PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > Isu video viral tentang makanan hidangan di R&R – Penjelasan rasmi dari PLUS Malaysia Berhad

Isu video viral tentang makanan hidangan di R&R – Penjelasan rasmi dari PLUS Malaysia Berhad

email pict1PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merujuk kepada rakaman video berhubung aduan makanan basi di salah sebuah R&R di lebuh raya kami yang sedang tular di media sosial.

PLUS memandang serius dakwaan seumpama ini dan mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membolehkan orang ramai terus menikmati kemudahan, keselesaan dan jaminan kebersihan di semua premis lebuh raya kendaliannya.

Justeru itu, sejurus mendapat maklumat tentang aduan tersebut, pihak PLUS telah menjalankan siasatan segera. Sehubungan dengan itu, PLUS telah mengarahkan gerai tersebut ditutup selama dua minggu berdasarkan bukti kesalahan yang didapati melalui video yang diviralkan baru-baru ini.

Pihak kami sama sekali tidak akan berkompromi terhadap aspek kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual di R&R kami.

Sehubungan itu, kami ingin menasihatkan orang ramai untuk membuat laporan secara rasmi dengan menghubungi PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya berlaku perkara yang sedemikian di masa hadapan agar tindakan segera dapat diambil untuk keselesaan pengguna lebuh raya kami.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter