Media Release - My

FESTIVE SEASON: RELOAD LANES AT PLUS TOLL PLAZAS WILL BE CLOSED TO FACILITATE SMOOTHER TRAFFIC FLOW

To facilitate smoother traffic flow during the upcoming Christmas and New Year 2019 festive season, all toll plaza Reload Lanes on PLUS-operated highways will be closed. The move is aimed at reducing and preventing traffic congestion due to long queue at reload lanes at the toll plazas.

All 97 Reload Lanes at PLUS Highways toll plazas will be closed to the public beginning 21 December 2018 to 2 January 2019.

As such, PLUS reminds the public to ensure that their PLUSMiles or Touch ‘n Go cards have sufficient balance at all times during this festive season.

Apart from PLUSMiles and Touch ‘n Go cards, highway users can also use their MyKad to pay toll on the highway.

Each MyKad is equipped with a Touch ‘n Go chip which can be used to enter the highway and pay toll. They only need to top-up their MyKad before entering the highway and use it to pay toll and other services such as public transport, LRT and selected carpark services.

PLUS also urges the public to reload their electronic cards at 10,000 other reload lane locations across the country. This includes at ATM machines, 24-hour convenient stores and petrol stations, to name a few.

PLUSMiles and Touch ‘n Go cardholders can also top-up their cards at any of 66 Self-Service Kiosks (SSK) locations at selected rest areas and toll plazas along the highway. The locations of the SSK can be checked via PLUS Mobile Application and Touch ‘n Go portal. The public can also reload their cards at petrol stations operating at the rest and service areas (RSA) along the highway.

Additionally, reload service is also available at PLUS customer service centres at selected toll plazas operating between 7:00 am and 10:00 pm daily (including Saturday, Sunday and Public Holiday).

 

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI  UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019  yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol. Penutupan lorong tambah nilai seperti lazimnya di setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Kesemua 97 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 21 Disember 2018 hingga 2 Januari 2019 yang akan datang.

Justeru itu, PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019 yang akan datang.

Orang ramai yang tidak mempunyai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go juga boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk transaksi tol.

MyKad dilengkapi dengan cip Touch ‘n Go dan ia juga boleh digunakan untuk transaksi tol. Orang ramai hanya perlu memasukkan tambah nilai pada MyKad masing-masing sebelum ia boleh digunakan untuk membayar tol dan transaksi perkhidmatan lain seperti bas, LRT, parkir dan sebagainya.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 10,000 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara. Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

Selain itu, orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di 66 lokasi Kiosk Layan Diri (Self-Service Kiosk) yang disediakan di plaza tol dan R&R terpilih. Pengguna boleh menyemak lokasi Kiosk Layan Diri menerusi Aplikasi PLUS Mobile atau portal Touch ‘n Go. Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.