PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS FIRST TO INTRODUCE EXPRESSWAY OPERATIONS SAFETY PASSPORT

PLUS FIRST TO INTRODUCE EXPRESSWAY OPERATIONS SAFETY PASSPORT

NIOHEOSP (Expressway Operations Safety Passport) Agreement, signed between PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and the National Institute of Occupational Safety and Health Malaysia (NIOSH) today, made the Company the first highway concessionaire to introduce Safety Passport in the country.

"Safety on the highway is the most important element in PLUS' highway services and operations. The move is part of an initiative to improve and enhance the Occupational Safety and Health practices in the highway industry in general.

"Directly, it improves the safety levels of our highway users where accident risks can be minimised over time," PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said.

All contractors, employees and individuals performing maintenance, construction and operation works on the highways are required to undergo NIOSH's training to obtain these Safety Passports.

"This is beneficial to highway users in general as accident risks can be easily identified and the appropriate risk control measures can be taken by all trained contractors and individuals with Security Passports," Azman explained.

Reducing accident risk by individuals and those with Passport Safety is in line with PLUS' aim in making highway travels are safe, smooth and comfortable at all times. The Safety Passport Initiative also helps PLUS to inculcate safety culture on the highways.

According to Azman, all parties involved in the maintenance, construction and operations on the PLUS highway must undergo NIOSH's Basic Safety Induction Course (EOSP) to obtain their Security Passports.

The Signing Ceremony was officiated by PLUS Managing Director Datuk Azman Ismail and NIOSH Executive Director Zahrim Osman at Persada PLUS today.

Also present during the ceremony were NIOSH Chairman, Tan Sri Datuk Lee Lam Thye and Malaysian Highway Authority, Operations Monitoring Chief Assistant Director, Harryati Rofik.

PLUS LEBUH RAYA PERTAMA PERKENAL PASPORT KESELAMATAN OPERASI LEBUH RAYA DI NEGARA INI

Perjanjian EOSP (Expressway Operations Safety Passport) yang dimeterai di antara PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) hari ini menyaksikan PLUS muncul syarikat konsesi lebuh raya yang pertama memperkenalkan 'Pasport Keselamatan' di negara ini.

"Keselamatan di lebuh raya merupakan elemen terpenting dalam perkhidmatan dan operasi lebuh raya PLUS. Oleh itu, inisiatif memperkenalkan EOSP ini dipercayai mampu mengorak langkah bagi membudayakan dan meningkatkan amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam industri lebuh raya secara amnya.

"Secara langsung, ia turut memberi kesan yang positif kepada keselamatan orang ramai yang menggunakan lebuh raya di mana risiko kemalangan dapat dikurangkan dari masa ke masa," kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Semua kontraktor, kakitangan dan individu yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, pembinaan dan operasi lebuh raya perlu menjalani latihan untuk melayakkan mereka memperolehi Pasport Keselamatan daripada NIOSH sebelum mereka dibenarkan untuk menjalankan kerja di lebuh raya.

"Ini memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya secara amnya kerana perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan risiko kemalangan lebih mudah dikesan dan diambil tindakan oleh semua kontraktor dan individu yang terlatih yang mempunyai Pasport Keselamatan," jelas Azman.

Pengurangan risiko kemalangan oleh individu dan pihak yang mempunyai Pasport Keselamatan adalah sejajar dengan matlamat PLUS untuk menjadikan perjalanan orang ramai yang menggunakan lebuh raya selamat, lancar dan selesa pada setiap masa. Inisiatif Pasport Keselamatan ini juga membantu PLUS memperkasa budaya keselamatan di lebuh raya.

Menurut Azman, semua pihak yang terlibat menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, pembinaan dan operasi di lebuh raya PLUS perlu menjalani Kursus Induksi Asas Keselamatan (EOSP) yang dikendalikan oleh NIOSH, sebelum mereka dinilai dan memperolehi Pasport Keselamatan.

Majlis Menandatangani Perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Zahrim Osman di Persada PLUS hari ini.

Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah Pengerusi NIOSH, Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye dan Ketua Penolong Pengarah Pemantauan Operasi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Harryati Rofik.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter