PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > SMK TINGGI KLUANG TOPS PLUS’ MURAL COMPETITION, WALKS AWAY WITH RM20,000

SMK TINGGI KLUANG TOPS PLUS’ MURAL COMPETITION, WALKS AWAY WITH RM20,000

mural 2Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kluang, Johor emerged as the winner of PLUS' MUFORS Inter-School Mural Competition 2015 and walked away with RM20,000 in cash at a closing ceremony held at Persada PLUS, today.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam and Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah, Kangar came in second and third and received RM15,000 and RM10,000 respectively.

Fourth to 12th place winners received RM5,000, while 13th to 20th place winners collected RM3,000 each.

Meanwhile, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar grabbed the Nippon Best Colour Award title and brought home a RM5,000 voucher, courtesy of Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd.

All prizes were presented by Deputy Minister of Education 1, YB Dato' P. Kamalanathan at Persada PLUS today. Also present were PLUS Malaysia Berhad Managing Director, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid and Malaysian Highway Authority's Deputy Director General, Dato' Sr Aziz Abdullah.

According to Noorizah, the mural competition is part of a road safety initiative which is continuously organised by PLUS to educate the public and promote road safety.

"The competition allows students to express their views on road safety and at the same time gives the young generation a platform to share their road safety advices with the masses and surrounding communities," Noorizah added.

Fifty secondary schools were selected to participate in the competition. They were given three months to complete a mural themed "Road Safety Advice From Us, the Young Generation" at their respective schools.

Organised for the fourth time since 2009, the mural competition is also part of the "Malaysians Unite For Road Safety" (MUFORS) Corporate Social Responsibility initiative spearheaded by PLUS.

The mural competition is supported by the Ministry of Education and official partner, Nippon Paint Sdn Bhd.


SMK TINGGI KLUANG JUARAI PERTANDINGAN MURAL MUFORS PERINGKAT KEBANGSAAN, BAWA PULANG WANG TUNAI RM20,000

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kluang, Johor menjuarai Pertandingan Mural MUFORS Antara Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2015 anjuran PLUS, seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.00 berserta trofi dan sijil pada satu majlis penyampaian hadiah di Persada PLUS, hari ini.

Tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangor dan ketiga, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah, Kangar, Perlis. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000.00 dan RM10,000.00.

Pada Majlis tersebut, pemenang tempat ke-4 hingga ke-12 pula menerima RM5,000.00 tiap satu, manakala pemenang tempat ke-13 hingga ke-20 pula masing-masing menerima RM3,000.00.

Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor telah memenangi hadiah baucar cat bernilai RM5,000.00 menerusi Anugerah Khas Warna Terbaik Nippon yang diperkenalkan oleh penaja cat, Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan I, YB Dato' P. Kamalanathan. Turut hadir adalah Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato' Sr Aziz Abdullah.

Menurut Noorizah, "Pertandingan mural ini merupakan salah satu program keselamatan yang dianjurkan oleh PLUS dari semasa ke semasa dalam usaha mendidik orang ramai tentang kepentingan pemanduan yang selamat di lebuh raya dan di jalan raya.

"Selain itu, ia memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi nasihat dan pandangan mereka tentang keselamatan jalan raya menerusi perspektif generasi muda."

Sebanyak 50 buah sekolah menengah telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Setiap sekolah diberikan tempoh selama tiga bulan untuk menyiapkan mural bertemakan "Pesanan Keselamatan Jalan Raya Dari Kami Generasi Baru" di sekolah masing-masing.

Pertandingan mural ini dianjurkan untuk kali keempat sejak tahun 2009. Ia juga adalah salah satu inisiatif daripada cabang program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Malaysians Unite For Road Safety (MUFORS) atau Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya yang telah dipelopori oleh PLUS.

Pertandingan ini turut mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Nippon Paint Sdn Bhd sebagai penaja cat.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter