PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS SPONSORS SCHOOL UNIFORMS AND SUPPLIES FOR 7,500 STUDENTS

PLUS SPONSORS SCHOOL UNIFORMS AND SUPPLIES FOR 7,500 STUDENTS

Seven thousand and five hundred primary and secondary school students at selected locations across the country will receive school uniforms and supplies from PLUS Malaysia Berhad (PLUS) in conjunction with the company's 'Back To School' community program.

Each student will receive two (2) sets of uniforms, one pair of shoes and a pair of track bottoms from PLUS.

According to PLUS Managing Director, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid, "The initiative is part of the company's community-based programs organised throughout the year. The program is aimed at alleviating the parents' burden and helping them to prepare their children for the 2017 school year. The program is part of the company's ongoing initiatives to give back to the people as well as contribute to the wellbeing of the surrounding communities."

This is the third year PLUS organizes its 'Back to School' program. The Company allocates RM1.3 million to carry out the programme this year.

Since 2014, PLUS has invested approximately RM5.4 million for school uniforms, shoes, and other school equipment for 28,000 primary and secondary school students throughout the country.

Today's presentation ceremony of the school uniforms and supplies to 1,000 students from children of Titiwangsa Parliament was officiated at the Taman Maluri Community Hall, Cheras. Also present was Minister of Finance II and Titiwangsa Member of Parliament, YB Datuk Johari Abdul Ghani.

PLUS Invested Approximately RM50 Million For CSR Since 2005

"PLUS invested approximately RM50 million to carry out various Corporate Social Responsibility (CSR) programmes throughout the country since 2005".

"The PLUS CSR programme benefits the public, especially various target groups in improving their quality of life," Noorizah said.

In general, PLUS CSR covers road safety, education, socio-economic contribution, toll rebate and discount, the handicapped, sponsorships, contribution to school children as well as the environment, to name a few.

According to Noorizah, the PLUS CSR is part of the Company's initiatives to provide a helping hand to those in need. It also enables PLUS to give back to the people who continues to support its highway service.

One of PLUS' key CSR initiative is its contribution to the socio-economic improvement of the surrounding communities by offering business and job opportunities at rest and service areas (R&R) along the highways. Throughout the years, PLUS R&Rs have successfully created more than 5,500 employment opportunities and 800 local entrepreneurs. These stall operators were also given free trainings and courses to improve their business at the rest areas.

PLUS also pro-actively organizes other road safety-related programs such as the 'Malaysians Unite For Road Safety' (MUFORS) initiative, the 'Respect Your Limits' safety seminars for heavy vehicle drivers and operators, road safety mural competition for secondary schools,

'Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan' (GEMPAK MUFORS) programs for young motorcyclists and so on.

PLUS is also active in carrying out other education-related programmes through the PLUS Pintar programme.


PLUS SEDIA KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN UNTUK 7,500 PELAJAR

 

Kira-kira 7,500 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di lokasi terpilih seluruh Negara bakal menerima pakaian seragam serta kelengkapan persekolahan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersempena program ‘Kembali ke Sekolah’ syarikat ini.

 

Pelajar-pelajar tersebut masing-masing akan menerima dua pasang pakaian seragam sekolah, sepasang kasut dan sepasang seluar sukan.

 

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, “Program ini merupakan sebahagian daripada program berteraskan komuniti yang dianjurkan oleh PLUS sepanjang tahun ini. Program kali ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam mempersiapkan anak-anak mereka bagi musim persekolahan tahun 2017. Selain itu, ia juga merupakan salah satu daripada langkah PLUS untuk memberikan bantuan dan menyalurkan sumbangan kepada masyarakat.”

 

Ini merupakan tahun ketiga PLUS melaksanakan program komuniti ‘Kembali ke Sekolah’. Untuk program tahun ini, PLUS juga telah memperuntukkan RM1.3 juta bagi menyediakan kelengkapan persekolahan tersebut.

 

Sejak 2014, PLUS telah membelanjakan kira-kira RM5.4 juta untuk menyediakan kelengkapan memulakan persekolahan kira-kira 28,000 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara termasuk pakaian seragam, kasut, serta kelengkapan persekolahan.

 

Majlis penyerahan bantuan pakaian seragam serta bantuan kelengkapan persekolahan kepada 1,000 pelajar-pelajar daripada anak-anak penduduk di Parlimen Titiwangsa telah disempurnakan di Dewan Komuniti Taman Maluri, Cheras di sini hari ini. Turut hadir adalah Menteri Kewangan II Malaysia merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Johari Abdul Ghani.

PLUS Labur Kira-Kira RM50 Juta Untuk CSR Sejak 2005


Dalam pada itu, PLUS telah membelanjakan sebanyak RM50 juta untuk melaksanakan pelbagai program Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) sejak 2005.

“Program-program CSR PLUS bertujuan untuk membantu orang ramai, terutamanya golongan sasaran dalam meningkat kualiti hidup mereka,” Noorizah berkata.

Secara amnya, program-program CSR PLUS meliputi keselamatan jalan raya, pendidikan, peningkatan tahap sosio-ekonomi serta sumbangan kepada penduduk sekitar, pemberian rebat dan diskaun tol, tajaan, sumbangan kepada pelajar sekolah, alam sekitar dan lain-lain lagi.”


Menurut Noorizah, program-program CSR yang dilaksanakan oleh PLUS merupakan salah satu daripada pendekatan syarikat ini untuk membantu orang ramai serta kumpulan sasar yang memerlukan. Secara tidak langsung, ia juga membolehkan PLUS menyumbang semula kepada rakyat yang terus menyokong perkhidmatan lebuh raya syarikat ini.

Sebagai contoh, program CSR peningkatan tahap sosio-ekonomi penduduk setempat memainkan peranan yang besar dalam membantu mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat (R&R) dan lebuh raya menjana ekonomi mereka dan keluarga menerusi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan di R&R. Secara puratanya, R&R PLUS

berjaya melahirkan kira-kira 800 usahawan tempatan dan 5,500 peluang pekerjaan. Pengusaha gerai R&R turut diberikan pelbagai latihan dan peluang menyertai kursus perniagaan bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran masing-masing.


PLUS juga turut aktif menganjurkan pelbagai program khidmat masyarakat yang lain terutamanya yang berteraskan keselamatan jalan raya seperti Gerakan ‘Malaysians Unite For Road Safety’ (MUFORS), seminar keselamatan ‘Hormati Had Anda’ untuk pemandu dan operator kenderaan berat, pertandingan mural keselamatan jalan raya untuk sekolah-sekolah menengah, program ‘Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan’ (GEMPAK MUFORS) untuk belia bermotosikal dan lain-lain lagi yang dipelopori oleh Syarikat ini.


PLUS juga turut aktif mengadakan program pendidikan menerusi program Pintar PLUS sejak 2015.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter