Media Release - My

PLUS RECOMMENDS HIGHWAY CUSTOMERS TO FOLLOW TTA FOR THEIR JOURNEY BACK TO THE KLANG VALLEY

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is expecting 1.9 million vehicles will ply the North-South Expressway each day on Saturday (9 February) and Sunday (10 February) as most are returning to the Klang Valley after the holidays, an increase of 24% as compared to 1.45 million a day during normal days.

As such, PLUS urges customers returning to the Klang Valley to follow the Time Travel Advisory (TTA) issued by the Company.

Based on the TTA, customers from the furthest locations from the Klang Valley such as Perlis, Alor Setar, Penang and Johor Bahru are encouraged to begin their journey before 10 am. An interactive TTA planner is available through the PLUS Mobile app on Google Playstore or App Store.

PLUS also advises customers to get the latest traffic updates through the PLUSTrafik Twitter account, electronic message boards or call the toll-free PLUSLine 1800 88 0000

PERJALANAN TRAFIK DI WAKTU PUNCAK MUSIM PERAYAAN: PLUS SARAN PELANGGAN LEBUHRAYA PATUHI TTA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada Sabtu (9 Februari) dan Ahad (10 Februari) ini berikutan kebanyakan orang ramai pulang semula ke Lembah Klang setelah bercuti. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 24 % berbanding 1.45 juta sehari pada hari-hari biasa.

Justeru, PLUS menyarankan agar pelanggan yang merancang bergerak pulang ke Lembah Klang pada hari-hari tersebut supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh syarikat ini.

Berdasarkan TTA, pelanggan dari lokasi yang lebih jauh dari Lembah Klang seperti Perlis, Alor Setar, Pulau Pinang serta Johor Bahru disarankan supaya memulakan perjalanan mereka sebelum jam 10 pagi. Mereka juga boleh merujuk jadual TTA interaktif menerusi aplikasi PLUS Mobile App di Google Playstore atau App Stor

PLUS juga menasihatkan pelanggan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter PLUSTrafik, papantanda elektronik lebuh raya atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000. Mereka juga disarankan supaya merujuk aplikasi Waze atau Google Map untuk merancang perjalanan pulang ke Lembah Klang. Highway customers are also advised to use Waze or Google Map mobile apps to plan their trip back to the Klang Valley.