PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > DISTRIBUTING CNY TRAFFIC : PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE, ISSUES TRAVEL TIME ADVISORY

DISTRIBUTING CNY TRAFFIC : PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE, ISSUES TRAVEL TIME ADVISORY

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) estimates about 1.6 million vehicles will use the North-South Expressway on every peak day during the Chinese New Year holiday, an increase of 10.3 percent as compared to normal days.

"As part of an effort to reduce congestion on peak days, PLUS has identified a few measures to help distribute traffic on highway by offering toll rebate during selected non-peak days and issuing a Travel Time Advisory (TTA)," said PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

The toll rebate is offered to Class 1 highway users with registered PLUSMiles or Touch 'n Go cards via PLUSMiles portal travelling more than 100 kilometres during 4 non-peak days which are on 12,13, 20 and 21 February.

"The 20 percent toll rebate for transactions via PLUSMiles cards is aimed at distributing traffic and rewarding registered PLUSMiles and Touch 'n Go cardholders for their continuous support," said PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

On the designated dates, highway users are still required to pay toll in full. The 20 percent toll rebates (in a form of toll reloads) can be reloaded into their registered PLUSMiles or Touch 'n Go cards when they top-up their cards at all PLUS customer service centres from 15 March until 14 June 2018.

As such, Azman advises PLUSMiles or Touch 'n Go cardholders to register their cards via PLUSMiles portal at www.plusmiles.com.my to enjoy the rebate.

The toll rebate, however, does not apply for toll payments at Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang and Penang Bridge Toll Plazas.

TTA Prevents Traffic Entering The Highway At The Same Time

Apart from the toll rebate, PLUS is also issuing a Travel Time Advisory (TTA) to help public to plan their journey and distribute the traffic during the upcoming festive season.

According to Azman, "The TTA, which caters for highway travel from 9 February to 25 February, is aimed at distributing the traffic and prevents the vehicles from converging on the highway at the same time as it can contribute to congestion and delays."

TTA CNY_2018_BI

Based on the TTA, highway users from Klang Valley heading towards further destinations such as Johor, Perlis, Kedah, Penang dan North Perak are advised to enter the highway before 10.00 am.

For those heading towards nearer locations such as Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Central Perak and South Perak, they are advised to enter the highway after 10.00 am.

"The TTA is designed to prevent traffic heading towards further destinations from converging with those heading to nearer ones," Azman explained.


STRATEGI AGIH TRAFIK CUTI TAHUN BAHARU CINA:

PLUS TAWAR REBAT TOL 20 PERATUS, KELUAR JADUAL PERJALANAN

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada setiap hari puncak pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina iaitu peningkatan sebanyak 10.3 peratus berbanding hari-hari biasa.

"Bagi mengurangkan kesesakan pada hari-hari puncak tersebut, PLUS telah mengenalpasti beberapa pendekatan yang dapat membantu mengagihkan trafik di lebuh raya iaitu menerusi pemberian rebat tol pada beberapa hari bukan puncak dan mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)," kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Rebat tol 20 peratus ditawarkan pada 4 hari bukan puncak iaitu 12, 13, 20 dan 21 Februari. Pada tarikh-tarikh tersebut, rebat 20 peratus diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membuat perjalanan melebihi 100 kilometer dan membayar tol menggunakan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go yang telah didaftarkan menerusi portal PLUSMiles.

"Penawaran rebat tol 20 peratus tersebut merupakan langkah PLUS untuk menggalakkan orang ramai bergerak pada hari-hari bukan puncak di samping memberi penghargaan kepada pemegang-pemegang kad PLUSMiles dan Touch 'n Go yang berdaftar dengan portal PLUSMiles kami," tambah Azman.

Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 20 peratus akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau Touch 'n Go masing-masing (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila pemegang kad PLUSMiles atau Touch 'n Go yang berdaftar menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Mac sehingga 14 Jun 2018.

Untuk mendaftar, pemegang kad PLUSMiles atau Touch 'n Go boleh melayari portal PLUSMiles di www.plusmiles.com.my untuk melayakkan mereka menikmati rebat tol yang ditawarkan.

Walau bagaimanapun, rebat ini tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

TTA Elak Kenderaan Memasuki Lebuh Raya Secara Serentak

Selain daripada pemberian rebat tol, PLUS turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membolehkan orang ramai merancang perjalanan mereka pada musim perayaan yang akan datang.

Menurut Azman, "TTA yang dikeluarkan untuk perjalanan lebuh raya pada 9 Februari hingga 25 Februari ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan terkumpul dan 'bertembung' di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama kerana ia boleh menyumbang kepada kesesakan."

TTA CNY_2018_BM

Berdasarkan TTA yang dikeluarkan oleh PLUS, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

Manakala orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 10 pagi.

"Dengan mematuhi TTA yang dikeluarkan PLUS, pergerakan trafik di lebuh raya akan menjadi lebih lancar kerana kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih jauh tidak akan bertembung dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat," jelas Azman.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter