PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS VIEWS MAINLINE OBSTACLES ISSUE SERIOUSLY – COLLABORATING WITH ENFORCEMENT AGENCIES

PLUS VIEWS MAINLINE OBSTACLES ISSUE SERIOUSLY – COLLABORATING WITH ENFORCEMENT AGENCIES

A08W4836


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) views objects/obstacles issue on the mainline seriously as they pose a threat to 1.6 million users plying the PLUS-operated highways every day.

"Based on our records, observation and studies, fallen objects such as wood, steel bars and others are mostly due to failure of heavy vehicle drivers to ensure their consignments are safe and secured. Our studies also show that tyre fragments are the most common objects found on the mainline. This is probably due to poor tyre maintenance and overloading," said PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi.

According to Fuad, PLUS has taken various initiatives to reduce the number of obstacles on the mainline. This includes collaboration with related agencies such as the Police, Road Transport Department, the Land Public Transport Commission and so on.

"Based on record, approximately 22,000 obstacles consisting of tyre fragments, wooden bars, steel bars, plastic objects, rocks and so on were collected from the mainline last year," Fuad elaborated.

From the figure, 1,200 obstacles had contributed to accidents on the highway in 2015. 50 percent of the obstacles consist of tyre fragments, steel bars (21 percent), various objects (17 percent), wooden bars (5 percent), rocks (4 percent) and plastic objects (3 percent).

"We also found animal carcasses, vehicle components, mattresses, furniture and so on," Fuad said.

These obstacles pose a threat to highway users as they can contribute to accidents.

Based on record, 1,178 accidents on PLUS-operated highways in 2015 were caused by obstacles. Most of the accidents occurred immediately after the objects fell on the mainline and sudden tyre burst.

"Apart from collaborating with various enforcement agencies, 150 PLUSRonda teams were also assigned to monitor and patrol the mainline 24 hours every day. Apart from assisting highway users experiencing mechanical problems on the highways, PLUSRonda teams are assigned to immediately remove objects and obstacles from the mainline during their rounds," Fuad explained.

According to Fuad, upon notification of obstacles on the mainline, the nearest PLUSRonda patrolling team will be immediately dispatched to remove the objects.

PLUS also urges heavy vehicle operators to ensure their vehicles are in good condition, well maintained and their consignments are safely secured at all times.

"PLUS also advises highway users to contact the toll-free PLUSLine at 1800 88 0000 if they see any objects or obstacles on the highway for immediate action," Fuad said.

He was quoted at a media briefing on obstacles on the mainline at Persada PLUS today. The media was also taken to a nearby enforcement-operation.

A08W4913


A08W4887PLUS PANDANG SERIUS ISU OBJEK TERJATUH DI LEBUH RAYA – KOLABORASI BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memandang serius isu pelbagai objek/halangan yang terjatuh di atas semua lebuh raya kendalian syarikat ini kerana ia mendatangkan bahaya kepada kira-kira 1.6 juta pengguna kenderaan yang menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS setiap hari. Justeru itu, pelbagai pendekatan telah diambil oleh syarikat ini untuk membendung kejadian tersebut.

"Berdasarkan rekod, pemantauan dan kajian kami, kebanyakan objek yang terjatuh di lebuh raya seperti kayu, besi dan lain-lain berpunca daripada kegagalan pemandu kenderaan berat memastikan muatan yang dibawa adalah stabil dan selamat. Selain daripada itu, kami turut mendapati serpihan tayar pecah turut menjadi antara objek utama yang ditemui di lebuh raya. Ia mungkin berpunca daripada sikap sesetengah pemandu operator kenderaan berat yang memandang remeh terhadap aspek penjagaan dan penyelenggaraan tayar serta membawa muatan yang berlebihan," kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.

Menurut Fuad, PLUS telah mengambil pelbagai pendekatan untuk membendung kejadian ini. Ia termasuklah berkolaborasi dengan agensi-agensi berkaitan seperti Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan lain-lain lagi.

"Berdasarkan rekod PLUS, kira-kira 22,000 objek merangkumi serpihan tayar, kayu, besi, barangan plastik, batu dan lain-lain dikesan terjatuh di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS pada tahun 2015," jelas Fuad.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,200 objek yang terjatuh di lebuh raya telah menyebabkan kemalangan pada tahun 2015. 50 peratus daripada objek tersebut terdiri daripada serpihan tayar, 21 peratus adalah besi, 17 peratus lagi adalah lain-lain objek, 5 peratus adalah kayu, 4 peratus adalah batu, manakala 3 peratus adalah barangan plastik.

Turut ditemui adalah bangkai haiwan, komponen kenderaan, tilam, perabot, dan sebagainya," jelas Fuad.

Objek-objek yang terjatuh ini membahayakan pengguna lebuh raya, kerana ia boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan disebabkan pemandu-pemandu kenderaan tidak sempat untuk mengelak objek tersebut.

Berdasarkan rekod, sebanyak 1,178 kemalangan yang berlaku di sepanjang rangkaian lebuh raya PLUS pada tahun 2015 terdiri daripada kenderaan yang melanggar objek yang terjatuh di lebuh raya. Sebahagian besarnya membabitkan kejadian pengguna melanggar objek sejurus selepas ia terjatuh dari kenderaan berat serta pengguna melanggar serpihan tayar kenderaan berat sejurus selepas ia pecah di lebuh raya.

"Selain daripada berkolaborasi dengan agensi-agensi penguatkuasaan, PLUS turut menugaskan kira-kira 150 pasukan PLUSRonda untuk memantau dan melakukan rondaan 24 jam setiap hari di sepanjang lebuh raya. Selain daripada membantu pengguna lebuh raya yang terkandas dan mengalami masalah kenderaan, pasukan ini juga ditugaskan untuk mengutip dan mengalihkan objek yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna lebuh raya di atas lebuh raya," kata Fuad.

Menurutnya, sejurus mendapat maklum balas daripada pengguna, pasukan PLUSRonda yang terdekat dengan kawasan terbabit akan segera dikerahkan ke lokasi untuk mengalihkan halangan atau objek tersebut. Selain daripada itu, mereka turut berperanan mengalihkan objek-objek yang menghalang laluan utama lebuh raya sekiranya mereka sendiri mengesannya ketika mengadakan rondaan rutin.

Dalam masa yang sama, PLUS juga ingin menyarankan supaya operator kenderaan berat memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, menyelenggara kenderaan mengikut jadual serta memastikan muatan yang dibawa stabil dan tidak mudah terjatuh.

"Dalam pada itu, PLUS menasihatkan orang ramai yang terlihat sebarang objek atau halangan berada di atas lebuh raya supaya terus menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 bagi membolehkan pasukan PLUSRonda diarahkan untuk mengalihkan objek tersebut dengan segera," jelas Fuad.

Beliau berkata demikian pada satu taklimat kepada wakil-wakil media berhubung objek atau halangan di lebuh raya di Persada PLUS hari ini. Media turut dibawa ke lokasi Ops Bersepadu di Lembah Kang untuk menyaksikan pengendalian Ops Bersepadu bagi membendung kejadian objek terjatuh di lebuh raya dan lain-lain lagi.

A08W4884

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter