PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > WHY DO WE NEED TO FOLLOW THE TTA?

WHY DO WE NEED TO FOLLOW THE TTA?

TTA Raya_2016_Final_for_WhatsApp_BI

The Travel Time Advisory, which is being issued by PLUS in conjunction with the holidays, is aimed at preventing vehicles heading towards various destinations from 'converging' at the same location on the highway and contribute to traffic congestion.


PLUS Managing Director, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid said, "The TTA plays an important role in distributing traffic on the mainline as it prevents vehicles from converging at the same location at the same time. The sudden spike on the number of traffic at a particular location usually contribute to traffic congestion during festive season and peak periods."

Based on the PLUS TTA, Perlis and Kedah bound traffic from the Klang Valley are advised to enter the North-South Expressway (NSE) between 6 am and 10 am. While Penang, North and Central Perak bound traffic are encouraged to enter the NSE between 10 am and 6 pm.

"The advisory, if adhered to, prevents vehicles heading towards Penang, North and Central Perak uniting with Perlis and Kedah bound traffic. Instead, these vehicles will be scattered and distributed at various locations along the mainline. This will contribute to smoother traffic flow heading north. The same concept also applies to traffic heading down south," Noorizah explained.

PLUS anticipates that approximately 1.6 million vehicles will ply the NSE on every peak days which fall on 2, 3, 5, 6, 7, 9 and 10 July in conjunction with Aidilfitri. The figure translates to a 20 percent increase from the number of traffic during normal working days.

"As such, we advise the public to plan their journey based on the TTA. Based on our studies and observation, traffic was generally smooth when more drivers followed the TTA during previous festive seasons," Noorizah said.

The public can refer to the TTA which is featured on the PLUS website at www.plus.com.my, the PLUSTrafik Twitter and PLUSMiles Facebook page.

PLUS will also offer a 30% toll rebate for PLUS and Elite highway users travelling more than 100 kilometres on Off-Peak Days on 4, 8 and 11 July and paying toll electronically via PLUSMiles and Touch 'n Go cards or SmartTAG.

"It is part of our strategy to distribute traffic on the highway this festive season," added Noorizah.

TTA Raya_2016_Final_for_WhatsApp_BM

MENGAPA KITA PERLU MENGIKUTI JADUAL TTA?

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS bersempena cuti musim perayaan bertujuan untuk mengelakkan kenderaan yang menuju destinasi berlainan 'bertembung' di satu-satu lokasi di lebuh raya dan seterusnya menyebabkan kesesakan.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid, "TTA memainkan peranan yang penting dalam membantu mengagihkan trafik di lebuh raya. Apabila ramai mematuhi jadual perjalanan ini, ia dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi di utara dan selatan bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama. Lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan dan waktu-waktu puncak."

Berdasarkan TTA yang dikeluarkan oleh PLUS, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis dan Kedah disarankan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu di antara jam 6 pagi hingga 10 pagi. Manakala, orang ramai yang menuju ke Pulau Pinang, Perak Utara dan Perak Tengah dinasihatkan memasuki lebuh raya di antara jam 10 pagi hingga 6 petang.

"Apabila saranan ini dipatuhi, kumpulan kenderaan yang bergerak ke Pulau Pinang, Perak Utara dan Perak Tengah tidak akan bertembung dengan kumpulan yang bergerak ke Perlis dan Kedah di lebuh raya. Sebaliknya, mereka akan berada di pelbagai lokasi berlainan sepanjang lebuh raya. Ini seterusnya boleh menjadikan perjalanan pulang ke ke utara lebih lancar. Begitu juga untuk perjalanan ke pelbagai destinasi di selatan," jelas Noorizah.

PLUS menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak iaitu pada 2, 3, 5, 6, 7, 9 dan 10 Julai bersempena dengan perayaan Aidilfitri. Peningkatan tersebut adalah sebanyak 20 peratus berbanding pada hari-hari biasa.

"Justeru itu, kami menasihatkan orang ramai yang ingin menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan di antara 1 dan 10 Julai ini supaya merancang perjalanan mereka berdasarkan jadual TTA yang dikeluarkan. Berdasarkan kajian kami pada musim-musim perayaan yang lalu, perjalanan di lebuh raya adalah lebih lancar apabila lebih ramai yang mematuhi TTA," kata Noorizah.

Orang ramai boleh merujuk kepada jadual TTA di laman web PLUS di www.plus.com.my, mengikuti laman Twitter PLUSTrafik atau laman Facebook PLUSMiles.

Selain daripada itu PLUS juga menawarkan rebat tol sebanyak 30% bagi pengguna yang mengguna lebuh raya PLUS dan Elite pada hari-hari bukan puncak iaitu pada 4, 8 dan 11 Julai, yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer dan membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG.

"Ia juga merupakan strategi untuk mengagihkan trafik di lebuh raya di musim perayaan ini," ujar Noorizah.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter