PENJUALAN KENDERAAN PLUS KEPADA ORANG RAMAI: PLUS LANTIK MAAROF STORE SEBAGAI EJEN JUALAN

Petaling Jaya, Jumaat – PLUS Malaysia Berhad ("PLUS") mengesahkan telah melantik
Maroof Store sebagai ejen jualan semua kenderaan terpakai milik Syarikat ini sepertimana
yang tular di dalam media sosial pada ketika ini.

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menghubungi wakil Maroof
Store untuk sebarang urusan dan pertanyaan lanjut tentang penjualan kenderaan terpakai
PLUS.

PLUS juga ingin menegaskan bahawa semua urusan jual beli di antara Maroof Store dengan
pembeli yang berjaya di dalam bidaan harga adalah di luar tanggungjawab PLUS.