Media Release

RSAs ARE PET RESTRICTED AREAS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) refers to a video of a woman bathing her dog in a Diaper Changing Room at Tapah Rest and Service Area (RSA) which is currently being circulated in the social media.

PLUS expresses its regret on the isolated incident which the woman ignored our cleaner and customers' warning upon witnessing the incident and would like to reiterate that all RSAs are pet restricted areas to ensure cleanliness and comfort of all highway customers.

PLUS would also like to clarify that upon the incident, the Diaper Changing Room was immediately treated and cleaned.

PLUS would also like to add that signages informing customers that RSA is a pet restricted area have been placed at various locations at its rest areas.

PLUS thanks all customers for their attention and cooperation.

R&R ADALAH KAWASAN LARANGAN BINATANG PELIHARAAN

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merujuk kepada video seorang wanita memandikan anjingnya di Bilik Menukar Lampin Bayi di R&R Tapah (Arah Selatan) yang sedang tular pada ketika ini.

PLUS melahirkan rasa kesal dengan kejadian terpencil  tersebut di mana wanita terbabit tidak menghiraukan teguran petugas dan pelanggan yang menyaksikan kejadian itu dan menegaskan bahawa seluruh kawasan R&R di sepanjang lebuhraya adalah kawasan larangan haiwan peliharaan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pelanggan lebuhraya.

PLUS juga ingin memaklumkan bahawa sejurus kejadian tersebut, persekitaran Bilik Menukar Lampin Bayi terbabit telah disamak dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan.

PLUS juga memaklumkan bahawa papantanda peringatan yang memaklumkan pelanggan bahawa R&R adalah kawasan larangan untuk binatang peliharaan juga diletakkan di semua R&R di lebuh raya.

Justeru, PLUS memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan tersebut demi kelesaan pelanggan yang lain