Media Release

RELOAD LANES AT PLUS TOLL PLAZAS WILL BE CLOSED TO FACILITATE SMOOTHER TRAFFIC FLOW DURING FESTIVE SEASON

To facilitate smoother traffic flow during the upcoming Chinese New Year, all toll plaza Reload Lanes on PLUS-operated highways will be closed to customers. The move is aimed at reducing traffic congestion due to long queue at reload lanes at the toll plazas.

All 82 Reload Lanes at PLUS Highways toll plazas will be closed to the public beginning 31 January to 11 February 2019.

PLUS also advises customers to reload their electronic cards at 10,000 other reload lane locations across the country. This includes at ATM machines, 24-hour convenient stores and petrol stations, to name a few.

PLUSMiles and Touch ‘n Go cardholders can also top-up their cards at any of 66 Self-Service Kiosks (SSK) locations at selected rest areas and toll plazas along the highway. Highway customers can also reload their cards at petrol stations operating at the rest and service areas (RSA) along the highway.

As such, PLUS reminds customers to ensure that their PLUSMiles or Touch ‘n Go cards have sufficient balance at all times during this festive season.

Apart from PLUSMiles and Touch ‘n Go cards, highway customers can also use their MyKad to pay toll on the highway.

Each MyKad is equipped with a Touch ‘n Go chip which can be used to enter the highway and pay toll. They only need to top-up their MyKad before entering the highway and use it to pay toll and other services such as public transport, LRT and selected carpark services.

Additionally, reload service is also available at PLUS customer service centres at selected toll plazas operating between 7:00 am and 10:00 pm daily (including Saturday, Sunday and Public Holiday).

 

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN 

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina  yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol. Penutupan lorong tambah nilai sepertimana dilaksanakan pada setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pelanggan beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Kesemua 82 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada pelanggan mulai 31 Januari hingga 11 Februari 2019 yang akan datang.

PLUS juga menasihatkan pelanggan supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 10,000 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara. Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi. 

Selain itu, pelanggan juga boleh menambah nilai kad mereka di 66 lokasi Kiosk Layan Diri (Self-Service Kiosk) yang disediakan di plaza tol dan R&R terpilih. Pelanggan juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Justeru itu, PLUS mengingatkan pelanggan supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

Pelanggan yang tidak mempunyai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go juga boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk transaksi tol.

MyKad dilengkapi dengan cip Touch ‘n Go dan ia juga boleh digunakan untuk transaksi tol. Orang ramai hanya perlu memasukkan tambah nilai pada MyKad masing-masing sebelum ia boleh digunakan untuk membayar tol dan transaksi perkhidmatan lain seperti bas, LRT, parkir dan sebagainya.

Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS yang terpilih akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan pelanggan lebuh raya membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.