihak Polis dan pihak-pihak lain dalam memastikan kelancaran trafik dan membantu orang ramai sepanjang tempoh penutupan sementara tersebut.

Laluan Bukit Lanjan-Shah Alam di NKVE dijangka dibuka semula kepada orang ramai mulai jam 10 pagi pada 13 Mac sejurus berakhirnya program Larian Amal tersebut.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter