PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS: BATU TIGA AND SUNGAI RASAU TOLL PLAZAS DEMOLITION WORK ENDS MARCH

PLUS: BATU TIGA AND SUNGAI RASAU TOLL PLAZAS DEMOLITION WORK ENDS MARCH

Toll Batu_TigaPLUS Malaysia Berhad (PLUS) expects all demolition works of the Batu Tiga and Sungai Rasau toll plaza building structures to be completed by the end of March.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, "We are currently at the final stage of awarding the tender to the contractors to undertake the demolition works of both Batu Tiga and Sungai Rasau toll plazas."

"Upon appointment, the contractors will begin structural removal and demolition works after Chinese New Year. Based on our schedule, all demolition works are expected to be completed by the end of March."

As the demolition works will be carried out over live traffic, it needs to be done in stages to ensure safety to road users is not compromised at any time.

According to Azman, removal works of toll equipment, signages and other assets will be done earlier before any structural demolition works can be carried out.

As such, PLUS advices highway users to slow down and drive carefully when approaching both Batu Tiga and Sungai Rasau Toll Plazas.

PLUS: KERJA-KERJA PEROBOHAN PLAZA TOL BATU TIGA & SUNGAI RASAU TAMAT PENGHUJUNG MAC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan semua kerja-kerja perobohan struktur bangunan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dijangka akan selesai pada Mac yang akan datang.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, "Proses melantik kontraktor-kontraktor yang berkelayakan telah bermula sejak Disember lalu dan pada ketika ini, PLUS sedang memuktamadkan pemilihan kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja perobohan tersebut."

"Setelah dilantik, kontraktor tersebut akan memulakan kerja-kerja merobohkan struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau selepas perayaan Tahun Baharu Cina. Berdasarkan jadual, semua kerja-kerja perobohan dijangka akan selesai pada penghujung Mac akan datang."

Ini berikutan semua kerja-kerja tersebut perlu dilakukan secara berperingkat memandangkan ia dilaksanakan di dalam persekitaran lalulintas yang sentiasa bergerak. Justeru itu, PLUS tidak berkompromi terhadap aspek keselamatan ketika kerja-kerja tersebut dijalankan. Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan pemandu supaya memperlahankan kenderaan, mematuhi semua papantanda keselamatan dan lebih berhati-hati ketika menghampiri kedua-dua plaza tol tersebut.

Jelas Azman, kerja-kerja awalan seperti pemindahan peralatan tol, papantanda serta aset-aset lain akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja perobohan struktur fizikal bermula.

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melalui kedua-dua plaza tol berkenaan pada ketika ini dan mengurangkan kelajuan kenderaan ketika menghampiri bangunan plaza.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter