PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > KENYATAAN PLUS BERHUBUNG KEJADIAN SAMUN DI SURAU RESTORAN JEJANTAS SUNGAI BULOH

KENYATAAN PLUS BERHUBUNG KEJADIAN SAMUN DI SURAU RESTORAN JEJANTAS SUNGAI BULOH

23110918 CyDunJFBXKVGrNTB5xH7o4ds0SQALGTs5M7nabz7vjwPLUS Malaysia Berhad (PLUS) merujuk kepada berita kejadian samun di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Selatan) yang sedang tular dan dikongsikan di platform mesej Whatsapp sejak semalam.

Pihak PLUS mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada hari Khamis, 8 Jun 2017 antara jam 9.30 malam hingga 10.00 malam.

PLUS berasa amat kesal dengan kejadian tersebut dan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan rehat terbabit secepat mungkin.

Ini termasuklah menyemak semula lokasi serta menambah lagi bilangan kamera litar tertutup di kawasan rehat itu. Pada masa yang sama, pihak PLUS juga akan mengambil langkah dan memastikan semua laluan, surau dan kemudahan lain berada dalam keadaan yang terang dan cerah bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan rehat kami.

PLUS amat memandang serius terhadap isu keselamatan pengguna kami yang berhenti rehat dan semua kawasan rehat di semua lebuh raya kendalian syarikat ini. Justeru itu, PLUS akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk meningkatkan jumlah rondaan di kawasan rehat kami pada masa yang akan datang.

PLUS juga memohon kerjasama semua pengguna supaya menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 untuk memaklumkan kepada kami sekiranya terlihat kejadian, kumpulan atau individu yang mencurigakan di R&R kami agar tindakan segera dapat diambil untuk keselamatan semua.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter