PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PENUTUPAN LORONG DAN LENCONGAN TRAFIK SELAMA SETAHUN DI JAMBATAN PULAU PINANG UNTUK KERJA-KERJA PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN BERJADUAL JAMBATAN

PENUTUPAN LORONG DAN LENCONGAN TRAFIK SELAMA SETAHUN DI JAMBATAN PULAU PINANG UNTUK KERJA-KERJA PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN BERJADUAL JAMBATAN

1200-penang-bridgeBermula 22 Ogos tahun ini sehingga 21 Ogos 2018, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan penutupan lorong dan lencongan trafik di Jambatan Pulau Pinang bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan jambatan secara berjadual dijalankan.

"Kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan secara menyeluruh tersebut merupakan antara kerja-kerja berjadual yang dilaksanakan bagi memastikan struktur kabel Jambatan Pulau Pinang berada pada tahap yang terbaik untuk keselamatan orang ramai," kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.

Menurut beliau, kabel merupakan elemen utama di Jambatan Pulau Pinang dan ianya perlu diperiksa secara menyeluruh dalam jangkamasa tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu setiap 4 tahun untuk mengesan sebarang kerosakan.

Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan kerja-kerja yang komprehensif tersebut dijalankan, penutupan lorong dan lencongan jalan terpaksa diadakan.

"Kerja-kerja tersebut akan memakan masa selama setahun bermula 22 Ogos yang akan datang melibatkan laluan Arah Timur (Pulau ke Seberang Prai) selama 6 bulan pertama dan Laluan Arah Barat (Seberang Prai ke Pulau) bagi 6 bulan yang berikutnya sehingga 21 Ogos 2018," jelas Fuad.

Justeru itu, PLUS menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan ini.

"Sebagai alternatif, kami menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang atau menggunakan perkhidmatan feri untuk menikmati perjalanan yang lebih selesa dalam tempoh tersebut," kata Fuad.

PLUS turut menasihatkan pengguna Jambatan Pulau Pinang supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi laman Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile App ataupun aplikasi Waze atau Google Map.

Fuad berkata demikian pada satu taklimat kepada media Pulau Pinang di Hotel Jen, hari ini.

Turut hadir adalah Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air & Telekom) dan Pengangkutan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow serta Penolong Pengarah Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Anas Idris.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter