RFID FOR TOLL PAYMENTS: PLUS LAUNCHES PUBLIC PILOT FOR DRIVERS ON PENANG BRIDGE, BUTTERWORTH-KULIM EXPRESSWAY AND JITRA

IMG-20181124-WA0014In an effort to offer more convenience and options to drivers at Penang Bridge, Butterworth-Kulim Expressway (also known as BKE) and Jitra in the future, PLUS will be launching a public pilot for its PLUS RFID open payment system beginning 15 December 2018. The launch of the PLUS RFID public pilot programme also marks PLUS' efforts to support the vision of the Malaysian Highway Authority (MHA) towards modernising the nation's highways to be world class in terms of safety, efficiency and quality.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, "The PLUS RFID public pilot, aimed at increasing options for drivers to pay toll on PLUS-operated highways in the future, is in line with PLUS' mission to deliver intuitive and positive travel experiences for Malaysian communities on the move through technology and innovation."

PLUS RFID features an open payment system which offers flexibility and freedom for Malaysian drivers to pay toll via credit and debit cards. Ultimately, PLUS hopes this will lead to lesser congestion at the toll plazas by minimising delays caused by insufficient balance or failure to top up.

"When fully implemented, the PLUS RFID will give Malaysian drivers freedom of choice and more convenience without the hassle of top ups, reloads, devices and batteries" said Azman.

It will also offer drivers easy online access to track and control their toll payments and at the same time, enjoy more great rewards through the PLUSMiles programme.

"We are confident that the PLUS RFID, in collaboration with our partners namely Microsoft, Visa, Mastercard, Maybank and TERAS Teknologi (TERAS), will be able to facilitate seamless and secure toll transactions for Malaysian drivers in the future," Azman added.

"We are extremely pleased to partner with PLUS and participate in the PLUS RFID pilot to enable seamless and convenient payment experiences for motorists in Malaysia. This is an alternative option for motorists to pay for their tolls using any Visa credit, debit or prepaid card, and it is an exciting initiative to expand Visa's acceptance footprint in Malaysia. We are working closely with PLUS to ensure the process is easy for cardholders to add their Visa card as the primary payment method. We look forward to transforming the transit experience for motorists as it is also an opportunity for international drivers passing through Malaysia to pay using their Visa cards in future," said Mr. Ng Kong Boon, Visa Country Manager for Malaysia.

Perry Ong, Country Manager, Malaysia and Brunei, Mastercard said, "PLUS RFID will bring a quicker, simpler, and safer payments experience for drivers at tolls, enabling them to speed up their commute and make their journeys smoother. Mastercard is pleased to collaborate with PLUS to support the modernization of Malaysian highways and government's cashless agenda."

B. Ravintharan, Head of Cards, Group Community Financial Services of Maybank added, "As a market leader in both the cards and online banking segments, we believe that our partnership with PLUS will enable us to provide even greater digital payment conveniences for on the road travellers and further drive the nation's cashless agenda."

Microsoft together with TERAS, a key technology provider to the highway industry in Malaysia, supported the development of PLUS RFID as part PLUS' long term highway modernisation, digitisation and innovation plan. Microsoft Malaysia Managing Director, K Raman said, "We are excited to work alongside PLUS & TERAS on the RFID project to help modernise how Malaysians travel and enjoy life on the go."

The PLUS RFID tag, which is directly linked to drivers' credit and debit card accounts, will be given free to Malaysian drivers participating in the public pilot programme at Penang Bridge, BKE and Jitra which kicks off 15 December 2018. PLUS is also working with other highway concessionaires and e-wallet payment providers to enable integration of the PLUS RFID open payment system with other highways and e-wallet payment providers across the country.

Malaysian drivers planning to participate in this public pilot programme up north can register at www.plusmiles.com.my/rfid. Upon registration, drivers will be advised to visit designated PLUS RFID Fitment Centres at Penang Bridge and BKE starting from 15 December onwards.

According to Azman, PLUS is giving out 10,000 free PLUS RFID tags for frequent drivers on Penang Bridge, BKE and Jitra toll plazas.

"The drivers in Penang will be the first to experience and enjoy PLUS RFID upon registering at the PLUSMiles portal and obtaining their tags at the fitment centres," he said.

Azman was quoted at the launch of PLUS RFID Public Pilot programme in Bayan Lepas today, in conjunction with the Penang Bridge International Marathon 2018 where PLUS is also a sponsor.

Also present at the launch were representatives from Microsoft, Visa, Mastercard, Maybank and TERAS.

TRANSAKSI TOL MENERUSI RFID:

PLUS LANCAR PROGRAM PERINTIS AWAM UNTUK PEMANDU DI JAMBATAN PULAU PINANG, LEBUHRAYA BUTTERWORTH-KULIM (BKE) DAN JITRA

Sebagai salah satu langkah untuk memudahkan dan memberi lebih pilihan kepada pengguna membuat transaksi tol di plaza tol di Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) serta Jitra pada masa yang akan datang, PLUS akan melancarkan program perintis awam sistem pembayaran terbuka RFID di plaza-plaza tol terbabit mulai 15 Disember yang akan datang. Pelancaran program perintis awam RFID PLUS ini juga menyokong hasrat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memodenkan lebuh raya dalam negara ke arah lebuh raya bertaraf dunia dari aspek keselamatan, kecekapan dan kualiti.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, "Program perintis awam RFID PLUS bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai membuat transaksi tol di semua lebuh raya kendaliannya pada masa akan datang. Ia selaras dengan matlamat PLUS dalam memberikan pengalaman perjalanan di lebuh raya yang lebih positif dan intuitif kepada orang ramai menerusi teknologi dan inovasi."

