PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > KAMERA CCTV DI LORONG TOL UNTUK BANTU PANTAU TRANSAKSI TOL

KAMERA CCTV DI LORONG TOL UNTUK BANTU PANTAU TRANSAKSI TOL

CCTV-IconPLUS Malaysia Berhad (PLUS) merujuk kepada rakaman audio tentang fungsi kemera CCTV di lorong tol yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatApp pada ketika ini.

PLUS ingin menjelaskan bahawa setiap lorong tol dilengkapi dengan kamera CCTV untuk membantu operasi transaksi tol di lorong tol serta memudahkan kakitangan tol memberi bantuan ketika pengguna menghadapi masalah di lorong-lorong tersebut.

Pada ketika ini terdapat kira-kira 2,000 kamera CCTV dipasang di lorong tol di semua lebuh raya PLUS.

Kamera-kamera CCTV tersebut tidak digunakan untuk mengesan kesalahan trafik.

Pada masa yang sama, PLUS menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan di jalan raya yang telah ditetapkan demi keselamatan diri sendiri dan pengguna lain.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter