PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > NO MORE ‘WOW’ SERVICES ON PLUS HIGHWAY

NO MORE ‘WOW’ SERVICES ON PLUS HIGHWAY

WOW websitePLUS Malaysia Berhad (PLUS) wishes to inform that the highway mobile Workshop on Wheels (WOW) service will no longer be offered on all its highways.

The end of WOW services, which was first introduced in October 2012, allows PLUS to re-evaluate and re-assess the effectiveness of the third-party service for the benefit and convenience of its highway users.

Over the years, PLUS has received numerous complaints from highway users on the WOW service including opinions on added value services that can be offered on its highways.

As such, should highway users require immediate assistance on PLUS-operated highways, they are advised to follow these following steps:-

Step 1:

Call PLUS Traffic Monitoring Centre (TMC) via the toll-free line 1800 88 0000 to speak to TMC and provide details and location of the vehicle breakdown.

Step 2:

TMC Officer will then assign a PLUSRonda response team to attend to the user immediately.

Step 3:

Wait for the arrival of the PLUSRonda response team.

Step 4:

PLUSRonda team arrives. Upon inspection, should the vehicle need to be towed, the PLUSRonda team will seek the driver's permission to tow the vehicle to rest area, toll plaza or any nearest safe locations.

Step 5:

If the vehicle cannot be towed and the response team is unable to be repaired on site, PLUSRonda personnel will seek the vehicle owner's permission for the vehicle to be towed and fixed by registered agents where all costs will be borne by the owner.

Step 6:

TMC Officer will once again call the user to seek confirmation if the assigned response team has arrived and identify any further assistance that can be provided.

Towing service for Class 1 vehicles by the PLUSRonda to the nearest rest areas or toll plazas is complimentary.

PLUS also wishes to advise the public to beware of any suspicious individuals who claim they are assigned or sent by PLUS to provide towing or repair services on the highway. Highway users are also encouraged to contact PLUSLine for any suspicious services offered by any third-party tow truckers and agents.

Meanwhile, PLUS is actively looking at collaborations with various third parties to introduce new emergency highway services to provide added values to users on its highways.

TIADA LAGI PERKHIDMATAN 'WOW' DI LEBUH RAYA PLUS

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa bermula serta-merta, tiada lagi perkhidmatan bengkel bergerak 'WOW' di semua rangkaian lebuh raya kendaliannya.

Penamatan perkhidmatan WOW, yang diperkenalkan sejak Oktober 2012 tersebut memberi peluang kepada PLUS untuk menilai semula serta mengkaji keberkesanan perkhidmatan pihak ketiga terbabit terhadap kemudahan dan keselesaan pengguna lebuh raya.

Ini berikutan PLUS telah menerima banyak aduan serta rungutan daripada pengguna lebuh raya mengenai perkhidmatan WOW sebelum ini

PLUS juga telah menerima banyak pandangan daripada pengguna lebuh raya dari masa ke masa dari aspek nilai tambah yang boleh ditawarkan di sepanjang lebuh rayanya.

Justeru, PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya yang mengalami masalah kenderaan di lebuh raya supaya mengambil langkah-langkah berikut:-

Langkah 1:

Hubungi Pusat Kawalan Trafik PLUS menerusi talian bebas tol 1800 88 0000 untuk bercakap dengan petugas Pusat Kawalan Trafik dan memberikan maklumat serta lokasi kerosakan kenderaan.

Langkah 2:

Petugas Pusat Kawalan Trafik akan mengarahkan pasukan PLUSRonda ke lokasi dengan segera.

Langkah 3:

Tunggu ketibaan pasukan PLUSRonda.

Langkah 4:

Pasukan PLUSRonda akan tiba memberi bantuan. Sekiranya pemeriksaan telah dijalankan dan kenderaan perlu ditunda, pasukan PLUSRonda akan meminta kebenaran untuk menunda kenderaan ke kawasan rehat, plaza tol tau mana-mana lokasi selamat yang terdekat.

Langkah 5:

Sekiranya kenderaan terbabit tidak boleh ditunda dan kerosakkan tidak boleh dibaiki oleh pasukan PLUSRonda, anggota PLUSRonda akan meminta persetujuan pemilik kenderaan supaya kenderaan mereka ditunda atau dibaiki oleh ejen yang dilantik di mana segala kos ditanggung oleh pemilik kenderaan.

Langkah 6:

Petugas Pusat Kawalan Trafik akan menghubungi semula pengguna untuk memastikan bantuan telah diberikan dan mengenalpasti bantuan lanjut yang boleh diberikan.

Perkhidmatan tundaan kenderaan ringan (Kelas 1) ke kawasan rehat atau plaza tol yang terdekat oleh pasukan PLUSRonda adalah percuma.

Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu atau pihak lain yang mengaku dilantik atau dihantar oleh PLUS untuk memberi perkhidmatan menunda atau membaiki kerosakan kenderaan di lebuh raya. Sekiranya pengguna berasa ragu atau curiga tentang perkhidmatan yang ditawarkan, mereka boleh menghubungi PLUSLine untuk mendapatkan pengesahan atau kepastian.

Pada masa yang sama, PLUS juga sedang giat menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak ketiga untuk memperkenalkan perkhidmatan bantuan kecemasan lain yang boleh memberikan nilai tambah kepada semua pengguna lebuh raya.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

 

 3plusmiles

 

 twitter @kembara plusicon-twitter

travelsmarter