PLUS: BANDAR SERENIA INTERCHANGE ON ELITE HIGHWAY OPENS

SCD 0565The new Bandar Serenia Interchange at KM35 on the ELITE highway is now opened.

According to PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Chairman, Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, "Construction of the new interchange began at the end of December 2015 and was completed on 28 June 2018, which 3 months ahead of schedule."

"Upon open to highway users, the residents of Bandar Serenia, Kota Warisan, Ampar Tenang, Dengkil, Bandar Salak Tinggi and surrounding areas will enjoy a more comfortable and convenient journey as the interchange provides an easier access to the ELITE highway. The new interchange will also speed up developments at these areas as proven in the past when the Bandar Ainsdale, Alor Pongsu, Bukit Gambir and Sungai Buaya interchanges were opened to public."

Sheriff explained that the RM108 million construction project is very crucial to ease and reduce travelling time for those living in Kota Warisan and Dengkil as currently, residents at these areas are required to use the Nilai, KLIA and Putrajaya interchanges to enter the highway.

The Bandar Serenia Interchange, located between the Nilai Utara and KLIA Interchanges will connect ELITE Highway with Dengkil and Kota Warisan via Salak Tinggi-Putrajaya Road (FT 29).

"The new interchange is equipped with a 10-lane toll plaza, public restrooms, prayer rooms, rest huts, parking areas and others to provide more convenience for highway users," added Sheriff.

He was quoted at the Official Opening Ceremony of the Bandar Serenia Interchange by the Minister of Works, YB Tuan Baru Bian, today.

Also present was the Director General of Malaysia Highway Authority, Dato' Sr. Aziz Abdullah and Managing Director of PLUS, Datuk Azman Ismail.

PLUS: PERSIMPANGAN BERTINGKAT BANDAR SERENIA DI LEBUH RAYA ELITE DIBUKA

Persimpangan Bertingkat Bandar Serenia yang baharu yang terletak di KM35 di Lebuh raya ELITE kini dibuka.

Menurut Pengerusi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, "Projek pembinaan persimpangan bertingkat baharu ini telah bermula pada penghujung Disember 2015 dan telah siap pada Jun 2018, iaitu 3 bulan lebih awal daripada jadual."

"Setelah dibuka, perjalanan orang ramai di sekitar Bandar Serenia, Kota Warisan, Ampar Tenang, Dengkil, Bandar Salak Tinggi dan kawasan sekitar akan menjadi lebih mudah kerana persimpangan tersebut menyediakan akses ke Lebuh raya ELITE. Ia juga berupaya membantu pembangunan di kawasan-kawasan tersebut sepertimana pembukaan persimpangan-persimpangan bertingkat sebelum ini seperti Bandar Ainsdale, Alor Pongsu, Bukit Gambir, Sungai Buaya dan lain-lain lagi."

Jelas Sheriff, projek pembinaan yang menelan kos RM108 juta tersebut amat penting bagi memudahkan serta memendekkan jarak perjalanan penduduk Kota Warisan dan pekan Dengkil khususnya untuk memasuki lebuh raya. Sebelum ini, mereka perlu melalui Plaza Tol Nilai, KLIA atau Putrajaya untuk memasuki lebuh raya.

Pembukaan Persimpangan Bertingkat Bandar Serenia akan menghubungkan lebuh raya ELITE dengan pekan Dengkil dan Kota Warisan menerusi Jalan Salak Tinggi-Putrajaya (FT 29). Persimpangan bertingkat yang baharu ini terletak di antara Persimpangan Bertingkat Nilai Utara dan Persimpangan Bertingkat KLIA.

"Ia dilengkapi oleh sebuah plaza tol 10 lorong, tandas awam, surau, wakaf, kawasan meletak kenderaan dan lain-lain lagi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa," tambah Sheriff.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pembukaan Rasmi Persimpangan Bertingkat Bandar Serenia oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato' Sr. Aziz Abdullah dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.