RFID PLUS, yang menggunakan sistem pembayaran terbuka, membolehkan orang ramai bebas dan lebih fleksibel dalam melakukan pembayaran tol secara terus menerusi kad kredit atau kad debit masing-masing. Secara tidak langsung, ia diharapkan dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol akibat pengguna yang tidak mempunyai baki yang mencukupi.

"Apabila dilaksanakan sepenuhnya, RFID PLUS memberikan orang ramai kebebasan dalam membuat pilihan. Dengan RFID PLUS, pemandu tidak perlu bersusah payah menambah nilai, menukar alat peranti atau bateri," jelas Azman.

Ia juga memudahkan pengguna mengawal dan memantau transaksi tol mereka secara atas talian, di samping menikmati ganjaran yang ditawarkan menerusi program PLUSMiles.

"Kami yakin bahawa RFID PLUS dengan kolaborasi bersama rakan niaga iaitu Microsoft, VISA, Mastercard, Maybank dan TERAS Teknologi (TERAS), akan menjadikan transaksi tol lebih selamat dan mudah untuk semua pengguna lebuh raya pada masa akan datang," tambah Azman.

"VISA amat berbangga dapat berkolaborasi bersama PLUS dan berpeluang menyertai Program Perintis Awam RFID PLUS bagi membantu meningkatkan pengalaman pembayaran pengguna lebuh raya yang lebih mudah di Malaysia. Ini merupakan pilihan alternatif kepada pemandu untuk membayar tol menggunakan kad kredit, kad debit atau prabayar Visa, dan ia merupakan inisiatif untuk memperluaskan penerimaan dan penggunaan Visa di Malaysia. Kami akan bekerjasama dengan PLUS bagi memastikan pemegang kad Visa melalui proses yang sangat mudah untuk menjadikan kad Visa sebagai pembayaran pilihan utama. Kami bersedia untuk merubah pengalaman pembayaran dan memberi peluang kepada semua pemandu membayar menggunakan kad Visa pada masa akan datang," kata Pengurus Negara VISA Malaysia, Ng Kong Boon.

Pengurus Negara Mastercard Malaysia dan Brunei, Perry Ong berkata, "RFID PLUS akan memberikan pengalaman pembayaran tol yang lebih pantas, ringkas dan selamat, menjadikan perjalanan mereka lebih lancar dan mudah. Mastercard mengalu-alukan kolaborasi bersama PLUS bagi menyokong usaha memodenkan lebuh raya di Malaysia dan mempromosi agenda masyarakat tanpa tunai oleh Kerajaan.

Microsoft, bersama dengan TERAS, adalah penyedia teknologi utama kepada industri lebuh raya di Malaysia, turut menyokong pembangunan RFID PLUS sebagai satu langkah jangka panjang memodenkan lebuh raya, pelan digital dan inovasi. Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K Raman berkata, "Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan PLUS dan TERAS dalam projek RFID bagi membantu memodenkan kehidupan rakyat Malaysia."

Menurut B. Ravintharan, Ketua Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan, Maybank, "Sebagai pendahulu pasaran bagi segmen kad dan perbankan online, kami percaya bahawa kerjasama dengan PLUS akan membolehkan kami memberikan perkhidmatan pembayaran digital yang lebih mudah dan meluas untuk pemandu-pemandu dan menyumbang kepada matlamat masyarakat tanpa tunai sepertimana yang disarankan oleh Kerajaan."

Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Kumpulan Maybank, Datuk Lim Hong Tat pula menambah, "RFID PLUS berupaya membantu merealisasikan hasrat kami di Maybank untuk mempromosikan masyarakat tanpa tunai di Malaysia menerusi kemudahan digital dan membantu meningkat kualiti hidup yang lebih baik."

Tag RFID PLUS, yang disambungkan terus kepada kad kredit atau kad debit pengguna lebuh raya, akan diberikan secara percuma kepada pengguna yang mengambil bahagian di dalam Program Perintis di plaza tol di Jambatan Pulau Pinang, BKE dan Jitra mulai 15 Disember ini. PLUS juga bekerjasama dengan lain-lain konsesi lebuh raya dan penyedia pembayaran menerusi dompet elektronik (e-wallet) bagi membolehkan integrasi di antara sistem pembayaran terbuka RFID PLUS dengan lebuh raya lain dan penyedia pembayaran dompet elektronik di dalam negara.

Pengguna lebuh raya di Utara yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam program perintis awam RFID PLUS ini boleh berbuat demikian dengan mendaftar di www.plusmiles.com.my/rfid. Selepas mendaftar, mereka akan dimaklumkan tentang butiran pemasangan tag RFID PLUS di Jambatan Pulau Pinang dan BKE bermula 15 Disember yang akan datang.

Menurut Azman, PLUS akan memberikan sebanyak 10,000 tag RFID PLUS secara percuma kepada pengguna lebuh raya harian di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, BKE dan Jitra.

"Pengguna lebuh raya di Pulau Pinang akan berpeluang menjadi pengguna lebuh raya yang pertama merasai pengalaman menggunakan RFID PLUS sejurus mendaftar di portal PLUSMiles dan mendapatkan RFID tag di Pusat Pemasangan RFID PLUS," kata Azman.

Azman ditemui ketika melancarkan Program Perintis Awam RFID PLUS di Bayan Lepas, sempena penganjuran Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2018 hari ini, di mana PLUS merupakan salah satu penaja.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil daripada Microsoft, Visa, Mastercard, Maybank dan TERAS.