Media Release - My

AYER KEROH OVERHEAD BRIDGE RESTAURANT (SOUTHBOUND) THE FIRST REST & SERVICE AREA TO OFFER FREE PUBLIC SOLAR ELECTRIC VEHICLE CHARGING STATION IN MALAYSIA

 Highway customers can now recharge their electric and hybrid cars at the first public Solar Electric Vehicle (EV) Charging Station at the Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant for free, courtesy of a PLUS-MGTC-UNIDO collaboration. The station uses 100 percent renewable energy via solar.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, “The launch of the first public solar Electric Vehicle (EV) charging station in Ayer Keroh OBR (Southbound) is in line with PLUS’ mission to deliver intuitive and positive travel experiences for our communities on the move through technology and innovation.”

The initiative is part of an effort to leverage on Green Technology and support the Government’s call to protect and preserve the environment through renewable energy such as solar.

The solar EV charging station enables patrons to perform easier, faster and safer environment to charge their electric vehicle or plug-in hybrid (PHEV) at PLUS rest areas, beginning with the Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant (Southbound).

“Each day, approximately 1.7 million vehicles utilise the PLUS highway. We believe that the EV charging station will offer convenience to the EV public, especially frequent highway users plying the KL-Ayer Keroh or Johor Bahru-Ayer Keroh stretch daily or during weekend or school holidays,” Azman said.

 The PLUS Ayer Keroh Overhead Bridge Restaurant Solar-based EV Charging station, operational since May 2018, offers highway customers free EV charging and has attracted positive response from EV owners.

“Discussions are already under way to set up more Solar Powered EV Charging Stations at other rest areas such as Pagoh (Southbound), Tapah (Southbound), Dengkil (Southbound), Gunung Semanggol (Northbound) and Seremban (Northbound) rest and service areas,” added Azman.

Tuan Syed Ahmad Syed Mustafa, Acting CEO of Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) said “MGTC is very proud with our collaboration with PLUS on the installation of the first solar powered EV charger at PLUS highway (Ayer Keroh OBR) which is a key step in further promoting Low Carbon Mobility blueprint. Besides showcasing the capability of using renewable energy to charge electric vehicle, GreenTech Malaysia, in collaboration with the United Nations Industry Development Organization (UNIDO) through the Global Environment Facility (GEF) funding to realize this project with the objective in promoting energy-efficient low carbon transport in Malaysia. With the availability of EV chargers along the highway, EV/PHEV owners can now perform interstate travel in their vehicles. This initiative is also in support of the PLUS Green Roadmap 2018-2022.”

 Meanwhile, PLUS is also embarking on other green initiatives to help preserve the Environment. Several rest and service areas along the highway have also started to utilize bio-degradable products such as plastic bags, straws, hot and cold cups, food box and other utensils.

 

RESTORAN JEJANTAS AYER KEROH (ARAH SELATAN) MENAWARKAN STESEN PENGECAS KENDERAAN ELEKTRIK (EV) BERASASKAN TENAGA SOLAR YANG PERTAMA DI MALAYSIA

Pemandu lebuh raya kini boleh mengecas kenderaan elektrik (EV) dan kereta hybrid di stesen pengecas elektrik berasaskan solar di Restoran Jejantas Ayer Keroh secara percuma, hasil kolaborasi bersama PLUS-MGTC-UNIDO. Stesen pengecas tersebut menggunakan 100 peratus tenaga boleh baharu solar.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, “Pelancaran stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berasaskan tenaga solar di Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia selaras dengan matlamat PLUS dalam memberikan pengalaman perjalanan di lebuh raya yang lebih positif dan intuitif kepada orang ramai menerusi teknologi dan inovasi.”

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan Teknologi Hijau dan menyokong Saranan Kerajaan untuk memulihara alam sekitar melalui penggunaan tenaga boleh baharu seperti tenaga solar.

Stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berasaskan tenaga solar memudahkan pengguna untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) atau Hybrid Plug-in (PHEV) mereka di kawasan- rehat dan rawat (R&R) PLUS dengan lebih mudah, pantas dan dalam persekitaran yang lebih selamat bermula dengan lokasi pertama di Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan).

“Sebanyak 1.7 juta kenderaan menggunakan Lebuhraya PLUS setiap hari. Kami percaya bahawa stesen pengecas kenderaan elektrik akan memudahkan pemandu yang menggunakan kenderaan elektrik, terutama kepada mereka yang menggunakan laluan antara Kuala Lumpur – Ayer Keroh atau Johor Bahru- Ayer Keroh secara harian, ketika hujung minggu mahupun sewaktu cuti sekolah,” kata Azman.

Stesen pengecas kenderaan elektrik berasaskan tenaga solar di Restoran Jejantas Ayer Keroh di PLUS telah beroperasi sejak Mei tahun ini, menawarkan perkhidmatan pengecas kenderaan elektrik secara percuma dan telah mendapat respon positif daripada pemilik kenderaan elektrik.

“Perbincangan telah dijalankan bagi kami menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik berasaskan tenaga solar di kawasan rehat dan rawat yang lain seperti di R&R Pagoh (Arah Selatan), Tapah (Arah Selatan), Dengkil (Arah Selatan), Gunung Semanggol (Arah Utara) dan Seremban (Arah Utara),” tambah Azman.

Syed Ahmad Syed Mustafa, Pemangku Pegawai Ketua Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) berkata, “MGTC amat berbangga dengan kerjasama bersama PLUS dalam membina dan memasang stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) solar yang pertama di lebuh raya PLUS (Restoran Jejantas Ayer Keroh) ia merupakan satu langkah penting dalam mempromosikan mobiliti karbon bertahap rendah, selain mempamerkan keupayaan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui untuk mengecas kenderaan elektrik. Kolaborasi antara Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan Organisasi Pembangunan Industri Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO) dengan dana daripada Global Environment Facility (GEF) adalah untuk merealisasikan projek ini dengan objektif mempromosikan kenderaan karbon bertahap rendah yang cekap tenaga di Malaysia. Dengan wujudnya stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di sepanjang lebuh raya, pemilik kenderaan elektrik (EV) atau Plug-in Hybrid (PHEV) kini boleh melakukan perjalanan antara negeri menggunakan kenderaan mereka. Inisiatif ini juga merupakan satu sokongan dalam usaha ke arah inisiatif PLUS Green Roadmap 2018-2022.”

Sementara itu, PLUS juga menjalankan inisiatif hijau yang lain bagi membantu memulihara alam sekitar. Beberapa kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya PLUS telah mula menggunakan produk bio-degradable seperti beg plastik, straw, cawan, bekas makanan, sudu dan garfu.