PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PHASE 2 OF THE PENANG BRIDGE SCHEDULED ROUTINE AND MAINTENANCE CABLE WORKS TO COMMENCE ON 26 FEBRUARY

PHASE 2 OF THE PENANG BRIDGE SCHEDULED ROUTINE AND MAINTENANCE CABLE WORKS TO COMMENCE ON 26 FEBRUARY

Media-Sosial-Penutupan-Penang-Bridge-fasa-2PLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to inform that Phase 2 of the Penang Bridge scheduled routine and maintenance cable works will commence from 26 February until 21 August 2018.

As such, left lane closure and traffic diversion from KM4.2 to KM5.8 (Seberang Perai to Island) on the Penang Bridge will be implemented to allow the works to be carried out and to ensure the safety of the public and maintenance workers.

The scheduled cable works is part of an effort to ensure the Penang Bridge cable structures are at their best quality. The cables must be inspected every four years to ensure its safety and stability.

Phase 1, which was carried out since 22 August 2017 on the opposite bound, has been completed as scheduled.

As such, PLUS advises the public to plan their journey and use alternative routes such as the Second Penang Bridge or use the ferry service to enjoy a more comfortable journey throughout the maintenance period.

PLUS also advises highway users to follow the PLUSTrafik Twitter page and PLUS Mobile App Application for the latest traffic updates on the Penang Bridge.

FASA KE-2 KERJA-KERJA PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN KABEL BERJADUAL JAMBATAN PULAU PINANG BERMULA 26 FEBRUARI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa Fasa Kedua kerja-kerja Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Berjadual Kabel Jambatan Pulau Pinang akan bermula 26 Februari ini sehingga 21 Ogos yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, PLUS akan melaksanakan penutupan lorong kiri dan lencongan trafik di Jambatan Pulau Pinang di KM4.2 hingga KM5.8 (Seberang Perai ke Pulau) bagi membolehkan kerja-kerja tersebut dijalankan. Lencongan dan penutupan jalan tersebut turut diadakan bagi memastikan keselamatan orang ramai serta kakitangan penyelenggaraan di laluan terbabit.

Kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan secara menyeluruh adalah antara kerja-kerja berjadual yang dilaksanakan bagi memastikan struktur kabel Jambatan Pulau Pinang berada di tahap yang terbaik untuk keselamatan orang ramai. Kabel Jambatan Pulau Pinang merupakan elemen penting yang perlu diperiksa setiap empat (4) tahun untuk mengesan sebarang kerosakan.

Fasa Pertama yang dilaksanakan sejak 22 Ogos lalu yang melibatkan laluan yang bertentangan, telahpun selesai mengikut jadual.

Justeru, PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang atau menggunakan perkhidmatan feri untuk menikmati perjalanan yang lebih selesa dalam tempoh tersebut.

PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi laman Twitter PLUSTrafik dan aplikasi PLUS Mobile App.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter