PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PROMOTING THE NATIONAL PRINCIPLES (RUKUN NEGARA) THROUGH PLUS’ #NEGARAKU #JIWAIRUKUNNEGARA CAMPAIGN

PROMOTING THE NATIONAL PRINCIPLES (RUKUN NEGARA) THROUGH PLUS’ #NEGARAKU #JIWAIRUKUNNEGARA CAMPAIGN

rukun negara_1


rukun negara2In conjunction with the Merdeka Month, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) launched its #Negaraku #JiwaiRukunNegara Campaign, aimed at promoting the National Principles (Rukun Negara), the key to unity amongst various races in the country.

PLUS Chairman, Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim said, "Through the #Negaraku #JiwaiRukunNegara Campaign, PLUS invites the rakyat, highway users and the younger generation to embrace and abide by the Rukun Negara,"

In conjunction with the Campaign, PLUS is displaying Rukun Negara visuals at strategic locations at all its 24 rest and service areas (RSAs) as well as two (2) overhead bridge restaurants along the mainline.

"These visuals are aimed at reminding the rakyat about Rukun Negara and its crucial role in uniting the people," Mohd Sheriff explained.

In addition, PLUS in collaboration with Arkib Negara, is also holding an exhibition on Rukun Negara and the Nation's independence at the Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant 'Galeri Jejantas'.

"The exhibition focuses on Rukun Negara, its objectives and the Nation's history," Mohd Sheriff added.

PLUS is also organising an Instagram contest which runs from August 21 to September 4, 2017. Winners will bring home cash prizes via SSPN-i Savings Account totalling RM10,000.

The #Negaraku #JiwaiRukunNegara Campaign was launched by Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Minister in the Prime Minister's Department at the Sungai Buloh Overhead Restaurant, today.

The event was also attended by the Malaysian Highway Authority, Deputy Director General (Business), Dato' Sr Aziz Abdullah and PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

JIWAI RUKUN NEGARA MENERUSI KEMPEN #NEGARAKU #JIWAIRUKUNNEGARA ANJURAN PLUS

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah melancarkan Kempen #Negaraku #JiwaiRukunNegara bertujuan mengajak orang ramai menghayati dan menjiwai Rukun Negara, iaitu kunci kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Menurut Pengerusi PLUS, Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, "Menerusi Kempen #Negaraku #JiwaiRukunNegara, PLUS mengajak rakyat, khususnya pengguna lebuh raya dan generasi muda supaya menghayati dan menjiwai Rukun Negara."

Bersempena dengan kermpen tersebut, visual-visual bertemakan Rukun Negara diletakkan di lokasi-lokasi strategik di semua 24 kawasan rehat dan rawat (R&R) serta dua (2) di restoran jejantas di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

"Visual-visual bertemakan Rukun Negara ini bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang Rukun Negara serta peranannya sebagai kunci perpaduan rakyat di negara ini," jelas Mohd Sheriff.

Selain itu, PLUS dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia, turut mengadakan pameran bertemakan Rukun Negara dan Kemerdekaan Negara di Galeri Jejantas di Restoran Jejantas Sungai Buloh.

"Pameran tersebut antara lain memberi fokus terhadap Rukun Negara, objektifnya serta pelbagai sejarah berkaitan negara ini," tambah Sheriff.

PLUS turut menganjurkan Peraduan InstaVideo melalui media sosial Instagram bermula 21 Ogos sehingga 4 September 2017. Pemenang peraduan ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai melalui Akaun Simpanan SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,000.

Majlis perasmian kempen tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan, hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato' Sr Aziz Abdullah dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter