PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > FASTER TOLL TRANSACTIONS: ALL PLUS TOLL PLAZAS NOW FULLY ELECTRONIC

FASTER TOLL TRANSACTIONS: ALL PLUS TOLL PLAZAS NOW FULLY ELECTRONIC

PLUSMILES-SmallAll 94 toll plazas on all PLUS-operated highways are now operating electronically upon the completion of the final stage of the 100 percent full electronic toll transaction initiative on the Juru-Skudai North-South Expressway stretch at 12 pm, today.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Managing Director, Datuk Azman Ismail said, "Starting today, no more cash toll payments will be accepted and PLUS highway users are required to pay toll electronically via PLUSMiles card, Touch 'n Go card or SmartTAG. This will contribute to smoother and faster toll transactions at toll plazas."

Generally, electronic toll collection system is 300 percent faster than the manual cash system. A SmartTAG lane can cater up to 16 transactions per minute (1,000 vehicles per hour), a Touch 'n Go lane can accommodate 10 transaction per minute (600 vehicles per hour) versus Manual Cash Lane (Exit Lane) which can only cater for 3 transactions per minute (180 vehicles per hour).

The full electronic toll transaction initiative was implemented in stages since 2008.

(Please refer to the enclosed Full Electronic Toll Transaction Initiative Chronology)

"The move was previously implemented at toll plazas and other PLUS highways in the north and south for the past few years and the feedback from users has been positive," said Azman.

According to Azman, sales and top-up lanes will be opened to enable the public to purchase their electronic cards upon entering the highway. PLUSMiles cards are also available at all PLUS Customer Service Centres operating at selected toll plaza offices.

"Nevertheless, we advise those who have purchased their PLUSMiles and Touch 'n Go cards to top-up their cards at other locations before they enter the highway and avoid queueing at the top-up lanes.

"There are currently more than 9,000 top-up locations across the country which consist of ATMs, petrol stations, 24-hour convenience stores and shopping malls, to name a few," added Azman.

Apart from PLUSMiles and Touch 'n Go cards, highway users can also use their MyKad to pay toll on the highway.

"Each MyKad is equipped with a Touch 'n Go chip which can be used to enter the highway and pay toll. They only need to top-up their MyKad before entering the highway and use it to pay toll and other services such as public transport, LRT and selected carpark services," he said.

TRANSAKSI TOL LEBIH PANTAS:

SEMUA PLAZA TOL PLUS BEROPERASI SECARA ELEKTRONIK SEPENUHNYA MULAI HARI INI

Ke semua 94 plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS beroperasi secara elektronik sepenuhnya mulai hari ini apabila fasa terakhir inisiatif transaksi tol 100 peratus elektronik yang melibatkan laluan Juru-Skudai dilaksanakan mulai jam 12 tengah hari, hari ini.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, "Bermula hari ini, tiada lagi transaksi tol secara tunai akan dikendalikan dan orang ramai hanya boleh membayar tol secara elektronik dengan menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go ataupun SmartTAG yang lebih pantas dan mudah. Secara tidak langsung, langkah ini membantu orang ramai membuat transaksi tol dan melalui plaza tol dengan lebih mudah dan lebih selesa."

Secara amnya, sistem pembayaran tol secara elektronik adalah 300 peratus lebih pantas daripada pembayaran tol secara manual/tunai. Satu lorong SmartTAG berupaya mengendalikan kira-kira 16 kenderaan dalam tempoh satu minit (atau 1,000 kenderaan setiap jam). Satu lorong Touch 'n Go pula boleh mengendalikan kira-kira 10 kenderaan setiap minit (atau 600 kenderaan setiap jam). Lorong Tunai (lorong keluar) pula hanya mampu mengendalikan 3 buah kenderaan dalam masa 1 minit (180 transaksi satu jam).

Inisiatif transaksi tol secara elektronik sepenuhnya ini telah dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008.

(Sila rujuk Kronologi Pelaksanaan Transaksi Tol 100 Peratus Elektronik yang dilampirkan)

"Pelaksanaan peringkat-peringkat awal telah diadakan di plaza tol dan laluan lain di utara dan selatan sejak beberapa tahun lalu dan ia mendapat respon yang positif daripada orang ramai," kata Azman.

Menurut Azman, lorong jualan dan tambah nilai di plaza tol akan dibuka bagi membantu orang ramai yang tidak mempunyai kad elektronik untuk memasuki lebuh raya dan membayar tol. Kad-kad PLUSMiles turut boleh diperolehi di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS yang dibuka di pejabat plaza tol yang utama.

"Namun begitu, kami menasihatkan orang ramai yang telahpun mempunyai kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go supaya menambah nilai kad masing-masing sebelum mereka memasuki lebuh raya untuk menikmat perjalanan yang lebih selesa tanpa perlu lagi beratur di lorong-lorong Tambah Nilai.

"Pada ketika ini, terdapat lebih 9,000 lokasi tambah nilai disediakan di seluruh negara. Ia meliputi mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka 24-jam, pasaraya dan lain-lain lagi," tambah Azman.

Orang ramai yang tidak mempunyai kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go juga boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk transaksi tol.

"MyKad dilengkapi dengan cip Touch 'n Go dan ia juga boleh digunakan untuk transaksi tol. Orang ramai hanya perlu memasukkan tambah nilai pada MyKad masing-masing sebelum ia boleh digunakan untuk membayar tol dan transaksi perkhidmatan iain seperti bas, LRT, parkir, dan sebagainya" kata beliau.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter